BAB 12

Romance Completed 493

'Ya Allah sembuhkanlah Abang Qai. Supaya dia sedar dari koma,Ya Allah. Aku rindukan abang Qai. Dan aku rindukan Rina.’

Rintih Hazril sambil memandang sayu abang Qai yang sedang terbaring kaku dikatil hospital. Sudah dua bulan abang Qai koma. Dan sudah 2 bulanlah dia tidak bertemu dengan Fazrina. Apabila berselisih pasti Fazrina cuba melarikan diri.. huh.. Masih dia ingat pertemuan tak sengajanya dengan Fazrina minggu lepas. Fazrina sudah salah faham. Fazrina mengatakan yang Hazril mengekorinya sedangkan

Tidak!

Imbas kembali...

"Eh Rina? Kau buat pe kat sini? Oh Fiq pun ada?”

Hazril menegur mesra pasangan yang baru melintasinya.

"Eh Haz. Kau wat pe kat sini. Tak sangka jumpa kau kat sini.”

Fiq tunangan Fazrina berjabat tangan dengan Hazril. Hazril membalasnya namun matanya tetap terfokus pada seraut wajah yang dirinduinya. Fazrina.

"Rina? Tak nak tegur Haz ke?”

Ujar Fiq yang pelik dengan tingkah Fazrina. Selalunya Fazrina tidak begini. Dia pasti gembira jika bertemu dengan Hazril. Pelik dia jadinya.

"Oh.. hai..”

Fazrina hanya menyapa ala kadar. Cukup syarat!'

Aih kenapalah dalam banyak-banyak tempat, dekat shopping mall ni jugaklah kau nak muncul Hazril. Hish! Menyemak je.'

Bebel Fazrina didalam hati. Wajahnya langsung tidak mengukirkan senyuman. Masam sahaja. Matanya pula meilau ketempat lain. Langsung tidak memandang Hazril.

"Hai.. Korang buat pa dekat sini? Cari barang kawin ke? hehe..”

Ujar Hazril cuba menyembunyikan rasa hatinya. Terluka hatinya apabila Fazrina hanya melayannya ala kadar.

'Benarkah Rina sudah mebenciku. Ya Allah jauhkanlah perasaan itu daripada menyelubungi hatinya.'

Hazril berdoa didalam hatinya. Sungguh hakikat itu tidak mampu diterimanya.

"Eh takdelah. Kita orang jalan-jalan je. Ni saje nak hiburkan Rina. Maklumlah abang Qai kan tak sedar lagi. Aku taknaklah Rina ni bersedih je.”

Fiq yang ralit memandang sikap pelik tunangnya itu berkalih menjawab soalan Hazril.

"Oh.. aku ingatkan korang dah nak kahwin. Maklumlah dah lama bertunangkan. Lagi pulak, bagus jugak kau bawa Rina ni bersiar-siar. Takdelah dia murung je. kan?”

Ujar Hazril. Sekali-sekala matanya mencuri pandang wajah mulus itu. Terlerai sedikit rindunya terhadap gadis itu.

"Oh.. nanti-nantilah kami fikir pasal tu. Lagipun sekarang bukan masa yang sesuai. Kau paham-pahamlah. Dengan abang Qai lagi..”

Fiq menjawab jua walaupun solan itu seakan menyindirnya.

'Haih mamat ni. Tak nak bla lagi ke? Serabuk aku tengok muka dia ni. Buat-buat caring konon. Dah buat salah tu, tak payahlah nak berlakon lagi. Sakit hati je!'

Fazrina mengomel sendiri. Menyampah dia dengan perhatian yang diberikan Hazril. Baginya semua itu plastik.

"Kau ikut kiteorang ke? Hah! Kau nak buat aku jadi macam abang Qai ke hah?”

Soal Fazrina selamba. Namun dia jugak takut jika benar andaiannya itu. Minta dijauhkan!

"Eh apa kau merepek ni? Mana ada aku ikut kau. Kebetulan aku ternampak kau dan Fiq.”

Bersungguh-sungguh Hazril menerangkan. Dia tidak mahu Fazrina tersalah faham.

"Apa korang cakap ni? Aku tak fahamlah?”

Fiq terpinga-pinga dengan apa yang didengarinya.

"Tak de papelah awak. Jomlah kita gerak. Dah lewat ni. Tadi awak kata nak berlanja saya makan. Saya dah lapar ni.”

Ujar Fazrina. Dia sengaja membuat muka comelnya untuk meraih simpati Fiq. Sekaligs menukar topik tadi Ya Fiq tidak tahu yang Hazril lah penyebab abang Qai koma. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Entah kenapa mulutnya seakan digam apabila ingin memberitahu hal itu kepada Fiq. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.

"Oklah honey. Jom kita pergi makannya. Kesian dia. Dah lapar erk? Oklha
Haz, aku gerak dulu. Kesian honey-boney aku ni.”

Ujar Fiq. Dia hanya membiarkan tanda tanya menghantui fikirannya. Biarlah kalau mereka tidak mahu cerita. Dia tidak kisah. Dia berjabat tangan dengan Hazril sebagai tanda meminta diri. Fazrina tersenyum puas apabila topik tadi berjaya ditutupnya.

"Hah.. yelah. Jaga Rina dengan elok. Assalammualaikum.”

Dia membenarkan jua walaupun hatinya masih ingin membahaskan tentang tadi. Biarlah. Lagipun Fazrina seperti tidak mahu memanjangkan cerita.

"Waalaikummusalam.”

Hanya Fiq yang menyambut salamnya. Fazrina hanya diam. Hazril sempat menangkap jelingan tajam daripada Fazrina sebelum gadis itu hilang bersama tunangannya.

‘Rina.. Andai kau tau kebenarannya. Apakah reaksimu sayang.. '

Sekali lagi ayat itu bergema dalam hati Hazril. Sejak peristiwa itu. Ayat itu yang sering ditutur oleh hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience