BAB 12

Romance Completed 17880

“ Aina.”

“ Morning Encik Syafiq.” Aina menghadiahkan senyuman buat Syafiq.

Lelaki itu tampak bergaya dengan sut berwarna biru gelap. Paras rupa Syafiq juga agak sempurna. Tapi yang peliknya, sehingga sekarang Syafiq masih belum ada pasangan. Mungkin juga Syafiq masih belum berjumpa dengan perempuan yang sesuai dengannya.

“ This is for you.” Syafiq meletakkan sejambak bunga ros merah di atas meja Aina.

“ Eh, apa ni Encik Syafiq?” Aina tergamam. Langsung tidak sangka yang Syafiq akan menghadiahkannya bunga.

“ Bunga ros. Bunga yang cantik untuk orang yang cantik macam awak.”

“ Kenapa bagi saya?” Aina mengerutkan dahi. Dia hanya memandang bunga tersebut.

Syafiq tersenyum manis, dia melabuhkan sedikit punggungnya di meja Aina.

“ Sebab awak istimewa.”

“ Apa maksud Encik Syafiq?”

“ Tak apalah. Nanti awak akan faham jugak.” Syafiq terus belalu meninggalkan seribu persoalan di benak Aina.

Aine merenung bunga itu seketika dan menoleh bila dapat dirasakan ada orang lain sedang merenungnya.

Benjamin merenung Aina tajam. Aina hanya buat tidak tahu. Berpura-pura sibuk dengan kerjanya.

Bunga pemberian Syafiq diambil oleh Benjamin. Dia membelek bunga tersebut sebelum mencampaknya ke dalam tong sampah.

Mata Aina bulat.

“ You have no right to touch my things!” Aina membentak. Bagai tidak percaya bila Benjamin dengan selambanya buang bunga tersebut.

Benjamin tersenyum sinis.

“ Do I care? Masuk bilik aku sekarang.”

Aina merengus geram. Dia masih lagi diam tidak berkutik.

“ Now!” arah Benjamin lagi.

Dengan berat hati Aina mengikut Benjamin masuk ke bilik. Benjamin menghempas pintu.

“ Aku tak suka kau rapat dengan Syafiq.” Tekan Benjamin serius.

Aina peluk tubuh.

“ Kenapa?” Aina menjungkitkan keningnya. Cemburukah Benjamin bila Syafiq mendekati dirinya?

“ Kenapa? Kau boleh tanya aku kenapa?” Benjamin menghentak tangannya ke dinding. Rahangnya diketap marah.

“ Kau dah lupa ke yang kau isteri aku?”

Aina tergelak sinis.

“ Isteri? Baru sekarang awak nak mengaku yang saya ni isteri awak?”

“ Sebelum ni awak tak pernah nak mengaku yang saya ni isteri awak. Awak sakitkan hati saya. Awak biarkan saya seorang diri. Langsung tak pernah terfikir tentang diri saya.”

“ Awak hina saya, caci saya. Awak langsung tak hormat perasaan saya. Awak hanya fikirkan perasaan awak.”

Aina menarik nafas.

“ Saya dah tak sanggup hidup dengan awak lagi. Jadi saya harap awak dapat lepaskan saya dengan cara baik. Lagipun, awak dah ada Waniey.”

“ Waniey tak ada kena mengena dengan hubungan kita.” Pangkah Benjamin. Mukanya kelat. Tawar tak bergula.

Aina menggeleng kepala. Dia tergelak sinis. Tak ada apa-apa? Habis tu yang Benjamin bawa perempuan tu ke hulu ke hilir tu apa. Siap berpelukan lagi. Itupun Benjamin kata tak ada apa-apa?

“ Saya belum cukup buta untuk menilai hubungan awak dengan dia. Kalau awak nak kahwin dengan dia saya izinkan tapi sebelum tu awak kena lepaskan saya dulu. Lepas tu saya dah tak akan masuk campur urusan awak lagi. Saya dah tak nak ambil tahu.”

“ Kenapa? Dah hilang rasa cinta kau pada aku selama ni bila Syafiq muncul dalam hidup kau?”

“ Kalau saya cakap ya awak nak buat apa?” tanya Aina kembali. Dia menentang mata Benjamin yang jelas sedang marah.

“ Murahnya cinta kau. Semudah itu kau berpaling dari aku bila ada lelaki lain datang dalam hidup kau. Aku ingat kau betul-betul cintakan aku.” ejek Benjamin sinis. Dia berganjak ke depan membuatkan Aina berundur ke belakang.

“ Awak boleh kata apa saja yang awak nak. Saya cuma nak awak lepaskan saya.”

Tahukah Benjamin yang dia sangat mencintai Benjamin sehinggakan dia tak sanggup lihat Benjamin berpaling dari cintanya. Kalaulah Benjamin tahu betapa dalamnya cintanya, pasti Benjamin tak akan berkata begitu.

“ Kau isteri aku Aina Adira dan akan terus kekal jadi isteri aku.” tegas Benjamin bersuara. Dia memegang erat tangan Aina bila Aina ingin melepaskan pegangannya.

“ Saya hairan, apa yang buat awak mengaku yang awak ni suami saya.”

“ Kenapa? Dah gilakan jantan lain sampai kau tak sedar yang kau dah bersuami?” Benjamin membidas. Dadanya turun naik menahan marah.

“ Saya memang sedar yang awak suami saya tapi awak yang tak pernah ingat yang saya ni isteri awak!” lantang Aina menjawab.

Kali ini dia sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi. Benjamin hanya fikir mengenai dirinya sahaja. Pernah ke walau sekali Benjamin fikirkan dirinya?

Benjamin melepaskan pegangannya dan meraup kasar mukanya. Wajahnya serabut. Matanya terpejam seketika sebelum kembali merenung Aina yang tersenyum pedih.

“ Walau apa pun yang terjadi kau tetap isteri aku. Selagi kau jadi isteri aku, selagi itulah aku tak nak kau rapat dengan mana-mana lelaki.”

“ Saya tak pernah halang awak rapat dengan mana-mana perempuan. Jadi, saya pun harap awak tak halang saya rapat dengan mana-mana lelaki.”

“ Jangan degil Aina Adira…” Benjamin menekan suaranya.

“ Awak buat hal awak dan saya buat hal saya. Itu yang awak pernah cakap pada saya dulu kan.” Aina memangkah ucapan Benjamin.

Dia kembali berpaling untuk keluar dari bilik itu. Jika dulu dia hanya akan senyap dengan setiap bicara Benjamin namun sekarang ini dia tidak akan berdiam diri.

Baru Aina memegang tombol pintu dia tergamam bila Benjamin merentap tangannya dan memeluk erat dirinya. Tangan Benjamin ketat merangkul pinggangnya.

“ Aku tak akan lepaskan kau walaupun kau merayu untuk dilepaskan.” Benjamin berbisik perlahan di telinga Aina sebelum dia mengucup kepala Aina yang bersalut tudung.

Aina terpaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience