BAB 4

Romance Completed 493

Dari sudut pandangan Fazrina...

Tangisan berlagu pilu kedengaran. Masih dia ingat pertemuan secara kebetulan antara dia dengan Hazril dua minggu yang lalu. Hari itu dia mengumpulkan semua ahli terpenting 'DoIT Holding' iaitu syarikat yang dibina oleh arwah papanya yang sekarang diterajui oleh dia dan abangnya. Bukan niat dia ingin membelasah Hazril. Pada mulanya dia ingin memberitahu ahli terpenting 'DoIT' yang abangnya koma maka dia bakal mengambil alih syarikat. Sementara. Namun lepas 'perbincangan' selesai dan hanya tinggal mereka berdua. Fazrina mengambil keputusan untuk menumbuk Hazril, dia juga ingin memberitahu siapa penyebab abangnya koma kepada semua ahli. Namun bibirnya seakan terkunci dan akhirnya dia hanya menamatkan 'perbincangan' dengan kata-kata yang tegas...

"Rina harap korang semua berhati-hati buat masa sekarang. Kerana mungkin musuh ada berhampiran kita. Dan ingat jangan sampai maklumat sulit syarikat sampai kepada yang tidak sepatutnya. Biar pecah diperut jangan pecah di mulut. Ingat! Jika perlu berlawan, lawan saja."

Ujar Fazrina kepada semua ahli terpenting. Ada 15 ahli semua sekali termasuk dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience