BAB 6

Romance Completed 17880

Aina hanya diam dari tadi. Membiarkan suasana diisi dengan suara Syafiq yang dari tadi ramah bersembang.
Aina menguis makanan yang berada di pinggan. Tak tertelan rasanya nasi yang disumbat ke dalam mulut bila Benjamin duduk di hadapannya. Serba tak kena duduknya. Masa yang berlalu terasa panjang.

“ Aina single lagi ke?”

Aina terkedu dengan soalan yang keluar dari mulut Syafiq. Dia pandang Benjamin yang turut mendengar soalan itu. Bila Benjamin buat-buat tidak mengerti akan pandangannya, perlahan-lahan Aina faham yang Benjamin langsung tidak kisah jika dirinya diintai oleh lelaki lain.

Aina mengangguk bila Syafiq masih menanti jawapan darinya.

“ Kalau macam tu boleh tak kalau saya nak pikat Aina sebab saya pun single lagi.” Luah Syafiq berani.

Tiada langsungkah perasaan cemburu di hati Benjamin melihatkan Syafiq secara terang-terangan memikat dirinya. Sejenak kemudian dia tersenyum pedih. Mustahil Benjamin akan berasa cemburu jika sekelumit perasaan pun langsung tiada untuk dirinya. Sudahlah Aina, berhenti berharap. Benjamin tidak mungkin akan cintakannya.

“ Aina sudi tak kalau saya…” kata-kata Syafiq terhenti bila Benjamin berdehem keras.

“ Jomlah gerak. Kita dah lewat ni.” Tiba-tiba Benjamin bersuara. Air mukanya keruh.

“ Eh, awal lagilah Ben. Sekarang ni baru pukul tiga. Lagipun aku belum puas lagi nak habiskan masa dengan Aina.” Syafiq beralasan. Sambil itu dia melemparkan senyuman manis untuk Aina.

“ Kalau kau tak nak pergi sekarang, aku pergi dulu.” Kasar Benjamin membalas. Matanya tajam merenung Aina yang berada di depannya. Aina telan liur. Apa kena? Dia ada buat salah ke?

“ Nantilah dulu Ben. Awal lagi ni.” Sekali lagi Syafiq memujuk Benjamin. Dia hairan dengan angin Benjamin yang tiba-tiba muncul.

“ Kau tengoklah puas-puas muka perempuan ni. Aku nak pergi dulu.” pedas sindiran yang Benjamin hadiahkan buat Syafiq menyebabkan Aina turut terasa. Lantas Benjamin bangkit diikuti oleh Syafiq yang terkejut dengan perubahan Benjamin.

“ Okay-okay… aku follow kau sekarang.” Syafiq beralah. Dengan berat hati dia mengekori belakang Benjamin yang menonong keluar meninggalkan Aina keseorangan.

Aina mengeluh perlahan.

*****************

Aina memeluk tubuh. Hujan yang lebat menyukarkan dirinya untuk menapak ke stesen bas. Sudahlah payung pun dia lupa nak bawa. Sudahnya dia hanya tercongok di bawah bangunan menanti hujan reda.

“ Awak balik naik apa?”

Aina menoleh bila Syafiq menegur dia di sebelah. Benjamin turut berada di sebelah Syafiq. Lelaki itu selamba menyeluk tangan ke dalam kocek seluar. Mukanya dingin… sedingin cuaca pada petang itu.

“ Saya balik naik bas.” Aina menjawab.

Pandangannya kembali dilemparkan ke hadapan. Hujan masih lagi lebat. Dia mengeluh perlahan. Jika beginilah keadaannya, bagaimana dia mahu pulang. Nak tumpang Benjamin balik sekali?

Huh… jangan harap. Benjamin tidak pernah mahu menumpangkannya pergi dan balik bersama biarpun mereka tinggal serumah.

“ Jom saya hantar awak balik.”

“ Tak payahlah Encik Syafiq. Saya boleh balik sendiri.” Aina menolak lembut.

“ Awak nak balik macam mana? Hujan lebat sangat ni. Awak nak pergi stesen bas pun nanti boleh basah kuyup.”

“ Tak apa… saya dah biasa.”

“ Biarlah dia balik sendiri Fiq. Bukannya dia tak ada kaki nak balik sendiri. Yang kau sibuk nak tumpangkan dia buat apa?” dingin Benjamin bersuara. Tidak sedikit pun dia memandang Aina.

“ Agak-agaklah kau ni pun. Hujan lebat ni.” Terbias riak kerisauan di wajah Syafiq.

“ So? Apa masalahnya kalau hujan lebat? Dia bukannya tak biasa kena hujan.”

“ Nanti kalau dia demam macam mana?”

“ Biarlah kalau dia sakit pun, yang kau sibuk ambil berat pasal dia sangat kenapa?” kasar Benjamin membalas.

“ Encik Syafiq jangan risau. Saya dah biasa kena hujan dan saya dah biasa sakit. Saya balik dulu.” Serentak dengan itu Aina meredah hujan. Panggilan Syafiq tidak dihiraukan. Menggigil tubuhnya menahan sejuk. Sejuk sehingga mencengkam tulang. Di bawah hujan yang lebat mencurah-curah Aina menangis pilu. Air mata yang turun di pipinya hanya dibiarkan.

Biarlah air mata ini jatuh. Kerana dia sudah tidak cukup kuat untuk menghadapi kebencian suami sendiri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience