BAB 18

Romance Completed 493

"Sebenarnya Fiq yang meyebabkan abang jadi begini bukan orang lain.”

"Apa abang merepek ni? Haz yang menyebabkan abang jadi begini. Bukan Fiq.”

Fazrina ternyata tidak mampu menerima kenyataan. Dia tidak percaya. Abangnya berbohong. Mana mungkin Fiq yang baik itu sanggup lakukan itu.

"Rina dengar dulu. Rina lebih percayakan Fiq daripada abang ke? Hmm sayang..”

Qai menyapu pipi Rina yang mula berlinangan dengan air mata. Fazrina menggelengkan kepala.

"Rina percayakan abang tapi..”

Rina tak mampu menghabiskan ayatnya. Dia menangis lagi. Dia tak percaya! Tak mungkin!

"Fiq lakukan semua ini kerana untuk membalas dendam bagi dirinya dan daddynya. Malah kemalangan yang menimpa arwah papa dan mama juga rancangannya. Dia dekat dengan Rina untuk membalas dendam. Percayalah dik. Tiada cinta walau sekecil kuman pun untuk adik daripada dia. Dia hanya ingin memusnahkan adik. Memusnahkan kita. Sabarnya sayang..”

Qai memberitahu hal yang sebenarnya sekaligus memujuk adiknya yang mula
menangis teresak-esak. Pilu hatinya melihat keadaan adiknya. Namun apa yang mampu dia lakukan. Hanya mampu menenangkannya.

'Tak! Tak mungkin! Mustahil! Fiq sayangkan aku!'

Fazrina menggeleng-gelengkan kepalanya. Bahunya ditepuk penuh kasih sayang oleh abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience