"Aku minta maaf Rina. Tapi percayakan aku. Aku mohon tolong jangan benci aku. Tolong!!" Hazril merayu. Matanya bergenang.
"Lepaskan aku! Jangan sampai aku tumbuk kau lagi."
Fazrina cuba melepaskan diri dari genggaman Hazril. Kedua-dua pergelangan tangannnya digenggam kemas oleh Hazril. Nasib baik dia memakai baju berlengan panjang kalau tak mesti dia sudah berdosa. Walaupun hakikatnya dia lasak namun dia tetap menutup aurat. Malah,dia mengenakan purdah diwajahnya apabila berdepan dengan musuh. Sarung tangan juga dipakainya. Langkah berjaga-jaga ini diambil supaya serangan musuh tidak mengenai auratnya apabila bertumbuk dan ditumbuk. Jikalau musuhnya lelaki.
"Tumbuklah, kalau itu boleh membuatkan kau lega. Tumbuklah! Tapi aku minta jangan bencikan aku. Aku merayu pada kau Rina!"
Hazril memandang tepat kemata Fazrina. Sempat dia memerhatikan Fazrina yang mengenakan pakaian serba hitam. Cukup menarik baginya. Dia turut mengenakan baju serba hitam karana itu baju rasmi 'gengnya'. Tangan Fazrina masih tidak dilepaskan.
"Kau mintak aku jangan bencikan kau? Lepas apa yang kau dah buat. Kau minta aku jangan bencikan kau? Hah!Hey kau ingat apa yang kau buat tu sikit ke hah. Kau tahu yang aku cuma ada abang aku didunia ni.. tapi.. kau.. kau buat aku keseorangan. Aku dah takde tepat nak mengadu. Semua salah kau. Kau buat abang aku koma. KOMA beb! KOMA!"
Fazrina melempiaskan semua rasa hatinya. Ya itu hakikatnya. Abang yang dia paling sayang dan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada selepas kematian kedua ibubapanya enam tahun lalu, koma kerana Hazril. Fazrina menangis tersedu-sedan. Dia tidak mampu menahan rasa hatinya.
"Rina! Aku minta maaf. Tapi percayalah bukan salah aku.. Maaf tapi suatu ari nanti kau akan tahu kebenaranya."
Ujar Hazril bersama linangan air mata. Hatinya pilu melihat linangan air mata Fazrina yang tidak henti-henti membasahi pipi mulus Fazrina. Ingin sahaja disapu bersih mutiara jernih itu daripada mengotori pipi gebu itu. Namun dia masih tahu dosa pahala. Fazrina bukan muhrimnya yang boleh dia sentuh sesuka hati.
"Kebenaran? Kebenaranya ialah kau. Kau penyebab segalanya. Jangan cuba nak putar belitkan cerita. Aku takkan percaya. Tepi!"
Suara jerkahan itu diikuti dengan tolakkan kasar dari Fazrina. Lalu dia bergerak laju meninggalkan tempat rahsia 'kumpulan' mereka dengan linangan air mata.
Hazril hanya memandang sayu langkah kaki Fazrina yang mula menghilang disebalik pintu itu. Matanya masih mengalirkan mutiara mahalnya yang jarang dilihat oleh yang tidak berhak. Hatinya merintih pilu'Rina! Andai kau tau kebenarannya pasti kau takkan benci padaku. Namun aku ingin kau tau,aku buat semua ini demi dirimu sayang. Hanya ingin menjaga hatimu supaya tidak menjadi lebih parah. Aku tau kau pasti akan lebih menderita jika kau tau kebenarannya. Maafkan aku,sayang.. '
Share this novel