BAB 5

Romance Completed 493

Ya hakikatnya ada musuh dalam selimut ada dalang yang mahu melihat kehancuran syarikat ini bahkan ada yang sampai sanggup membunuh. Hampir segelintir pekerja'DoIT Holding' diancam bahaya. Ada yang masuk hospital dan ada yang cedera ringan. Sebab itu 'geng' yang terdiri daripada 16 orang ahli termasuk abangnya, ditubuhkan. 'Geng' ini dibina untuk menjaga keselamatan pekerja 'DoIT Holding' dan diri masing-masing. Malah kedua ibubapanya meninggal kerana dibunuh. Brek kereta yang dinaiki kedua ibubapanya pada malam tragedi itu tidak berfungsi. Hasil siasat polis mengatakan yang kereta itu disabotaj. Sampai kini dia dan abangnya masih mencari dalang dalam semua ini.

'Arghh... kenapa ini tejadi?' Jeritan pilu itu bergema dalam hatinya.

'Ni semua kerana Hazril. Tapi kenapa dia buat begitu. Selama ini aku percayakan dia. Abang juga percayakan dia. Tapi... Arghh kenapa? Kenapa perlu dia khianati kami.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience