BAB 2

Romance Series 13317

Aku pulang kerumah. Seharian ini memang aku penat. Penat dengan keletah murid-murid aku. Nak kata aku rehat, erm macam tak je. Aku duduk dekat bilik guru bukannya menenangkan hati aku. Tapi, menambah jadi lain pulak. Dahlah aku ni 'terlebih peramah'. Aku ingat dapatlah keamanan sekejap.

Selesai sahaja aku mengajar di kelas itu aku terus keluar dari situ. Tak naklah lama-lama dekat kelas tu. Mesti ada cikgu lain nak masukkan.

"Cikgu, nak pergi mana?" Aku dikepung sekumpulan lelaki. Eeyh, diorang ni muda dari aku tau! Aku ni lagi tua dari diorang. Hormat lah sikit. Ada ke patut dia halang jalan aku.

"Cikgu nak pergi rehat. Ha, yang korang ni dok merayau ni apesal? Semua pergi masuk kelas masing-masing. Saya tak nak tengok awak berkeliaran." Arahku. Yang lain semua buat muka macam 'do i care?'

"Alah, bajet je cikgu ni. Baru je mengajar. Dah berlagak. Pergi mampuslah." Terus menyirap darah aku bila aku dengar salah seorang budak lelaki berkata sebegitu. Nametag aku lihat. 'Farouq'

"Farouq...awak ni jangan jadi orang yang 'terlebih diajar' boleh tak?"

"kau siapa nak ajar aku? Suka hati akulah. Diajar ke,tak diajar ke. None of your business." Dia menjeling aku. Heeh, budak ni sekali kena makan penampor ha, baru tahu langit tu sebenarnya macam mana. Tinggi ke rendah. Jangan main-main sama cikgu ain syafiqah okey.

"Lantak awaklah. Saya malas nak layan. Sama ada awak nak masuk kelas ataupun tak. Terpulanglah." Aku berjalan melepasi mereka.

"Heeleh, dia belum tahu agaknya kita ni siapa." Aku berhentikan langkahku lalu aku memusingkan badanku menghadap diaorang.

"Ouh, yea...siapa eyh korang? Cikgu rasa cikgu tak patut tahu kut siapa korang ni sebenarnya." Aku membuat muka menyampah.

"Cikgu akan tahu suatu hari nanti. Kitaorang rasa cikgu takkan tahan dengan perangai kitaorang. Believe me, cikgu takkan jejak lagi dekat aras tiga."

Aku kecikkan mataku. Eeyh,ini bukan ke yang budak hisap rokok dalam kelas tadi.

"Ha, kamu...apahal tak masuk kelas?"aku bercekak pinggang. Nampak macam mak nenek pulak hahaha.

"Jalan-jalan ambik udara segar." Jawabnya bersahaja.

"Weh, ni cikgu kau ke asy?" Aku lihat farouq menjeling aku lepastu memandang muka kawannya.

"Cikgu aku? Hahaha! Lawak apa? Dia bukan cikgu aku pun."

"Pergi jalan-jalan? Amboi, ingat ni pinggir pantai ke cik abang oi? Ni sekolah bukannya tepi pantai nak hirup udara segar. Orang datang sekolah belajar, bukannya jalan-jalan." Aku bercekak pinggang dihadapannya. Dia pula hanya membuat muka menyampah.

"Ei, dia membebel pulak. Dah jom blah! Dia ni membebel sama je macam mak aku kat rumah tu ha. Umur 23 tahun. Tapi, membebel macam mak nenek." Sekumpulan lelaki itu terus pergi meninggalkan aku. Huh! Kurang ajar betul budak-budak dekat sekolah sini. Takpe-takpe. Aku akan pastikan korang terseksa dengan ajaran aku kat sekolah. Muahahaha! Eeyh, gelak jahat pulak.

Aku berjalan memasuki kedalam bilik guru itu. Sampai sahaja di meja aku terus merehatkan diri.

"Hai!" Sapa seorang guru sambil tersenyum aku agak janggal juga dengan keadaan sekarang. Sebabnya, bilik guru ni tak ramai sangat.

Aku hanya membalas senyuman. Malas untuk bercakap dengan lebih lanjut. Bukannya nak menyombong. But, kenalah tahu. Orang yang tegur aku ni lelaki. Cikgu lelaki.

"Aih, senyap aje. Tak nak berkenalan ke?"

Aku mengangkat kepala. Hai, aku malas betul nak layan orang sekarang ni. Aku takde mood tahu tak.

"Bukan tak nak berkenalan. Saya cuma penat je cikgu..." aku tak tahu nak sebut nama dia apa.

"Hakim..."

"Oo..cikgu hakim." Aku cuba berbasa-basi dengan dia. Handbag aku saja ambil lalu aku buka untuk mengambil handphone samsung aku. Whatsapp aku buka. Saja je pun. Tak nak lah nampak janggal sangat.

"Nama cikgu siapa pulak."cikgu hakim tanya nama aku. Ya allah, dah tertera dekat pin nama ni. Ain.

"Nama saya, nurul nur ain syafiqah. Panggil je ain.."

"Panjang nama..." ha, kan aku dah kata jangan dikritik nama aku. Pantang mak nenek aku betul.

"Tapi,nama tu sedaplah. Sebab kalau terjemahkan nama tu ada cahaya dua kali." Terus aku tersenyum lebar. Hahaha!kembang jap. Nama aku nur ada dua kali. Korang ada? Uhuks. Cey,main-main saja.

"Er, maaf saya kena pergi dulu. Ada kelas lain." Aku sengaja kata begitu. Taknaklah duduk dekat sini lama-lama. Nanti timbul 'fitnahatun' ecey, mana punya ayat aku ambik ni? Nak kata arab bukan okey. Hahaha.

"Oo..okey. nice to meet you" aku hanya senyum. Handbag aku ambil. Beberapa buku aku ambil.

"Ha menungkan apa tu kak?" Tanya adik aku, anis. Aku menutupkan mata.

"Menung apanya? Eii, aku nak rehatlah. Tepi!" Aku tolak tubuh anis. Lalu bantal kecil aku ambil membuat alas untuk kepala.

Anis menarik bantal kecil itu lalu kepala aku selamat mendarat dekat atas sofa. Nasib lah, empuk. Kalau lantai, memang aku dah lama ganyang adik aku sampai masuk hospital.

"Jahat!" Dia menjelirkan lidahnya. Aku membuat muka menyampah lalu aku menarik rambutnya. Hahaha!perangai macam budak-budak bukan? Walaupun umur 23 tahun. Apa aku kisah...

"Mama! Kakak tarik rambut nis." Anis menjerit sehingga mama datang sambil membawa senduk. Mungkin dari dapur.

"Apa ni Ain...jangan buat adik macam tu. Sakit rambut dia." Mama berkata lembut. Aku mencebikkan bibir dan sekali lagi aku tarik lagi rambutnya sehingga adik aku menjerit lagi kuat.

"Ain!" Aku terus bangun sambil ketawa. Tangga aku panjat menuju ke kamar beradu aku. Mula-mula mandi, lepastu tidur. Penat! Makan? Nanti lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience