BAB 13

Romance Completed 493

Balik kemasa kini..

'Ya Allah. Tabahkan hatiku untuk menghadapi ini semua.'

Hazril berdoa kepada Allah sambil matanya memandang sayu tulisan yang tertera nama abang Rina, iaitu Mohammad Airil Qairuddin di atas kepala katil.

"Abang Qai.. Tolonglah sedarkan diri. Demi Rina. Demi Haz. Mungkin jika abang Qai sedar. Rina takkan membenci Haz lagi. Bangunlah abang Qai. Haz perlukan abang Qai.”

Rintihnya perlahan sambil tangannya mengenggam kemas tangan abang Qai yang kaku tidak bergerak.

"Abang.. sejak abang koma. Rina dah tak bercakap dengan Haz. Rina benci Haz. Haz cuba untuk terangkan yang sebenar namun Haz tak mampu abang Qai. Jadi Haz pinta tolonglah bangun abang Qai..”

Rintihnya lagi dengan sendu yang mula bertandang.

"Perkara yang sebenar? Hey dah memang nyata lagi jelas, semuanya salah kau. Tak perlu kau rayu simpati dengan Abang Qailah. Dan tak perlu kau buat drama swasta dekat sini! Aku takkan cairlah. Aku tetap benci kau. Paham!!"

Suara kemarahan seorang gadis muncul tiba-tiba diperdengarannya. Hazril berpaling ke belakang. Memandang pintu Wad.

"Rina? Rina buat pe kat sini?”

Ujarnya setelah mengesat air mata yang membasahi pipinya.

"Hek eleh! Bajet jatuh air mata macam tu aku kesianlah. Hey jangan haraplah!"

"Apa Rina merepek ni. Haz bukan pura-pura tau..”

"Ha. ha. ha. Talk to my hand. Aku takkan percaya! Paham! Hey kau dengar sini baik-baik. Mulai harini! Kau diharamkan menjejakkan kaki di wad ini! Paham.”

"Rina please... Abang Qai dah macam abang Haz. Tolong jangan buat Haz macam ni. please Rina..”

Rayu Haz.

'Ya Allah kau lembutkanlah hati Rina. Aku mohon Ya Allah.'

"Kau ingat kau buat muka macam tu aku kesianlah. Tolonglah!"

Ujar Fazrina sambil memeluk tubuh.

"Rina please..”

"Hey.. apa ni? Dah-dah bangun. Sekarang jugak,aku nak kau keluar dari bilik ni.”

Ujar Fazrina sedikit gelabah apabila Hazril mula meluntut dihadapannya.

"Rina tolonglah.. Please Rina..”

"Kau tak paham bahasa ke. Get out!!"

Hampir sahaja suaranya mengeggarkan hospital itu.

"Rina..”

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Rina memintas.

"Aku takkan maafkan kau dan aku benci kau sampai bila-bila kalau aku dapat tau, kau jejakkan kaki lagi dalam bilik ni. Paham! Dan aku anggap kau dah mati! Sekarang kau pilih mana yang yang kau nak?!"

Kata dua Fazrina itu bagai belati yang menusuk jantungnya. Terus! Tak dia sangka Fazrina yang lembut hatinya sebelum ini menjadi begitu garang dan tegas dengan pendiriannya.

'Ya Allah, dugaan apakah ini. Tabahkanlah hatiku Ya Allah. Jika ini yang ditentukan. Aku redha ya Allah.'

Monolog Hazril didalam hati.

"Baiklah kalau ini yang Rina inginkan. Haz akan turuti. Tapi tolong jangan benci Haz. Haz janji suatu hari nanti Haz akan tunjukkan kebenarannya. Percayalah!"

Ujarnya sebelum melangkah kepintu. Sempat dia menilik seraut wajah yang penuh dengan benci itu sekejap.

'Huh.. yeye je tu!'

Rina berpaling kearah lain apabila sepasang mata Hazril memanah tepat kedasar matanya.

"Lagi satu. Jaga diri,jaga agama. Ingat! Allah sentiasa ada untuk hamba-hambanya. Allah takkan menurunkan ujian terhadap seseorang jika orang itu tidak mampu menghadapinya. Allah uji kerana sayang! Bukan menghukum! Dan tolong kirimkan salam Haz untuk abang Qai jika dia sudah sedar nanti, Haz minta diri dulu. Assalammualaikum.”

Hazril pun berlalu keluar dari wad itu dengan hati yang lara. Namun dia ada Allah yang akan menolongnya. Ya itu dia pasti. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk hambanya yang dalam kesusahan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience