Fazrina seakan-akan tidak percaya dengan khabar yang dia terima dari orang yang melihat tragedi yang menimpa abangnya. Orang itu memberitahunya bahawa abangnya ditikam oleh Hazril dan selepas itu dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh anak buah Hazril. Ya!A bangnya koma kerana tragedi itu. Pilu hatinya apabila menerima panggilan yang menyatakan abangnya kritikal dan berada dihospital. Robek hatinya apabila doktor mengatakan abangnya koma. Disitu orang itu memberitahunya yang Hazril dalang semua ini. Sekali lagi hatinya robek mendengar kenyataan itu.
'Kenapa? Kenapa Hazril'
Masih dia ingat pertemuan pertamanya dengan Hazril. Orangnya nampak baik pada pandangan pertama.
Imbas kembali.. Setahun yang lalu..
"Assalammmualaikum! Okay semua. Seperti yang kalian sedia maklum, hari ini saya akan perkenalkan ahli baru dalam 'geng' kita. Kenalkan adik saya, Nur Fazrina Azleenda."
Ujar abangku yang berdiri disebelahku. Kini bermula misi baru dalam hidupku. Iaitu melindungi 'DoIT Holding'. Aku menyalami ahli wanita yang terdiri daripada 5 orang. Aku hanya menundukkan kepala kepada ahli lelaki sambil melemparkan senyum nipis.
"Qai harap korang dapatlah menolong Rina apa yang patut. Maklumlah budak yang baru graduate. Manalah tau semua ni.
"Sindir abangku sambil mengenyitkan mata kearahku. Ahli yang lain hanya tergelak kecil. Ya kami hanya menggunakan bahasa yang tidak formal dalam 'geng' ini. Aku mengecilkan mata memandang abangku.
'Haish abang ni! Nak kena ngan aku ni. Kalau ye pun aku baru graduate tak perlulah nak sindir-sindir.'
Aku menarik muncung. Sekali lagi tempat rahsia itu bergema dengan gelak tawa.
"Alah dik. Sowy? Abang gurau je. Alah adik abang ni serba bolehkan. Abang tau. Alololo... bucuk-bucuk..”
Abang datang menghampiri. Dia memujukku. Aku yang dah sememangnya mudah termakan dengan pujukkan abang yang aku sayang ni mulalah mengukirkan senyuman.
"Hah. Kan comel adik abang senyum. Senyum tak perlu kata apa-apa. Ok semua, korang bolehlah menjamu selera. Jangan dilayan Rina yang manja ni. Silakan!"
Share this novel