BAB 11

Romance Completed 17880

Aina membuka mata yang terasa kelat. Ngantuk masih lagi bersisa. Dia kerling jam yang berada di atas meja. Sudah menginjak pukul enam pagi.

Dia pusing ke kanan. Darahnya menyirap bila menyedari Benjamin sedang tidur pulas di sebelahnya. Enak memeluk dirinya. Bila masa Benjamin masuk? Rasanya malam tadi setelah mereka bertengkar dia terus masuk ke bilik dengan mengunci pintu.

Dengan perasaan yang sedikit berkecamuk Aina mengalih tangan Benjamin. Belum sempat dia turun dari katil Benjamin sudah menarik lengannya menyebabkan dia kembali terbaring. Benjamin kembali merangkulnya. Dagunya diletakkan di kepala Aina.

“ Ben!” Aina menjerit kecil. Cuba melepaskan diri dari rangkulan Benjamin yang terlalu erat. Akhirnya dia berjaya. Terus dia bergerak menjauhi katil.

Benjamin hanya terlentang di atas katil. Matanya lembut memandang Aina yang jelas tidak selesa bila dia turut berada di bilik itu.

“ Kenapa awak boleh ada dalam bilik ni?”

Benjamin menongkat tubuh dengan tangan.

“ Malam tadi badan kau panas sangat. Kau meracau masa tidur. Jadi aku lap sikit badan kau dengan tuala basah.”

“ Lap?” air liurnya terasa kesat. Jantungnya bagaikan berhenti berdenyut bila Benjamin tersenyum nakal.

“ Buat apa nak malu. Bukannya haram pun aku tengok.” Selamba Benjamin berkata. Dia bangun dari baring.
Duduk di birai katil.

“ You are too much Ben! Saya tak izinkan awak sentuh saya!” rasa nak pitam bila Benjamin berani menyentuh dirinya dalam keadaan dirinya yang langsung tidak sedarkan diri. Demamnya memang teruk. Memang adakalanya bila dia demam, dia akan meracau ketika tidur. Tetapi perlu ke Benjamin buat itu semua?

Hubungan mereka ketika ini hanya retak menanti belah. Bila-bila masa sahaja hubungan ini akan terputus. Namun yang peliknya tiba-tiba sahaja Benjamin bertukar menjadi seorang lelaki yang dia langsung tidak pernah terfikir.

Seorang lelaki yang benar-benar seperti seorang suami. Di saat dia sudah merelakan diri untuk keluar dari hidup Benjamin, Benjamin pula yang seperti berat hati untuk melepaskannya.

“ Lebih daripada sentuh pun aku boleh buat kalau aku nak. Nak tahu sebab apa?” Benjamin mendekati Aina yang semakin mengundurkan dirinya.

“ Sebab aku suami kau dan aku rasa tak salah kalau aku sentuh kau.” Terus Benjamin menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Aina sebelum keluar dari situ meninggalkan Aina yang jelas terpana.

*****************

Aina termenung panjang. Fail yang berada di atas mejanya hanya dipandang kosong. Sejak tadi lagi lagi kerjanya terbengkalai. Fikirannya terganggu dengan Benjamin. Dia masih tidak faham dengan sikap Benjamin yang tiba-tiba berubah. Kenapa boleh jadi begini?

“ Kenapa kau datang ofis?”

Aina menoleh ke arah suara itu. Benjamin… lelaki itu seolah-olah tahu yang dia sedang berfikir mengenainya.
Dia mengeluh bila Benjamin menarik fail yang berada di tangannya. Benjamin mahu apa lagi? Nak sakitkan hatinya lagi ke?

“ Saya tengah sibuk ni Encik Benjamin, tolong jangan ganggu kerja saya.” Aina bersuara tegas. Dia cuba merampas kembali fail di tangan Benjamin tapi dia gagal bila Benjamin lebih cekap melarikan fail itu dari tangannya.

“ Aku dah suruh kau duduk rumah je tadi kan? Kenapa keras kepala sangat datang ofis? Badan kau bukannya sihat lagi.” Benjamin letak kembali fail itu di atas meja dan menarik kerusi Aina rapat dengannya. Dia menundukkan tubuh. Memegang pangkal kerusi Aina.

“ Saya dah cakap dengan Encik Benjamin supaya jangan ambil tahu pasal saya lagi. Saya tahu jaga diri saya sendiri. Encik Benjamin tak perlu susahkan diri kalau saya tak sihat sekalipun.” Balas Aina tenang. Mungkin di luar dia nampak tenang tapi saat ini hatinya rasa nak meletup kerana Benjamin begitu rapat dengannya.

“ Muka kau pucat. Bibir kau pun nampak pucat.” Spontan Benjamin mengusap bibir Aina lembut.

Aina menepis tangan Benjamin. Dijauhkan sedikit tubuhnya. Dia pandang keliling. Mujur juga ramai yang masih belum datang ke pejabat. Kalau tidak, terbongkar pulak rahsia yang disimpan kemas jika orang lain nampak perlakuan Benjamin tadi.

“ Kenapa? Takut orang lain nampak?” Benjamin ketawa kecil. Dia kembali berpeluk tubuh.

Aina menjeling. Benjamin nampak seperti tidak kisah jika orang lain tahu mengenai hubungan mereka sedangkan Benjamin juga yang ingin hubungan mereka dirahsiakan.

“ Aku nak kau kerja half day je hari ni. Kalau tengahari nanti aku nampak kau ada kat ofis ni lagi tahulah aku nak buat apa.” Benjamin mengugut. Mukanya bertukar serius.

Aina telan liur. Dia akan jadi gugup bila Benjamin serius. Hilang rasa beraninya.

“ Dengar tak?” Benjamin mengangkat dagunya. Sekali lagi Aina menolak tangan Benjamin. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala.

Tanpa sempat ditahan, Benjamin tunduk lalu mengucup pipi dan keningnya. Aina terkejut.

“ Bekal untuk aku buat kerja.” Benjamin tersenyum nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience