BAB 14

Romance Completed 493

Nasihat itu seakan belati tajam yang menusuk hatinya. Fazrina terkedu di tempatnya. Ya dia akui. Dia alpa. Dia tidak menerima takdir Allah.

'Ya Allah. Maafkan hambamu ini. Aku lalai ya Allah. Aku alpa dengan ujian mu ini Ya Allah. Maafkan aku ya Allah.'

Rintihnya dengan linangan air mata keinsafan sebagai seorang hamba Allah yang lemah. Perlahan-lahan dia menoleh. Kelibat Hazril sudah menghilang. Entah mengapa ada kekesalan yang hadir.

Akhirnya dia bergerak ke surau yang tersedia dihospital apabila suara azan berkumandang menandakan waktu solat asar telah tiba. Hatinya tenang mendengar laungan azan itu. Seakan semua masalahnya, kesedihannya hilang dibawa angin. Mungkin juga itu petanda Allah rindu untuk mendengar dia mengadu kepada Allah. Ya selama ini dia lupa yang dia masih punya Allah jika abangnya diambil oleh Dia si pencipta. Dan kali ini, dia tiadak mahu melepaskan peluang itu. Perlahan-lahan kakinya menghayun langkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience