BAB 3

Romance Completed 17880

“ Cuba tengok sana.” Aina menoleh bila rakan sepejabatnya iaitu Anis menyuruh. Hatinya hancur bila melihatkan suami tercinta bersama dengan seorang perempuan. Terpamer kemesraan di antara mereka.

“ Minggu lepas dengan perempuan lain. Minggu ni dengan perempuan lain pulak. Dasyat betul bos kita tu.” Rungut Anis.

Dia menggeleng kepala. Sudah tidak terhitung dengan jari perempuan yang dibawa oleh Benjamin. Dan setiap kali itulah perempuan yang dibawa oleh Benjamin adalah perempuan yang berlainan.

“ Biasalah. Orang ada banyak duit. Handsome pulak tu. Siapa yang tak terpikat.” Sampuk Amira.

Dia turut melontarkan pandangan kepada Benjamin yang sedang enak menjamu selera dengan perempuan cantik itu. Dia mencebik. Sedikit geram dengan perangai Benjamin yang begitu mudah bertukar perempuan. Semudah memetik jari.

Aina hanya diam tanpa berniat untuk mengulas. Apa lagi yang perlu dikatakan jika dia langsung tiada hak untuk menegur Benjamin biarpun dia merupakan isteri Benjamin yang sah.

“ Yang perempuan-perempuan tu pun satu. Buta ke mata diorang sampai tak tahu yang encik Benjamin tu cuma nak mainkan diorang.” Kuat suara Anis meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Amira menyiku lengan Anis bila teman sepejabatnya itu bersuara dengan volume yang agak kuat.

“Uish kau ni Anis… cakaplah slow sikit. Sekali encik Benjamin tu dengar habis kau nanti. Tak pasal-pasal kena buang kerja.” Sesekali Amira menoleh ke belakang untuk memastikan Benjamin tidak perasan yang mereka sedang bergosip mengenainya.

Anis mencebik tapi dalam hati takut juga jika Benjamin dengar apa yang dia cakap tadi. Big boss tu… nanti dia juga yang kena resign sebab sibuk jaga tepi kain bos sendiri.

“ Aku naik pejabat dulu.” Aina menolak mangkuk yang berisi mee bandung. Makanan kegemarannya tapi saat ini seleranya mati bila dihidangkan dengan pemandangan yang menyakitkan jiwa dan raga.

“ Eh, kau tak habis makan lagi ni.” Amira menegur.

“ Tak apalah. Aku tak ada selera.” Aina tersenyum.

Dia bangkit dari duduk dan berjalan menuju ke pintu utama kedai makan itu. Dia menahan perasaan bila telinganya dapat menangkap suara manja si gadis yang bermesra dengan suaminya. Benjamin hanya berlagak selamba biarpun dia sedar yang Benjamin turut menyedari akan kewujudannya.

‘Benjamin… sampai bila kita harus begini?’ bisik hati kecil Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience