BAB 13

Romance Completed 17880

Rancangan di televisyen langsung tak menarik minatnya. Dari tadi kerjanya hanya menukar siaran.

Dengan tidak semena-mena Benjamin rampas remote tv di tangannya dan duduk di sebelahnya.

“ Tolong ambilkan dokumen aku kat dalam bilik. Ada kat atas katil.” Arah Benjamin selamba.

Aina mencebik namun dia turutkan saja arahan Benjamin.

Aina memulas tombol pintu bilik Benjamin. Dia sedikit berdebar kerana ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke bilik tidur Benjamin. Sebelum ini, dia langsung tidak pernah berpeluang untuk memasuki bilik ini. Benjamin langsung tidak membenarkannya mencerobohi bilik ini.

Aina mengambil dokumen yang berada di atas katil Benjamin. Tiba-tiba kakinya pegun. Matanya tertancap pada frame gambar yang terletak elok di atas meja tepi katil. Gambarnya!

Dia melabuhkan duduk di birai katil. Timbul tanda tanya di dalam hati. Kenapa Benjamin meletakkan gambarnya di situ?

Seolah-olah dia insan yang teristimewa dalam hidup Benjamin. Bagaikan wajah pertama yang Benjamin mahu lihat setiap kali bangun tidur adalah wajahnya.

Matanya beralih pula pada album yang turut berada di atas meja kecil itu. Tangannya mula membuka album tersebut, ingin tahu gambar apa yang istimewa sangat dengan album tersebut sehinggakan Benjamin tulis ‘ Kekal di Hati ’ di luar album tersebut.

Dan Aina semakin tergamam bila semua gambar yang berada di dalam album tersebut adalah gambar dia. Aina menekup mulut. Air matanya bergenang. Apa maksud semua ni?

Ada kata-kata yang membuatkan Aina tersentuh bila dia membaca coretan Benjamin di atas sekeping gambarnya. Gambarnya yang terakhir di dalam album tersebut.

Seingatnya itu adalah gambar ketika dia mengikuti rombongan syarikat di pulau tioman. Ketika itu dia sedang termenung di tepi pantai. Dia menangis kerana baru dimarahi Benjamin tapi dia tak sangka pula yang Benjamin curi-curi menangkap gambarnya.

‘ Kenapa sukar untuk mengungkap cinta walau hati memang benar cinta?’- Benjamin

Kata-kata itu sungguh mendalam. Apa maksud Benjamin sebenarnya? Dia gagal menebak hati seorang lelaki yang bernama Benjamin. Benjamin cintakannya?

Aina tersentak bila ada tangan yang menyentuh lembut pipinya. Mengelap air matanya yang semakin lebat turun.

“ Aku tak suka tengok kau menangis.” Sayu suara Benjamin.

“ Kenapa?” Aina menunjukkan album di tangannya. Dia inginkan penjelasan.

Benjamin mengeluh perlahan. Dia menarik kepala Aina supaya bersandar di bahunya. Aina hanya membiarkan.

“ Susah bila hati dah sayang tapi tak tahu nak luahkan.”

“Apa maksud awak?” tanya Aina. Dadanya bagaikan nak pecah menahan debaran yang sedang menggila.

“ Aku cintakan kau.”

Aina terkejut. Rasa tak percaya bila kalimah yang dia sangat nanti-nantikan keluar dari mulut Benjamin.

“ Awak cintakan saya?” soal Aina kembali. Suaranya hampir tidak terkeluar.

Benjamin mengambil tangan Aina dan letak diribanya. Dia cium tangan itu beberapa kali sebelum kembali berbicara.

“ Aku nak kau dengar elok-elok apa yang aku cakap ni. Jangan menyampuk. Dengar je. Okay?”

Aina angguk kepala dia bahu Benjamin. Dia hanya membiarkan tangan kiri Benjamin memeluk bahunya dan tangan kanan memegang tangannya.

“ Aku memang tak suka kau. Dari kita kecil lagi aku memang tak suka kau. Aku rimas bila kau datang rumah aku. Aku tak suka bila kau cuba buat baik dengan aku. Aku bosan sebab asyik nampak muka kau hari-hari.

“ Aku sengaja belajar jauh, kat oversea sebab aku nak jauhkan diri dari kau. Bila aku habis study dan balik ke Malaysia kau confess perasaan kau kat aku. Kau tahu apa yang aku fikir?”

Benjamin ketawa sedikit.

“ Perempuan ni tak malu ke luahkan perasaan kat lelaki. Macam perigi cari timba. Yalah, sebab biasanya lelaki yang confess dulu. Aku gelak bila kau confess sebab masa tu kau nampak innocent sangat. Muka gemuruh habis tapi kau tetap berani luahkan perasaan kau. Aku kagum tetapi jujur aku katakan yang aku langsung tak ada simpan apa-apa perasaan pada kau.”

Aina hanya diam. Bila diingatkan balik peristiwa dia meluahkan perasaan pada Benjamin dulu, rasa macam nak sorok je kepala bawah bantal. Sampai sekarang segannya tak hilang kerana begitu berani meluahkan perasaan pada anak teruna orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience