3 hari selepas itu, di hospital.
"Abang nak makan apa? Bagitau je. Nanti Rina masakkan ok?”
Fazrina mengupas buah epal untuk abangnya yang semakin hari semakin sembuh.
"Hmm.. abang teringin nak makan tomyamlah. Tomyam buatan Rina memang power.”
Ujarnya. Ya dia akui adik tunggalnya ini sangat pandai memasak mewarisi bakat arwah mamanya.
"Hmm ok.. tak de hal. Nanti petang Rina balik rumah dan masakkan untuk abang ok?”
"Ok. Hmm Rina? Abang tanya satu soalan boleh?”
Ujarnya berhati-hati.
"Boleh apa dia bang? Banyak pun tak pe?”
Fazrina mengangkat kepalanya memandang sekilas abangnya yang sedang duduk menyandar diatas katil.
"Haz mana Rina? Sepanjang abang sedar ni. Haz tak datang pun jenguk abang. Ahli sayrikat dan kenalan yang lain ada jugak jenguk abang. Dia tak de pun.”
Fazrina yang sedang mengupas buah epal terhenti mengupas. Dia hanya menundukkan kepala. Mencari jawapan yang sesuai. Dia tahu abangnya sayangkan Hazril seperti abangnya sayangkan dia.
"Hmm.. sibuk kot bang. Alah, kan ari tu dia dah kirim salam. Apalah abang ni!"
Nasib baik pesanan terakhir Hazril dulu diingatinya. Kalau tak habis dia.
"Yelah.. tapi takkan tak de masa nak jenguk abang.”
Nada suara abangnya seakan sedih. Dia juga turut sedih mendengarnya.
"Alah nanti dia datanglah tu. Abang ni, si Haz tu abang duk tanya. Yang si Fiq tunangan Rina. Abang tak tanya pulak.”
Pelik juga dia. Abangnya tidak pernah menanyakan tantang Fiq yang tidak datang lagi melawat abangnya. Entah kemana hilangnya. Sudah dua minggu dia hilang khabar berita tentang lelaki itu. Ditelefon tidak berjawab. Di mesej pun sama. Haih entah kemana dia pergi. Pelik Fazrina dibuatnya.
"Buat apa nak tanya pasal dia. Tak datang pun takpe!"
Terkejut Rina mendengar nada suara abangnya yang seakan marah kepada Fiq.
"Abang ni kenapa? Patutnya abang marahkan Haz bukannya Fiq.”
Fazrina tidak berpuas hati apabila tunang kesayangannya dimarahi. Sedangkan Haz yang patut dimarahi.
"Rina. Come here?”
Qai menggamit adiknya untuk duduk disebelahnya diatas katil itu. Dia tahu hati adinya pasti sakit menerima berita ini. Namun dia perlu memberitahu kebenarannya.
"Kenapa bang?”
Soal Fazrina setelah duduk disebelah abangnya.
Share this novel