BAB 13

Romance Series 13317

Aku tepuk dahi berkali-kali. Ya allah, dugaan apa lagi menimpa aku kalini? Time nilah, kereta buat hal. Dahlah aku tak tahu aku dekat mana ni. Bateri phone pulak habis!

Balik dari meeting, aku singgah rumah cikgu moon hantarkan barang dia. Kalau ikutkan aku tak nak, dahlah jauh rumah dia. Tapi, orang dah mintak tolong. Hantarkanlah...

Aku pergi rumah cikgu moon pun pakai waze. Aku tak tahu dekat jalan mana ni... jalan ni macam pernah lalu. Tapi, aku tak ingat... alahai.

Tengok jam dah pukul lima. Panas pulak tu. Aku nak balik macam mana ni? Nak mintak tolong orang, masalahnya, tak ada satu kereta ke motor lalu jalan ni. Hish! drama sungguh!

Tiba-tiba ada kereta satu kereta saga berhenti bahu jalan. Keluar sorang pakcik tua keluar dari kereta saga. Alhamdulillah, ada jugak orang tolong aku.

"Anak ni kenapa? Kereta rosak ye?" Tanya pakcik tua tu. Aku apa lagi angguklah.

"Kereta tiba-tiba je buat hal. Tak tahu kenapa. Saya ni bukannya tahu menahu sangat."

Pakcik tu tu angguk sahaja. Dia tengok enjin kereta. Entah apa yang dibeleknya.

"Pakcik..."

"Pakcik man. Panggil je pakcik man."

"Ha, macam mana dengan kereta saya?"

"Hmm, pakcik pun tak tahu sangat. Tak apa, pakcik tolong callkan orang yang tahu pasal benda-benda ni. Kejap ye..."

Aku dan pakcik man bersembang sementara menunggu orang yang pakcik man call. Lama juga dah aku rasa aku bersembang dengan pakcik man. Aku tengok jam dekat tangan dah nak dekat enam setengah. Matilah aku!

Tiba-tiba aku dengar bunyi motor bising dekat belakang. Aku toleh belakang, aku tengok motor superbike parking dekat belakang kereta aku.

Aku tengok je orang tu. Buka je helmet, terbukaklah mukut aku. Ternganga luas sampaikan lalat seribu ekor muat dalam mulut.

"Nasrul asyraf? Awak buat apa kat sini?"

"Eh, anak kenal ke dengan tuan muda?"

Aku kerut kening. Ambi kau, tuan muda. Apahal ber-tuan ni pakcik? Dia lagi muda dari pakcik.

"Eer, anak murid saya."

"Oh, er, tuan asyraf. Maaflah susahkan tuan asyraf. Ni, kereta dia rosak. Pakcik tak berapa sangat. Itu yang pakcik telefon tuan." Kata pakcik man.

Aku tengok si nasrul asyraf ni mengangguk sahaja. Dia berjalan pergi kearah kereta aku. Dia tengok apa tah dekat enjin aku.

"Kereta ni pernah service tak?"

"Ha?" Aku tak berapa dengar apa yang ditanyakan oleh asyraf. Alahai, apahal kau ni ain?

"Kereta ni. Pernah service ke tidak cikgu ain?"

Aku gelengkan kepala laju.

"Apa geleng?"

"Tak lah!" Hsih! Geram pulak aku dengan si nasrul asyraf ni. Takkan orang geleng tak tahu maksudnya apa. Bengong!

"Memang patut pun rosak..." aku dengar dia berbisik perlahan.

"Saya dengar okey..."

"Memang nak bagi cikgu dengar pun." Dia jawab lagi. Eii! Aku rasa panas hati pulak.

"Er, macam mana tuan boleh baiki ke?" Tanya pakcik mana datang merapat.

"Hmm, kena hantar pergi bengkel. Banyak jugak rasanya masalah kereta ni. Bukannya rosak satu je, tapi hmm... malas nak cakap."

Aku hanya garu tengkuk yang tak gatak dengan sengihan panjang.

Memang, memang dah lama aku tak bawak kereta kesayangan aku ni pergi service. Yelah, mana nak rajinnya aku. Dah dapat kereta, tak adanya lah nak buat service. Sekalj je aku bawak sebab apa tah. Aku lun tak ingat.

"Ha, halo?waalaikumussalam. Ye saya!" Pakcik makn aku lihat dia sedang bercakap dengan handphonnya dilekapkan di telinga.

"Hmm, cikgu baliklah dulu... nanti, kereta ni saya bawak pergi bengkel." Kata nasrul asyraf dingin, entah kenapa aku tengok mood dia pun macam tak baik je.

Ah! Lantak situ. Yang aku tahu, he willing to help me. Hahaha!

"Ya allah! Ha, baiklah. Saya balik sekarang." Pakcik man tergesa-gesa pergi kearah keretanya.

"Eeh, pakcik man! Kenapa?" Aku mengikut langkah pakcik man dari belakang.

"Isteri pakcik accident. Pakcik pergi dulu ya." Pak man terus pergi kearah keretanya lalu meloloskan diri kedalam kereta. Nampak sangat muka pak man kelihatan cemas dan risau.

Aku terpinga-pinga melihatkan keadaan aku berdua dengan si nasrul asyraf ni. Allahu! Macam mana pulak dah?

"Err..." aku nak bersuara tapi terus tak jadi bila aku terpandangkan nasrul asyraf sudah naik keatas motornya.

Ha sudah, dia nak tinggalkan aku ke? Dahlah aku tengok jalan ni sunyi je. Matilah aku!

"Awak nak tinggalkan saya ke asyraf?" Aku bersuara dengan nada sedikit getar. Mana taknya aku tengok dia dah pakai helmet, hidupkan enjin motor, dah siap pegang handle pulak tu! Huwaaa! Anak murid nak tinggalkan cikgu dia.

"Naiklah... saya hantar cikgu balik. Kalau nak call, saya tak bawak phone time datang sini."

Aku pandang wajah nasrul asyraf. Hee...boleh percaya ke tidak ni? Jangan dia ambil kesempatan sudah.

"Saya tak ambil kesempatan dalam kesempitan macam ni cikgu. Cikgu pun tolong jangan fikir bukan-bukan. Saya ada taste saya. Anggaplah ini keadaan darurat."

Ush! Macam mana dia boleh tahu? Eh, malu gue sih. Gimana ni?

"Cepatlah...dah nak maghrib ni. Syaitan banyak berkeliaran.... cikgu jangan salahkan saya kalau saya ter..."

Cepat-cepat aku naik motor dia. Dahlah helmet tak ada. Mati aku kalau accident tengah jalan ni. Ya allah! Kau peliharalah hambamu ini!

"Cikgu nak selamat ke tak?" Tanya dia tiba-tiba. Aku dah duduk setegak yang mungkin nak duduk jauh dari dia. Dahlah tempat duduk ni kecik. Kenapalah dia ni bawak motor? Superbike pulak tu... aduiii

"Eer... naklah. Takkan tak nak pulak." Aku jawab. Ya allah, aku takit ni naik motor yang ye pun. Dari dulu sampai sekarang aku benci motor. Tapi, bak kata si nasrul asyraf ni. Keadaan darurat. So, tak ada apalah sangat.

Kan?

"Kalau nak selamat, peluk saya. Kalau cikgu tak nak selamat, herm...pandai-pandai cikgulah..."

Herm! Ni yang aku tak nak ni. Kata tak nak ambil kesempatan dalam kesempitan. Ni menipu sangat!

"Suka hati cikgulah... saya dah bagi peluang..." kaki nasrul asyraf dah naik. Tangan dia dah mula press dekat bahagian handle.

Dan aku. Takkan sesekali peluk dia! Muktamad!

"Here we go!"

Aku terus peluk badan nasrul bila superbike ni membelah jalan raya yang sunyi dengan kelajuan yang tahap masyaallah! Laju gila dia bawak! Agak-agaklah! Cikgu kau kot.

Aku tengok makin lama makin laju dia bawak. Yang aku ketakutan kat belakang ni. Dahlah superbike. Gila betul! Aku benci naik motor.

Dan, satu senyuman bergaris di bibirnya tanpa disedari...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience