BAB 1

Romance Completed 17880

ZAPPPPP ZAPPP

TOKKK TOKKKK

Pantas jarinya mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menjeling jam yang berada di tepi meja. Jam sudah merangkak ke dua petang. Dia cemas. Peluh halus mila menitik membasahi dahinya. Aina mula kalut bila dokumen yang perlu disiapkan masih belum lengkap sepenuhnya.

Dari tadi dia duduk di kerusinya tanpa berginjak walaupun sedikit. Tumpuannya 100% penuh diberikan untuk menyiapkan kerja yang diamanahkan namun Aina tidak yakin yang hasil kerjanya itu akan siap dalam masa yang telah ditetapkan.

Aina menelan liur. Dalam kepala sudah mula membayangkan hukuman yang akan dia hadapi. Seraut wajah yang serius akan muncul di hadapannya dan mulutnya akan mengeluarkan kata-kata yang sangat pedas untuk pendengaran telinganya.

PAKKK!

Kaget Aina fail dihempaskan dengan kasar di atas meja kerjanya. Dia mengangkat muka. Wajah Benjamin sudah berada di depan mata. Matanya tajam menikam membuatkan jantung Aina seperti berhenti berdetak. Spontan dia berdiri tegak di hadapan Benjamin. Menunggu bicara Benjamin yang bakal menyiat sekeping hati miliknya…

“ Sampah apa yang kau bagi pada aku ni?” kasar suara Benjamin menyoal. Aina mengambil dokumen yang dilemparkan Benjamin di atas meja lalu dia membelek sekali lagi. Rasanya tiada kesilapan yang dia lakukan kerana dia telah menyemak berkali-kali sebelum menghantarnya kepada Benjamin.

“ Erk… ini kan dokumen yang Encik Benjamin suruh saya buat.” Aina membalas perlahan. Dan dia rasa ingin menampar mulut sendiri kerana menjawab.

“ Ini bukan dokumen yang aku suruh kau buat tapi ini sampah! Benda macam ni patut masuk dalam tong sampah, bukan kat atas meja aku!” Benjamin membentak kuat. Suaranya tinggi sehingga semua orang di dalam pejabat boleh mendengar.

Aina tunduk menikus. Dia tidak berani melihat pandangan berapi Benjamin yang boleh membuatkannya ketar lutut.

“ Nama je lepasan universiti tapi buat kerja simple pun tak reti.” Benjamin meluahkan rasa tidak puas hati. Tali leher yang terasa mencengkam lehernya dirungkai kasar.

“ Maafkan saya Encik Benjamin.” Hanya itu yang mampu Aina ucapkan. Biarlah dia mengaku salah jika itu yang Benjamin mahukan. Jika dengan sebuah kata maaf mampu melembutkan hati Benjamin yang diamuk marah, dia sanggup menuturkannya sepanjang hari.

Benjamin mendengus kasar.

“ Aku tak nak dengar maaf kau.”

“ Saya minta maaf.” Sekali lagi Aina meminta maaf untuk menghilangkan rasa bersalah yang berhimpun di dalam dada.

Bahu Aina terhenjut bila Benjamin menghentak tangannya ke meja.

“ Aku dah cakap yang aku tak nak dengar kau minta maaf kan!” suara Benjamin tinggi mengherdik Aina yang masih lagi tunduk memandang kaki sendiri. Dia mengetap bibir menahan air mata dari jatuh. Sungguh, Aina sangat terasa dengan herdikan daripada Benjamin. Tidak bolehkah Benjamin bercakap elok-elok? Dia juga ada hati dan perasaan.

“ Aku nak kau buat balik dokumen ni. Letak kat meja aku sebelum pukul tiga.” Benjamin berlalu setelah mengeluarkan arahan baru.

Aina terduduk di kerusi. Pandangan kasihan yang rakan sepejabat lemparkan kepadanya ditelan pahit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience