BAB 8

Romance Series 13317

Aku menjeling kearah anis yang sedang merenung kearahku dengan satu senyuman yang boleh dikatakan 'senyuman ada makna'

'Kau pahal?' Aku angkat kepala aku sambik buat isyarat mata.

Anis hanya senyum lagi sambil menggelengkan-gelengkan keplanya. Kemudian dia memuncungkan bibirnya menunjuk kearah manusia di sebelahku yang sedang bersembang di handphone.

Aku jeling anis dengan lebih tajam. Tapi, anis buat i don't know je. Dia buat wat lek wat peace depan aku.

"Er, maaf saya pergi toilet kejap." Hakim tiba-tiba bangun selepas dia mengakhiri panggilan di handphonenya.

"Baik.."jawab anis sambil tersenyum. Diapndang sahaja pemergian hakim yang pergi ke tandas.

"Akak!!!" Anis menjerit sambil memegang tangan kananku. Digoyabg-goyangkan beberapa kali sehinggakan kepala aku terikut.

"Apa?" Kataku malas. Lihat sahaja anis, sudah naik ulat bulu dia. Dasar adik gatal!

"Handsomenya abang hakim tu! Kenapalah bukan anis je, yang jadi makwe dia?" Kata anis dengan sedikit kecewa.

"Kenapa? Dia dah ada makwe ke?" Tanyaku balik. Sekadar ingin berbasa-basi. Kepala anis terus mengangguk.

"Mana kau tahu ni?" Kataku tak percaya. Yelah, adik aku ni suka bagi fakta tak betul. Baik kalau jumpa dengan si anis, jangan percaya cakap dia. Penipu besar dia ni! Lagi-lagi dia suka tipu kakak dia.

"Tadi, dalam kereta." Jawab anis sambil memuncungkan bibirnya.

"Dalam kereta? Eip, aku tak dengar pun kau bersembang dengan dia." Yelah, aku mana ada dengar dalam kereta. Aku cuma dengar radio je. Tak ada siapa pun yang berbunyi. Awkward jugak rasa duduk dalam kereta.

"Memanglah kakak tak dengar. Kaka tidur! Buat taik mata dekat sebelah abang handsome tu tadi. Nasib baik air liur basi tak meleleh!"

Aku ketap gigi geram. Hesh! Minah ni. Cakap kuat-kuat buat apa. Dah lah dalam restoran ni. Ada jugak kang yang dengar. Kalau ada yang dengar, aku sekeh kepala adik aku!

"Kau sembang apa je time aku tidur?" Air yang dipesan dah sampai. Selepas pelayan itu pergi anis baru ambil minumannya lalu menyedut fresh orennya.

"Errm, sembang pasal makwe dia. Dia kata, makwe dia ni lawa, muslimah lah and still muda lagi. And yang paling penting, perempuan tu mengajar satu sekolah dengan dia. Dia kata, hari-hari dia selalu jumoa makwe dia. Cuma, kadang makwe dia ni, tak berapa nak kisah. Hmm, kesian dia. Untungnyalah, makwe dia. Dapat pakwe caring and hot gitew!!!"

Aku terus rasa nak muntah bila anis puji si hakim ni melebih-lebih. Hailah, cikgu mana dalam sekolah tu? Makwe dia yang dikatakan muda dan tak berapa nak ambik kisah.

Ada tiga cikgu yang masih belum masuk 30 series. Satu ciikgu praktikal, satu lagi cikgu lelaki. Eh, tapi ini nak cerita pasal perempuan. So, dua jelah. Cikgu praktikal dengan... aku!

Aku belum masuk 30 series lagi okeyyy, muda lagi!

Siapalah malang sangat tu? Setahu aku, hakim ni memang peramah sangat kat sekolah. Adalah sekali aku ternampak dia dengan cikgu praktikal yang dipanggil 'rose' tu. Nama entah apa tah... tapi, panggil rose. Halahai...

"Kak..." panggil anis. Aku toleh kearahnya lalu aku angangkatkan kening.

"Kak tak ada feeling dengan abang hakim ke?"

Aku yang sedang menyedut minuman teh ais rasa macam air teh ais tu nak terkeluar balik. Tapi, sempat aku tahan dengan menggunakan tapak tangan.

Tisu aku ambil lalu mengelap mulutku. Aku membuat bibir. Gila lah si adik aku ni! Ada ke patut dia tanya macam tu. Tolonglah! Aku langsung tak minat dia. Aku just kawan je.

"Gila kau dik... aku tak ada feeling dekat dia. Kau nak kena kejar dengan mama ke kalau dia dapat tahu aku bercinta?"

Anis mencebirkan bibirnya.

"Alah, kakak dah besar. Mama kata kakak dah layak kahwin. Kak nak ke jadi andartu or else, orang panggil andalusia. Panggil anak dara lanjut usia. Eww, kak cepat kahwin. Lepas kau kahwin, aku lah pulak!"

Aku menggelengkan kepala. Setelah makanan yang dipesan sampai, begitu juga dengan hakim disaat itu juga dia sampai.

"Lamanya abang hakim pergi tandas... memerut ke apa?" Anis slumber badak dia tanya soalan macam tu. Aku dah bulatkan mata pandang anis. Gila lah anis ni!

"Tak, tadi abang dah keluar dah. Tapi, terserempak pulak dengan cikgu rose kawan abang tu. Bersembang dengan dia. Tu yang lama..." hakim sudah memulakan suapannya.

Anis hanya mengangguk. Mukut dia diam dah lepas dia dah mula makan. Huh...aku rasa mulut dia senyao sekejap. Tapi, habis makan ni, confirm, dia bersambung sembang lagi. Hailaaa...

Sesudah makan, kami terus keluar dari restoran. Awal-awal lagi makanan telah dibayar. Baru sahaja ingin masuk kedalam kereta aku terus batalkan niat.

"Hakim, adik. Orang nak pergi farmasi sekejap. Nak beli ubat selesema. Tunggu tau."

Hakim dengan anis hanya mengangguk. Aku terus pergi ke farmasi. Masuk-masuk je aku dah pergi kat kaunter dia. Mintak ubat selesema.

Selesai membayar, aku terus keluar. Baru je nak teruskan langkah tiba-tiba langkah aku terhenti sebab ada orang halang jalan aku. Aku angkat kepala.

"Eh, ikhram..."

"Hai cikgu!" Ikhram mengukirkan senyuamnnya. Aku membalas senyumannya.

"Awak... buat apa kat sini?"

"Saya ada class muzik dekat atas ni. Saya nampak cikgu. Nak tegur dengan menjerit je. Tapi, saya rasa macam biadab. Saya datanglah depan cikgu."kata ikhram dengan senyuamnnya. Mukanya nampak merah seperti malu.

Aku hanya menganggukkan kepala. Wah, ikhram ni rajin oulak ambik class muzik. Tapi, bagus. Pergi dekta tempat yang betul. Bukan macam si nasrul asyraf tu! Buat class muzik time aku mengajar benda lain.

"Cikgu dah makan?" Tanya ikhram.

"Dah... saya makan dengan hakim. Eh, maksud saya cikgu hakim. Sekali dengan adik saya."

"Alah, cikgu kenapa tak ajak saya. Saya nak makan dengan cikgu jugak." Ikhram sudah membuat muka. Aku rasa nak tergelak tengok perngai budak remaja yang perangai still macam budak-budak ni.

"Nanti, saya makan dengan awak. Tak apa, awak buatlah set temu janji ke, apa ke, lepastu ajak saya. Saya datang." Aku bergurau dengan dia. Tapi, riak wajah ikhram terus berubah ceria.

"Okey cikgu. Nanti saya buat. Cikgu jangan tak datang kalau saya buat macam tu..."

Aku lihat wajah ikhram. Dia macam serius je. Tapi, takkanlah. Aku anggap apa yang dia katakan itu hanyalah untuk membalas gurauan aku tadi.

"Okeylah, ikhram. Saya pergi dulu." Aku terus minta diri apabila anis sudah keluar dari perut kereta lepastu buat muka bengang. Mungkun rasa macam lama sangat kot.

"Bye cikgu cantik!" Ikhram melambaikan tangannya. Aku mengikut membalas lambaian tangannya.

Ikhram memang suka panggil aku cikgu cantik. Hahaha! Masih ada yang puji aku cantik dengan hati ikhlas. Aku ingat dulu dia panggil aku cikgu cantik dalam kelas sebab nak bergurau. Aku tak kisah.

Tapi, bila dia tak habis-habis panggil aku kat mana-mana dalam sekolah dipanggilnya aku cikgu cantik. Hmm, aku dah terbiasa lah. Sampaikan, cikgu moon jealous dengan aku. Sebab, aku dapat gelaran cikgu cantik. Hahaha!

Ikhram memandang pemergian cikgunya. Diapndnag sahaja cikgu itu sehinggalah kereta yang dinaiki oleh cikgu itu hilang dari pandnagan matanya.

'Cikgu...'

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

"Hoi! Kau tengok awek eh?" Tegur asyraf.

"Taklah. Aku tengok cikgu ain. Terserempak dekat sini tadi." Jawab ikhram sambil menurunkan tangan asyraf yang masih berada diatas bahunya.

"Cikgu ain? Cikgu tu buat apa?" Asyraf memulakan langkahnya menuju kearah tas. Menuju ke kelas muzik yang diambil.

"Entahlah. Aku baru nak ajak dia makan. Tapi, dia kata dia dah makan dengan cikgu hakim tu. Hai... janganlah cikgu hakim tu suka dekat cikgu cantik tu..." kata ikhram perlahan.

"Kenapa?" Tanya asyraf. Dia pusingkan badannya menghadap ikhram. Langkah ikharm terhenti. Dipandang wajah asyraf yang tiba-tiba nampak macam ketat.

"Aku suka cikgu cantik."

Dan, asyraf tergamam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience