BAB 15

Romance Completed 493

"Ya Allah,Ya maha pengasih lagi maha penyanyang. Aku mahon padamu ampunkanlah hambamu ini Ya Allah. Aku tau aku silap. Aku salah. Aku tidak sedar yang selama ini aku melawan takdirmu Ya Allah. Kini aku sedar salahku. Terima kasih Ya Allah kerana masih ingin menyedarkan hambamu yang lemah ini Ya Allah. Sembuhkanlah abangku Ya Allah. Pulihkanlah dia. Agar dia sedar dari tidu lenanya Ya Allah. Aku mohon Kau perkenankanlah doaku ini Ya Allah. Amin ya Rabbil al-amin. '

Dia menyudahan solat asarnya dengan doa yang penuh keikhlasan. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Alhamdulilah dia bersyukur kerana disedarkan cepat oleh Dia.

Dan sejak itu Fazrina sentiasa berdoa memohon pertolongan kepada Allah. Malah dia sering membacakan surah Yassin buat abangnya. Kadang dia berbicara dengan abangnya. Walaupun abangnya tidak sedar namun abangnya mendengar tutur katanya. Mata abangnya pasti akan mengeluarkan mutiara jernih apabila dia mengalirkan airmata semasa berbicara dengan abangnya. Abangnya turut bersedih dengannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience