BAB 9

Romance Completed 17880

“ Kau ingat aku nak percaya cakap kau?” sinis senyuman yang tersungging di tepi bibir Benjamin.

“ Saya cakap benda yang betul. Saya…”

“ Aku tak sangka yang kau sebegini murah. Kalau tengok muka mesti orang tak percaya yang kau ni perempuan yang dah rosak. Berpura-pura baik dengan imej kau yang bertutup litup ni tapi kenyataannya kau ada hubungan sulit dengan lelaki lain.”

“ Ben…” mata Aina membulat. Tergamaknya Benjamin merendahkan martabat dirinya.

“ Siapa sangka yang perempuan macam kau ni lebih teruk daripada perempuan yang kat luar sana. Langsung tak bermaruah. Begitu mudah diusung ke tempat tidur.”

Pang…

Benjamin terkedu bila penampar Aina hinggap di pipinya. Dan dia semakin terkedu bila air mata Aina sudah mula turun menuruni pipi. Hatinya tiba-tiba rasa tersiat. Bagai direntap keluar dengan kasar.

Aina menolak kasar badan Benjamin. Air mata yang mengalir di pipinya dibiarkan. Biarlah, air matanya sudah langsung tidak berharga. Begitu mudah keluar sejak hidup bersama Benjamin.

“ Saya boleh terima kalau awak tak mengaku saya ni isteri awak. Saya rela awak lakukan macam-macam untuk sakitkan hati saya. Saya diam bila awak marah saya biarpun saya langsung tak bersalah.

Saya buat kerja yang awak suruh walaupun saya tahu kerja tu langsung tak ada kena mengena dengan saya. Saya bertahan bila nampak awak dengan perempuan lain. Tapi saya tak rela bila awak tuduh yang saya ada hubungan sulit dengan lelaki lain!” Aina membentak kasar. Nafasnya turun naik menahan marah.

Aina menatap dalam-dalam mata Benjamin yang jelas terkejut dengan kemarahan yang tidak pernah dia tunjukkan selama ini. Bukan marah tapi dia terluka!

“ Saya sedar yang awak tak pernah sayang saya. Awak tak pernah anggap saya ni isteri awak. Perkahwinan kita langsung tak bermakna dalam hidup awak. Saya dah lama sedar itu semua.”

“ Tapi awak dah melampau kerana persoalkan kesetiaan saya! Awak boleh campak cinta saya. Awak boleh buang sayang saya. Awak boleh hina saya. Awak boleh berkasar dengan saya tapi saya tak boleh terima bila awak tuduh saya lakukan perkara terkutuk tu!”

Aina buka pintu kereta. Dia ingin keluar dari situ. Dia dah tak sanggup melihat Benjamin saat ini. Hatinya sakit. Bagai ditoreh berkali-kali di tempat yang sama. Ternyata Benjamin tahu bagaimana cara mahu menyakitkan perasaannya.

“ Kau nak pergi mana?” Benjamin merentap lengannya.

“ Saya nak balik.” Keras Aina membalas.

“ Jangan keluar. Kita balik.” Mendatar suara Benjamin.

Aina tetap menarik tangannya tapi dia terkejut bila Benjamin menarik lengannya dan menutup pintu kereta dengan kasar.

“ Apa awak buat ni? Saya nak keluar!”

“ Lebih baik kau duduk diam-diam.” Benjamin memberikan amaran.

“ Saya…” Aina ingin membangkang

“ Shut your mouth Aina atau kau nak aku yang diamkan mulut kau?” pangkah Benjamin pantas.

Aina memalingkan muka ke tepi. Pandangannya dihalakan ke luar. Air mata diseka perlahan.

“ Saya benci awak Ben.” Gumamnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience