BAB 16

Romance Completed 493

Sebulan berlalu sejak dia mengharamkan Hazril Halqi daripada menjejakkan kaki di dini. Di hospital tempat abangnya dirawat. Kini dia sedang membacakan Yassin buat abangnya. Kini genaplah tiga bulan abangnya Koma. Fazrina membaca surah Yassin itu dengan linangan air mata. Sesekali matanya mencuri lihat wajah abangnya yang pucat namun tetap hensem. Fazrina tersenyum sendiri dan menyambung bacaan.

TIBA-TIBA..

"Adikk..”

Suara itu mengejutkan Fazrina namun dia tidak memandang abangnya. Dia takut jika itu hanya halusinasinya sahaja. Namun panggilan yang kedua berjaya membuatkan dia berhenti membaca dan bergerak kekatil yang menempatkan abangnya.

"Adik.. abang..”

Qai cuba mengukirkan senyuman walaupun payah. Dia mengalirkan air mata apabila melihat Adik kesayangannya menangis tersedu-sedan.

"Abang.. Adik rindu abang. Sampai hati abang buat adik macam ni..”

Fazrina bingkas dan memeluk abangnya erat. Dia terlalu rindukan abangnya. Saban hari dan masa dia berdoa dan hari ini doanya dimakbulkan.

'Alhamdulilah! Terima kasih ya Allah.'

Dia mengucapkan syukur didalm hatinya.

"Maafkan abang sayang. Dah tak mahu nangis macam ni? Dah tak comel adik manja abang ni.”

Qai tergelak kecil apabila Fazrina menarik muncung sedepa. Hilang rindunya terhadap adiknya. Tapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Dan hal itu selalu menganggunya dalam koma sejak peristiwa itu..

"Dik? Haz mana?”soalnya tiba-tiba.

Ya sejak dia mendengar luahan hati Hazril dulu. Hatinya pilu. Hazril tidak bersalah. Dia perlu pulihkan keadaan.

"Erk.. Rina pergi panggil doktor kejap yee..”

Rina bingkas keluar dari wad itu apabila soalan yang dilontarkan itu seakan-akan sukar untuk dijawabnya.

3 minit lepas itu,doktor masuk dan mengatakan abangnya sudah sembuh sepenuhnya cuma perlu berehat buat seketika. Hatinya lega mendengarnya. Dan akhirnya topik pasal Hazril berlalu dibawa angin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience