BAB 4

Romance Completed 17880

Kerja yang bertimbun di atas meja dibiarkan seketika bila Benjamin menyuruhnya membuat air untuk tetamu istimewa Benjamin. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa supaya sabarnya dapat bertahan menghadapi kerenah Benjamin yang selalu saja membuatkan hatinya menangis sedih.

Allahuakbar… Aina mengucap panjang di saat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Benjamin. Sungguh, hatinya berdarah bila perempuan yang dia nampak makan tengahari bersama Benjamin sedang duduk di riba Benjamin sambil bermain tali leher Benjamin.

Sesekali tawa Benjamin beradu dengan wanita itu. Dikuatkan hatinya supaya tidak menumpahkan air mata di hadapan Benjamin. Aina mengetap bibir. Disabarkan hati melihat kecurangan suami di depan mata.

“ Kenapa selekeh sangat pekerja you ni? Macam mana you boleh ambil dia bekerja? I nak tengok pun tak lalu.” Sindir wanita yang bernama Waniey itu.

Bibirnya mencebik bila Aina masih berwajah selamba seperti langsung tidak ambil hati dengan sindirannya. Terbakar hatinya bila Aina masih tenang.

Aina diam. Kolot sangatkah dirinya dengan sepasang baju kurung yang dia kira agak sopan. Sekurang-kurangnya dia tidak mendedahkan sebahagian besar tubuhnya kepada orang yang bukan muhrimnya. Dia lebih selesa begini daripada terpaksa menanggung dosa kerana tidak menutup aurat.

“ You tak payah hiraukan dia. Dia memang macam ni dari dulu. Tak ada taste macam you.” Ujar Benjamin sinis. Dengan selamba dia bermain rambut lurus Waniey.

Waniey tergelak kecil dengan kata-kata Benjamin. Dia menampar perlahan dada sasa Benjamin sebelum mencapai air yang dibuat Aina. Tidak sampai sesaat dia meludah kembali air kopi tersebut. Mukanya bengis.

“ Air apa yang kau buat ni? Pahit! Kau tak rasa dulu ke sebelum bawa masuk?” sembur Waniey. Dia merenung Aina bagai nak ditelan sekujur tubuh Aina yang terkejut dengan tengkingannya.

“ Saya minta maaf. Biar saya buat yang lain.”

“ Bodoh. Buat air pun tak reti.” Serentak dengan itu Waniey menyimbah Aina dengan air kopi.

Aina terjerit kecil bila tangannya terkena air kopi tersebut. Tangannya merah. Namun sakit di tangan tidak setanding dengan sakit di hati bila Benjamin hanya membiarkan perlakuan Waniey tanpa ada niat untuk membela dirinya.

Laju Aina keluar dari bilik Benjamin menuju ke tandas. Dia ingin menghamburkan tangisannya di situ bila suami yang dia sayang langsung tidak ambil peduli akan dirinya! Lebih rela lihat dia sakit dan dimalukan daripada membelanya. Benjamin memang kejam!

*****************

Setelah perasaannya sedikit lega, Aina keluar dari tandas. Dia mengusap perlahan tangannya yang sudah kemerahan. Nasib baik tidak melecur.

Dia kembali ke tempat duduknya dan dahinya berkerut bila ada minyak gamat di atas mejanya.

“ Kau punya minyak gamat ke?” Aina bertanya kepada Adawiyah yang duduk hampir dengannya.

“ Bukanlah. Kenapa?” Adawiyah bertanya kembali.

“ Tak ada apa-apa…” balas Aina. Dia memegang minyak gamat tersebut. ‘Siapa punya? Dan…kenapa diletakkan di atas mejanya seolah-olah tahu yang dia dalam kesakitan.

Aina pandang bilik Benjamin. Dia hanya dapat memandang cermin yang bertinted itu tanpa dapat menatap terus wajah Benjamin tetapi Benjamin boleh melihatnya dari dalam. Adakah ini kerja Benjamin? Benjamin yang meletakkan minyak gamat tersebut?

Sesaat kemudian Aina tersenyum sayu. Dalam mimpi pun Benjamin tak akan pernah mahu berbuat baik dengannya. Usah bermimpilah Aina…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience