BAB 10

Romance Series 13317

Aku melangkah lemah masuk ke dalam kelas 6 farkiq. Satu plastik yang penuh dengan kertas aku letakkan atas meja farisya.

"Farisya, awak nanti pergi bagi dekat semua orang. Yang mana nak belajar je. Yang mana tak nak tu tak payah bagi, buat membazir kertas je. Lagipun, ada kelas lain saya nak bagi ni."

Farisya mengangguk. Dia melihat muka aku.

"Cikgu kenapa? Demam ke?"

Aku pandang farisya. Aku hannya menarik senyuaman lemah.

"Taklah, saya okey je." Jawabku lemah. Aku terus berjalan menuju ke meja. Aku letak kepala atas meja. Rasa macam tak larat pulak nak mengajar. Jadi, aku bagi latihan je.

Aku rasa aku demam kot. Demam mengejut. Ini semua sebab hal tadi...

Aku keluar tergopoh gapah dari kereta. Haila, tak pernah aku lambat macam ni. Mungkin sebab, semalam lah ni. Hazim punya pasal. Hadoi, dah aku terlajak tidur.

Aku terus masuk pejabat. Kad kuning aku ambik cepat-cepat masuk kat dalam mesin tu. Dah selesai semua, baru aku boleh bernafas dengan tenang.

"Selamat pagi cikgu rock!" Aku lambai tangan kearah cikgu rokiah yang sedang menunduk ke bawah meja. Entah apalah yang dibuatnya.

Cikgu rokiah bangun sambil pinggangnya dipegang. Mungkin sakit pinggang kut...

"Ha, ain. Lambat kamu datang. Biasa kalau saya sampai, awak dah ada dah dekat meja." Cikgu rokiah berjalan kearah kerusi. Dilabuhkan punggungnya ke kerusi. Penat.

"Hm, saya terlajak tidur. Semalam saya tidur lewat. Ni, cikgu rock cari apa?" Tanyaku apabila melihat kepala cikgu rokiah terjenguk-jenguk kebawah meja seakan cikgu rokiah sedang mencari sesuatu.

"Saya cari saya punya kasut. Tadi, saya baru letak dekat tepi ni. Dah hilang pulak."

"Cari perlahan-lahan ye... saya pergi ke meja dulu. Sekejap lagi saya ada kelas." Aku minta diri. Cikgu rokiah hanya mengangguk.

Aku berjalan menuju ke meja. Kemudian aku patah balik ke arah meja cikgu rock.

"Cikgu rock, cuba tengok dekat meja cikgu moon. Sebab, selalunya saya selalu nampak cikgu rock selalu bukak kasut. Mana tahu tersepak ke sana."

"Terima kasih, ain. Nanti saya tengok. Saya penat sikit sebab mencari tadi. Almaklumlah dah tua.."

Aku hanya senyum sahaja. Kaki terus melangkah menuju kearah meja. Baru sahaja aku nak letakkan handbag atas meja, ada benda yang membuatkan aku rasa macam nak lari satu sekolah.

"Wargh!!! Ular!!!" Aku menjerit. Semua yang ada dalam bilik guru terus pandang kearah aku.

Cikgu hakim dah datang kearah aku. Dia berdiri disebelahku.

"Kenapa?" Tanya dia.

"U..ular." aku tunjuk ukar yang kecik berada diatas meja.

Cikgu hakim mendekat kearah meja. Kemudian kepalanya memandnag kearahku kembali lalu mengukirkan senyuman.

"Tak ada apalah... ular mainan je. Dahlah, saya nak pergi jumpa guru besar. Awak jangan takut, ini ular mainan..."terang cikgu hakim lembut. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.

Semua dah duduk temoat dia orang balik. Aku hembuskan nafas lega. Baru sahaja aku nak duduk atas kerusi, tiba-tiba kepala ular naik.

Membulat mata aku. Ini bukan ular mainan! Ular betul!

"Ular hidup!!!!" Aku menjerit lalu aku tarik kerusi menjauh dari meja. Aku berdiri diatas kerusi sambil memeluk handbag.

"Kenapa?" Cikgu hakim datang balik. Mungkin dia tak jadi pergi lepas dengar aku menjerit macam tarzan.

"Ular tu, kepala dia naik." Aku tunding jari kearah meja aku. Kepala ular tu statik je macam tu.

Cikgu hakim pergi kearah meja itu. Walaupun tak dekat, tapi kira bolehlah jarak dia antara ular tu.

Fail yang agak tebal digunakan lalu diketuk ular itu. Cikgu hakim dengan beraninya dia mendekat. Dia lihat ular kecil tu.

"Ini ular mainan...betullah. ni ular yang boleh gerak tu."

Aku dah terkaku dekat atas kerusi. Aku tak boleh fikir. Sekarang ni, aku rasa macam fobia.

"Kenapa?" Tanya cikgu praktikal yang dipanggil rose itu.

"Ada ular mainan ni ha..." jawab cikgu hakim. Dia pandang aku yang dah berdiri dekat atas kerusi.

Cikgu rose yang tengok aku berdiri terus merapatkan diri. Dia bawa aku turun dari kerusi. Dia kata bahaya. Jatuh kang susah...

Aku mengikut je. Tak tahu kenapa aku rasa lemah sangat.

"Dah waktu pertama ni? Cikgu ada kelas tak?" Tanya cikgu rose perlahan.

Aku mengangguk. Sekejap lagi aku ada kelas dengan kelas farkiq.

"Cikgu ain okey tak?" Tanya cikgu rose lagi. Dan sekali lagi, aku hanya mengangguk.

"Er, cikgu larat nak masuk kelas. Saya nampak muka cikgu ain macam pucat semacam je..." cikgu hakim pula bersuara. Dia memandang kearahku dengan riak risau.

"Tak apa, saya okey. Kalau saya tak okey saya balik lah. Maaf semua, sebab mengganggu. Saya pergi dulu." Aku terus minta diri.

"Cikgu, ni kertasnya." Farisya letak balik plastik dekat atas meja aku. Aku hanya mengangguk.

Tiba-tiba tangan farisya naik. Dia letak tangan dia dekat atas dahi aku.

"Ya allah, cikgu demam ni. Panas sangat!"

Aku hanya diam. Rasa berat nak bukak mulut. Tak larat. Dah tak ada tenaga nak bercakap. Rasa betul-betul lemah.

Ikhram berdiri di depan aku. Dia pandang aku.

"Cikgu cantik, nak pergi klinik tak?" Tanya ikhram. Aku hanya gelemgkan kepala lalu aku menarik senyum.

"Saya okey jelah. Yang sampai nak pergi ke klinik tu buat apa?" Kataku sambil buat ketawa kecil.

Ikhram memandangku dengan curiga. 

"Cikgu cantik, pergi klinik eh?" Pujuk ikhram.

"Tak yah lah. Dah...dah. semua buat kerja. Jangan kisahkan saya. Nanti saya nak kutip kertas tu." Aku angkat kepala. Tapi, rasa sakit tu mencengkam kuat. Tak dapat kepala aku bertahan lama. Kemudian, aku letak kembali kepala atas meja.

Ikhram berjalan menuju ke tempat duduknya bersebelahan dengan saufi a.k.a opi.

"Kau kenapa beb?" Tanya opi. Dia lihat wajah ikhram yang seakan risau.

"Tak, cikgu cantik aku sakit..." ikhram berkata perlahan. Dipandnag sahaja cikgu cantiknya yang melentokkan kepala diatas meja.

Tok! Tok! Tok!

Semua memandang kearah pintu termasuklah aku. Aku memusingkan kepala melihat siapakah yang berada di hujung pintu itu.

Oh...nasrul asyraf. Hmm, aku dah lali dah dengan anak mjrid aku ni. Dia ni asyik datang lambat je. Lepastu, bila dia suka datang lambat, aku pun suka membebel macam mak nenek dekat dia.

Dia berjalan masuk lalu menuju kearahku. Tangannya dimasukkan kedalam poket. Keningnya terangkat.

"Tak nak membebel?"

Hesh! Bila aku membebel, suruh senyap. Ini aku tak membebel, dia pergi tanya pulak. Nak aku membebel ke apa?

Aku malas nak layan si nasrul asyraf, jadi aku pusingkan kepala aku menghadap tingkap.

"Asy!" Panggil ikram.

Asyraf terus memusingkan kepalanya memandang ikhram. Ikhram membuat isyarat menyuruh datang kearahnya.

Asyraf menurut. Dia datang kearah ikhram.

"Hmm?"

"Janganlah ganggu dia. Dia tengah tak sihat tu." Kata ikhram sambil menjeling kearah cikgunya sekejap.

"Kenapa?" Tanya asyraf.

"Dia demam tu. Kau tak yah buat hal eh, harini..."

Asyraf terus menarik senyum sebelah. Oh sakit eh?

"Cikgu..."

Diam. Tiada sahutan.

"Cikgu..."

Dan...sama. tiada sahutan.

"Tak payahlah, kacau asy..." ikhram menegur.

"Cikgu!" Ditepuk meja cikgunya dengan kuat.

Aku terus berdiri menegak kerana terkejut. Aku menjeling tajam kepada asyraf.

"Kamu kenapa?" Tanyaku lemah. Dengan suara serak. Nampak sangat terlampau lemah...

"Cikgu tak nak mengajar ke harini?"

Aku rasa nak tepuk dahi. Bila dia cakap macam tu.

"Saya ada bagi kerja. Buat kerja yang saya bagi tu." Aku duduk semula keatas kerusi dengan kepala dipicit. Aduh! Sakit pulak kepala. Berdenyut rasanya.

"Tak ada, harini saya nak belajar. Harini saya ada semangat nak belajar."

Aku terus mengetap gigi. Ya rabbi, time aku tengah sakit macam ni dia suruh aku mengajar. Aduhai!

"Saya tak larat." Kataku perlahan. Tak tahulah si asyraf ni faham ke tak apa yang aku cakap ni.

"So, cikgu nak makan gaji butalah?"

Ha, ni yang aku geram. Dia kata aku makan gaji buta. Heeleh, baru sehari je aku tak mengajar.

"Yelah! Saya mengajar. Cepat duduk!"

"Asy!" Marah ikhram. Dijeling kawannya itu. Sudahlah cikgu cantik tu sakit, nak di dera pula... agak-agaklah.

Baru sahaja aku bangun ingin menuju kearah tengah kelas. Tiba-tiba aku dapat rasakan lutut aku lemah. Aku jatuh terjelopok diatas lantai.

Dan, dunia aku gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience