Imbas kembali...
"Rina sudah-sudahlah tu menangis, tak comel tau Rina nangis..”
Hazril cuba memujuk Fazrina yang tidak henti-henti melayan duka. Sejap abang Qai keluar dari hospital seminggu yang lalu. Hazril rindukan senyuman manis Fazrina bukannya air mata yang sentiasa menemani dirinya.
"Biarlah tak comel pun. Kau sibuk kenapa. Bla lah..”
Fazrina rasa tertipu dengan semua yang terjadi. Dia tidak sangka. Dan seminggu yang lalu terputuslah ikatan pertunangannya dengan Fiq. Bagai mimpi semuanya.
"Hey comel! Lupa apa yang Haz sebut dulu. Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu hadapinya. Ingat?”
Soal Hazril sambil mencangkung dihadapan Fazrina. Sekarang mereka berada dirumah banglo milik keluarga Fazrina. Abang Qai ada didalam sedang melakukan kerjanya. Sengaja Qai membiarkan mereka berdua. Dia pasti Hazril mampu memujuk Fazrina.
"Ingat..”
Fazrina menjawab perlahan.
"So kenapa masih menangis. Tak baik tau tak terima takdir.”
"Sedihlah..”
"Tau sedih. Tapi janganlah sedih lama-lama. Nanti Haz pun akan turut sedih. Haz tak suka tau tengok Rina nangis. Hati Haz sakit. So stop menangis ye.. sayang..”
Ujar Haz ikhlas. Fazrina trhenti menangis tiba-tiba apabila mendengar luahan yang baginya cukup ikhlas. Malah hatinya tercuit dengan perkataan sayang itu. Lagipun Hazril dah banyak bersabar dengannya. Seak abangnya koma lagi.
"Kenapa kau tak henti-henti pujuk aku sejak Fiq ditangkap lagi. Kau tak letih?”
"Tak! Haz suka!" jawab Haz ikhlas.
"Suka? Kau tak simpan dendam dengan aku. Yelah akukan layan kau teruk sebelum ni aku..”
Ayatnya tak mampu dihabiskan apabila tangan Haz menutup mulutnya dengan sekuntum bunga ros yang dipetik Hazril dilaman rumahnya. Fazrina menjeggilkan matanya. Hazril tersenggih cuma.
"Nak tau Haz buat macam tu sebab apa?”
Fazrina mengangguk.
"Sebab Haz cintakan Rina setulus hati Haz. Haz nak Rina jadi yang halal buat Haz. InsyaAllah sampai syurga. Haz tak mampu janjikan kebahagiaan sampai bila-bila. Tapi Haz janji akan jaga hubungan kita sebaik mungkin. Nur Fazrina Azleenda sudikah dikau menjadi ratu dihatiku dan Umi buat anak-anak kita..?”
Hazril meluntut dihadapannya sambil menghulurkan sekuntm bunga ros yang dipetik tadi. Fazrina terkelu,terkedu dan semua ter.
"Maaf? Haz tak de cincin lagi. Nanti Haz belikan. Rina setuju tak..”
Hazril berdebar-debar menanti jawapan.
"Terima je Rina. Abang yakin Haz mampu jaga Rina. Malah lebih baik daripada Fiq jaga Rina.”
Qai menyampuk apabila adiknya masih senyap sepi tanpa bunyi.
"Beri Rina masa. Rina perlu ruang.”
Rina berlalu pergi. Qai menepuk bahu Hazril yang nampak hampa.
"Takpe Haz. Sabarnya? Abang yakin korang ada jodoh.”
Hazril hanya tersenyum nipis.
Balik kemasa kini...
"Ok.. seterusnya..”soal Hazril tidak sabar.
"Rina buat solat istikharah lepas tu dan inilah keputusan Rina.”
Fazrina tersenyum mengenangkan semua itu. Setiap hari dia buat solat itu. Selepas sebulan baru dia terima pinangan Hazril. Alhamdulillah mereka bahagia. Suratan takdir Allah sangat indah.
"Alhamdulilah.. dah jodoh kita kan sayang..”
"Ok.. abang pulak yang cerita.. cepat?” Gesanya.
"Ok.. sebenarnya abang Qai dah tau. Masa tu Rina keluar dari wad lepas polis tu baik. Maklumlah membawa hati yang laralah katakan.”
Sempat lagi Hazril mengenakan isterinya. Fazrina menarik muncung dan mencubit pinggang suaminya.
"Ouchh.. sayang.. sakitlah.. Ok-ok abang citenya... macam ni..”
Imbas kembali..
"Haz abang nak tanya boleh?”soal Qai setelah Fazrina keluar dari wad.
"Tanyalah bang..”
Haz memberi Haz in sambil duduk dikerusi yang tersedia dibirai katil.
"Sepanjang Haz siasat pasal Fiq tu. Haz tau tak kenapa diorang nak musnahkan kiteorang?”
"Sebenarnya... Diorang berdendam sebab arwah papa abang pernah menjatuhkan syarikat diorang sehingga muflis. Dan selepas syarikat diorang muflis,mummy Fiq jatuh sakit. Waktu tu diorang tak de duit untuk biayai kos rawatan dan akhirnya mummy Fiq meninggal dunia. Sebab tu diorang berdendam. Diorang tak boleh terima.”
Ujar Hazril panjang lebar.
"Ya Allah. Berdosanya kami. Ya Allah Haz.”
Qai hampir menitiskan air mata. Tak sangka papanya pernah melakukan perkara itu.
"Ini bukan salah abang Qai dan Rina. Lagipun masa kejadian tu terjadi abang Qai budak lagi. Dalam 12 tahun cam tu. Dan Fiq 11 tahun. Jadi dia faham serba sedikit tentang apa yang terjadi. Abang janganlah salahkan diri sendri ok.”
Hazril bangkit dan memeluk Qai yang menyesa dengan apa yang terjadi.
"Macam mana Haz siasat?”
Tiba-tiba soalan itu terlintas difikirannya. Haz balik ketempat duduknya.
"Macam ni lepas Rina halau Haz. Haz mula rasa yang Haz perlu selesaikan semuanya. Haz ekori Fiq dan masa tu Fiq tengah rancang nak buat sesuatu yang jahat pada Rina dan Haz dapat tolong dengan bantuan orang awan. Nasib baik kereta yang dipandu laju tu tak sempat melanggar Rina bila Rina diselamatkan oleh orang awam. Lepas tu Haz Ikut Fiq lagi dan Haz dapat rakan perbualannya dengan ayah dia pasal rancangannya yang nak cuba bunuh abang Qai dan arwah papa dan mama abang Qai.”
Hazril menarik nafas sebentar sebelum menyambung.
"Jadi dari situlah Haz dapat buktinya. Buktinya lagi kukuh bila Haz bayar orang suruhannya untuk bercakap benar. Alah orang suruhan Fiq yang langgar abang Qai lepas abang Qai kena tikam. Waktu tu Haz ada dekat situ. Sebab kitakan dah janji nak jumpa. Tapi Haz panik waktu tu. Tak sempat Haz nak rakan apa-apa. Dan orang suruhan tulah yang tipu Rina. Beritau Haz punca semuanya..”
"Oh.. baru abang paham. Terima kasih ye Haz.”
"Sama-sama bang.”
Haz tersenyum lebar. Gembira dapat membantu abang Qai.
Share this novel