BAB 2

Romance Completed 17880

Lampu rumah yang sudah terpasang menandakan bahawa si dia sudah pun pulang. Aina melangkah lambat-lambat ke arah pintu utama. Jika dia ada pilihan, dia lebih rela bermalam di tempat lain daripada pulang ke rumah besar ini. Namun kakinya telah terikat. Tiada lagi cara untuknya melepaskan diri.

Aina meniup kembali semangat yang sudah pudar kerana dia yakin, baru setapak dia melangkah masuk ke rumah besar itu si suami akan mula mencari jalan menyakitkan hatinya. Dari dulu lagi Aina sudah mengasuh diri agar tidak mudah terasa dengan kata-kata pedas yang dilemparkan oleh suaminya.

Adakalanya air matanya menitis mengenangkan nasib hidup yang langsung tidak disayangi oleh si suami. Entah apa yang harus dia lakukan untuk buat si suami menerima dirinya.

“ Aku ingat kau dah lupa jalan balik sampai dah tengah malam pun tak reti-reti lagi nak balik.” Sinis Benjamin berbicara. Ya… Benjamin adalah suaminya. Suami yang tak pernah menganggapnya sebagai isteri.

Namun semua orang di pejabat tidak tahu yang mereka suami isteri kerana Benjamin melarangnya keras daripada menghebahkan kepada sesiapa.

Semua yang terjadi bukanlah salahnya. Dia juga tersepit dengan keadaan yang menimpa dirinya dan juga Benjamin tetapi kenapa Benjamin meletakkan kesalahan seratus peratus di atas bahunya? Dia juga tidak ingin ini yang terjadi ke atas hubungan mereka. Suram dan dingin.

Memang benar dia cintakan Benjamin. Dia sayangkan Benjamin sejak kecil lagi! Mukanya tebal bila Benjamin hanya mentertawakan dirinya di saat dia meluahkan perasaan pada Benjamin dulu. Terasa kerdil dirinya bila cintanya dipersendakan!

Namun dia rela bila Benjamin dengan bongkaknya mengatakan tidak mencintai dirinya. Tidak mengapalah… Baginya biarlah dia tidak dapat memiliki Benjamin asalkan Benjamin bahagia.

Dia tidak pernah berharap Benjamin membalas rasa yang sama. Dia hanya mahu lihat Benjamin bahagia walaupun bukan dia yang menjadi pilihan.

Tetapi segalanya berubah bila keluarga Benjamin datang menghantar rombongan meminang untuk dirinya. Dia menolak kerana dia sedar rombongan tersebut bukanlah di atas kemahuan Benjamin.

Tetapi kedua-dua belah pihak iaitu keluarganya dan juga keluarga Benjamin telah bersetuju untuk menyatukan mereka berdua biarpun dia dan Benjamin membangkang. Hubungannya dengan Benjamin yang dari dulu tak pernah elok bertambah keruh. Sehinggalah ke saat ini Benjamin masih belum boleh menerima dirinya.

“ Maaf. Saya ada kerja sikit. Sebab tu saya balik lambat.” Aina membalas.

Dia bukan sengaja balik lambat tapi kerja yang Benjamin sengaja memberikannya kerja membuatkan Aina tiada cara lain selain daripada pulang lewat untuk menyiapkan kerja. Kadang-kadang Benjamin sengaja menyuruh dia menyiapkan tugasan yang langsung tiada kena mengena dengannya. Aina tidak hairan. Itu adalah satu cara Benjamin menunjukkan rasa bencinya.

“ Kalau kau tak balik pun aku tak hairan la…aku lagi suka kalau muka kau tak ada kat dalam rumah ni. Dari dulu lagi aku tak suka kau dan sampai sekarang hakikat tu masih belum berubah.” Zappp…hatinya bagai ditusuk sembilu bila Benjamin dengan bongkaknya mengakui tidak menyukainya.

Aina hanya mampu tersenyum pedih. Sampai masanya dia akan meleraikan ikatan yang terbina di antara mereka jika hanya dengan cara itu dapat mengembalikan senyuman di bibir Benjamin.

“ Awak dah makan? Kalau awak belum makan saya nak masak sekejap.” Aina bertanya selamba seolah-olah ayat Benjamin tadi tidak terkesan di hatinya. Aina meletakkan beg kerjanya di ats meja di ruang tamu dan ingin melangkah ke dapur. Lengan baju kerjanya disinsing sehingga ke paras siku.

“ Tak payah. Aku tak pernah teringin nak makan makanan yang kau masak. Muka kau pun aku tak lalu nak hadap.” Sinis Benjamin berkata. Benjamin naik semula ke atas dan beberapa minit kemudian dia kembali turun. Di tangannya ada kunci kereta.

“ Awak nak pergi mana?” Aina bertanya polos. Sudah lewat malam. Ke mana Benjamin mahu pergi?

“ Kau tak payah sibuk nak ambil tahu aku pergi mana. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Fullstop.” Pedas kata-kata Benjamin membuatkan sekali lagi Aina terdiam tanpa bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience