BAB 8

Romance Completed 17880

Aina membuang pandang ke luar kereta. Tangannya masih memeluk tubuh. Sejuk yang dirasakannya sehingga ke tulang hitam. Walaupun Benjamin sudah menurunkan suhu air-cond tetapi sejuknya masih belum hilang.

“ Nah, pakai kot aku ni. Jangan ingat aku terliur tengok badan kau yang terdedah tu.” Benjamin mencampak kot di ribanya. Kasar.

Dalam diam Aina mencebik. Ingat dia sengaja ke nak tayang badan. Namun dia tetap menurut. Kot Benjamin yang lebih besar dari badannya dibuat sebagai selimut. Menutup badannya yang jelas nampak lekuk di tubuhnya.

“ Lain kali ada otak fikir. Dah tahu yang lelaki-lelaki tadi cuba nak buat tak senonoh kenapa kau tak lari. Ini tak, terpacak macam tunggul. Suka sangat agaknya kena kacau macam tu.” Benjamin memuntahkan kemarahannya. Dadanya berombak ganas.

“ Ingat saya suka sangat ke kena kacau. Saya cuma nak tunggu bas je. Mana saya tahu yang diorang nak kacau saya.”

“ Hah, menjawab. Sejak bila kau dah pandai lawan cakap aku ni?!” soal Benjamin dengan nada yang tinggi. Tangannya menggenggam erat stereng kereta.

Aina terdiam. Bibirnya terketar-ketar menahan sejuk dan takut. Takut dengan tingkah Benjamin yang tiba-tiba naik angin.

“ Lagi satu, sejak bila pulak kau ada hubungan dengan Syafiq?” Benjamin pandang sekilas wajah Aina yang sedikit pucat.

“ Saya tak pernah ada hubungan dengan dia.” Perlahan suara Aina membalas. Hampir tidak terkeluar suaranya. Pandangannya terus ke hadapan jalan raya tanpa menoleh ke sisi. Dia tidak sanggup melihat riak Benjamin yang sedang marah.

“ Kau ingat aku nak percaya. Entah-entah kat belakang aku kau sibuk main kayu tiga.”

Aina menahan nafas. Sampai begitu sekalikah Benjamin menganggap dirinya? Seorang perempuan yang begitu murah sekali menjalin cinta biarpun sudah bersuami?...

“ Kenapa kau diam?”

Aina tersentak bila Benjamin merentap tangannya. Tubuhnya ditarik rapat oleh Benjamin sehinggakan dia dapar rasa nafas hangat Benjamin yang menampar wajahnya. Sejak bila kereta yang dipandu Benjamin sudah tersadai di tepi jalan pun dia tidak sedar.

“ Jawab bila aku tanya! Jadi betullah kau ada hubungan dengan Syafiq kat belakang aku?!” suara Benjamin memetir.

“ Tak…saya langsung tak ada hubungan dengan dia.” Suara Aina bergetar. Jantungnya bagai mahu terkeluar bila berada sebegini rapat dengan Benjamin.

“ Habis tu kenapa dia ambil berat sangat pasal kau. Setiap masa sebut nama kau sampai naik bernanah telinga aku ni.” Rahang Benjamin diketap geram. Benjamin semakin menarik Aina rapat dengannya.

“ Saya tak tahu.” Aina menelan liur bila Benjamin mengetatkan rangkulan. Dia menahan dada Benjamin dengan tangannya.

“ Kau tak tahu atau kau pura-pura tak tahu? Atau sebenarnya kau memang ada hubungan dengan dia kat belakang aku?” keras suara Benjamin.

“ Saya tak ada hubungan dengan dia. Saya masih ingat yang saya sudah bersuami walaupun awak tak pernah anggap saya sebagai isteri awak.”

Hati Aina pedih bila Benjamin menuduhnya curang. Siapa yang sebenarnya curang? Dia atau Benjamin? Benjamin terang-terangan berpelukan dengan perempuan lain di hadapannya tetapi dia yang tidak bergaul dengan lelaki pula yang diselar curang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience