BAB 14

Romance Completed 17880

“ Sampailah di saat papa dan mama usulkan cadangan untuk kahwinkan kita. Aku marah, rasa tak adil bila jodoh aku ditentukan oleh keluarga. Aku impikan hidup bersama perempuan yang aku cinta. Jalani hari-hari yang mendatang di samping perempuan yang aku kasih. Jadi, bila papa dan mama buat macam tu aku memang tak boleh terima tapi aku tak ada pilihan lain selain daripada menurut permintaan mereka.”

“ Papa cakap kau adalah calon yang terbaik untuk aku. Kau akan bahagiakan aku dengan kasih sayang kau. Mama cakap tak ada perempuan lain yang boleh jadi isteri aku selain kau sebab mama boleh nampak yang kau betul-betul ikhlas sayangkan aku. Tapi aku tak nak percaya sebab perasaan tak suka aku pada kau memang tak boleh nak kikis sejak kita kecil lagi.”

“ Bila kita dah kahwin aku sengaja lukakan kau, sakitkan hati kau…aku nak kau terseksa dengan perkahwinan ni. Aku tak nak tengok kau tersenyum pun.”

Benjamin menarik nafas perlahan sebelum menyambung kata.

“ Aku ingat aku puas bila tengok kau menderita tapi sebaliknya yang berlaku. Bila kau terluka, aku turut terluka. Hati aku sakit bila kau menangis walaupun aku sedar aku yang menyebabkan air mata kau jatuh. Macam-macam yang aku buat tapi kau tetap sabar. Sikit pun kau tak lawan aku, kau hormat aku sebagai suami kau biarpun aku cakap aku tak pernah anggap kau sebagai isteri aku.”

“ Lama-kelamaan aku mula sedar perasaan yang sedang berkembang di hati aku. Aku cintakan kau tapi aku ego! Aku tak nak mengaku… tapi rasa terbeban sangat bila wujud perasaan sayang tapi tak mampu nak luahkan.”

“ Aku rasa cemburu bila ada lelaki lain cuba rapat dengan kau. Aku rasa marah sangat tapi aku tak mampu nak buat apa-apa sebab aku dah terlepas cakap yang aku tak akan jatuh cinta pada kau. Aku tak boleh terima bila Syafiq cuba rapat dengan kau. Rasa macam nak bawa kau jauh dari dia tapi aku tak mampu, aku hanya mampu pandang.”

Patutlah tiap kali Syafiq rapat dengannya Benjamin akan pendang dia semacam. Rupanya Benjamin cemburu. Aina tersenyum sedikit tapi sejenak kemudian senyumannya pudar. Dia angkat kepala dari bahu Benjamin. Dia meleraikan pegangan Benjamin di tangannya.

Benjamin hairan. “ Kenapa?”

“ Habis tu apa hubungan awak dengan Waniey?”

Benjamin mengeluh.

“ Aku tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Aku saja keluar dengan macam-macam perempuan sebab nak buat kau sakit hati.”

“ Awak memang bencikan saya sampai sanggup buat macam-macam cara untuk lukakan hati saya.” Aina bersuara perlahan. Dia benar-benar jauh hati.

“ Sayang, dengar sini…” Benjamin memegang pipi Aina dan mengelusnya lembut.

“ Aku tahu yang aku bersalah. Banyak sangat kesilapan yang aku lakukan sampaikan aku rasa aku ni tak layak dapat kemaafan dari kau. Aku silap sebab selalu buat kau kecewa tapi percayalah, aku dah sedar sekarang ni. Aku betul-betul sayangkan kau sampai aku rasa aku tak mampu nak buat kerja kalau sehari tak tengok muka kau. Kadang-kadang aku sengaja marah kau sebab aku rindu nak dengar suara kau. Aku suka tengok kau tahan geram, muka kau comel sangat.”

Benjamin mencium pipi Aina membuatkan darah merah menyerbu ke muka Aina.

“ Nak tahu sesuatu tak?”

Aina menjungkit kening. Dia hanya pandang baju Benjamin bila Benjamin menarik tubuhnya supaya menghadap lelaki itu. Dia tak betah untuk melihat terus ke mata Benjamin. Mahu gugur jantungnya kerana panahan mata Benjamin.

“ Tiap malam sebelum tidur aku akan masuk ke bilik kau.”

“ Hah?” Aina bulatkan mata. Terkejut.

“ Aku tak boleh tidur kalau tak tengok muka. Cukuplah walaupun sekejap. Biasanya aku akan masuk bilik kau lepas kau tidur.”

“ Kenapa saya tak pernah tahu?” Aina mengerutkan dahi. Dia pernah juga macam ternampak kelibat seseorang di saat dia tidur. Megusap wajahnya dengan lembut sebelum melabuhkan ciuman di dahi. Sangkanya dia hanya bermimpi.

“ Nak sedar apa kalau dah tidur mati.” Benjamin mengusik.

Aina gigit bibir. ‘ kalau dah tidur dia memang tak sedar apa.’

Benjamin mengambil tangan Aina dan menciumnya.

“ Disebabkan aku, tangan kau terluka.” Benjamin mula membangkitkan peristiwa di mana Waniey menyimbahnya dengan air panas.

“ Tak teruk pun, sikit je.”

“ Sikit apa kalau kena simbah air panas. Sesiapa pun yang kena mesti rasa sakit.” Benjamin membalas geram.

“ Aku memang tak sangka langsung yang Waniey boleh buat macam tu. Lepas je kau keluar, aku terus marah dia. Aku cakap yang kau isteri aku. Dia terkejut, tak percaya. Tapi aku peduli apa kalau dia tak percaya. Lepas tu aku halau dia balik. Aku memang nak bawa kau pergi klinik tapi disebabkan ego, aku hanya mampu tengok kau keluar daripejabat aku. jadi, aku letak minyak gamat kat atas meja kau. Hanya itu yang aku mampu buat.” Benjamin bersuara kesal.

Akhirnya terjawab juga misteri orang yang meletakkan minyak gamat tersebut. Rupanya Benjamin memang mengambil berat akan dirinya. Cuma dia saja yang tidak perasan.

“ Tak apa, benda dah lepas. Lagipun saya tak apa-apa.” Aina bersuara. Menenangkan Benjamin yang dilanda rasa bersalah.

“ Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa kau. Please, lepas ni jangan sebut pasal cerai sebab aku tak mampu nak bernafas pun kalau kau tak ada. Rasa nak gugur jantung aku bila kau suruh aku lepaskan aku.” Benjamin merayu.

Aina hanya mengangguk kepala. Dia tersenyum bahagia dan senyumannya mati bila Benjamin merapatkan wajah. Menyapa lembut bibirnya. Aina pejam mata, menghayati sentuhan kasih dari seorang suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience