BAB 4

Romance Series 13317

Aku melangkah keluar dari kelas 6 farkiq. Sakit hati aku masih lagi melanda di dalam hati ni.

"Assalamualaikum..." cikgu hakim memberi salam. Aku hanya mengukirkan senyum sahaja.

"Waalaikumussalam." Hanya memberi balasan salam. Haih, cikgu hakim. Tolonglah jangan tegur saya time ni. Saya tengah penat.

"Erm, cikgu nanti pergi ke meeting esok?"

Aku berkerut. Meeting? Esok? Aih, aku tak tahu apa-apa nih.

"Ada meeting ke esok?" Cikgu hakim terus mengangguk. Alahai, aku dahlah esok berjanji dengan anis nak pergi jalan-jalan pagi tu sebelum dia pergi balik rumah sewa dia.

"Takkan cikgu moon tak bagitahu. Lagipun meeting esok tu penting." Kata cikgu hakim lagi. Aku hanya diam.

Heshhh...cikgu moon ni memang nak kena dengan aku ni. Dia tak bagitahu pun!

"Ermm...takpelah. terima kasih sebab bagitahu." Aku hanya tersenyum sumbing.

Belum sempat cikgu hakim ingin membuka mulytnya ingin menyambung ayatnya, aku terus buka langkah meninggalkan cikgu hakim. Memang taklah kalau berdua-duaan dengan dia.

"Anis esok tak boleh keluar lah." Kata aku sebaik sahaja aku duduk disebelahnya. Anis asyik dengan keropok corntoz dia ditangan. Matanya pula tak beralih dari memandang tv.

Huh! Tahulah D.O tengah bergentayang dekat tv. Tapi, pandanglah kakak kau ni kejap!

"Oh, okaylah kalau macam tu..." kata anis bersahaja sambil mulutnya mengunyah keropok di dalam mulutnya. Ya rabbi, dia ni dengar ke tidak? Kang esok dia bising, kata nak keluar. Kang dia kata aku ni mungkur janji pulak!

"Anis... dengar tak ni?" Tanyaku semula. Anis pula hanya mengangguk.

Aku mengeluh perlahan sebelum naik menuju ke kamar beradu. Kepala aku pening dengan masalah budak-budak dekat sekolah tu.

Aku rebahkan badan pada katil lalu tangan kanan aku letakkan diatas dahi. Ya allah, kau kuatkanlah hati aku, menghadap muka budak-budak tu.

Bila aku teringat perangai budak-budak 6 bawah ni aku jadi macam pelik kejap. Diorang ni memang tak belajar pasal adab ke? Sekolah pun sampai ambik tal tahu je pasal dia orang.

"Cikgu moon, nak tanya boleh tak?" Tanya aku sebaik sahaja duduk ditempat aku. Penat aku berjalam dari kelas 6 farkiq menuju ke bilik furu ni. Sebab, sepanjang jalan tu ya allah banyak betul dugaan dia. Aku dikacaunya! Tahulah aku ni guru baru. Tapi, janganlah buat aku macam ni!

"Hmm... tanyalah apa yang cikgu ain nak tahu?"

"Erm, kelas belakang ni memang tak ambil tindakan ke? Sebab, katanya di..siplin ni ketat... tapi, saya tengok kelas belakang ni macam dibiarkan je." Kataku teragak-agak. Sebab bahagian disiplin tu ada kaitan dengan cikgu moon jugak. Kang mahu dia mengamuk dekat sini.

"Kami pihak disiplin dah buat macam-macam. Tapi, guru besar kata cukup. Kami pun tak tahu kenapa guru besar tak nak kita orang ambik tindakan dekat budak kelas belakang. Terutama kelas 6 farkiq. Kelas 6 farkiq tu dah macam neraka tahu! Saya ni tak suka masuk kelas tu. Asyik kena je. Nak buat aduan tak boleh. Guru besar tak bagi. Saya pun tak tahu kenapa. Kalau boleh saya nak je berhenti. Seba, sekolah ni macam gila undang-undang dekat sini. Lagi-lagi guru besar. Dia tu pun macam ada simpan satu rahsia. Entahlah ain... saya pun tak tahu." Kata cikgu moon sambil menyusun fail ditangannya.

Aku mengangguk seperti burung belatuk. Oh, guru besar jugak ada sesat-sesat dalam hal ni. Ya allah, kenapalah aku punya takdir tersesat dengam budak-budak tu?

Aku okay lagi kalau tak ada kaitan dengan budak ppki. Aku faham lagi. Ini bukan ppki dah. Hadoi! Pening kepala aku pikir pasal benda alah ni.

"Cikgu moon, cikgu rock punya handbag macam mana? Saya dengar asy... erm, asyraf tu ada buang handbag dia dekat tingkap..."

"Oh, pasal handbag tu. Erm, seingat saya cikgu rock punya handbag tu katanya dah kena curi lepas jumpa. Budak kelas belakang 6 farkiq tu katanya yang curi. 6 zarirul."

"6 zarirul?"

"Oh, cikgu tak tahu lagi? Kelas 6 zarirul ni kelas budak-budak belakang. Ataupun boleh diakatakan last sekali. Kelas ni tak lah macam 6 farkiq, sebab 6 zarirul ni beradab waalupun tak berapa nak pandai. And well, perangai budak lelaki dulu kalau ikutkan baik. Sekali, terpengaruh dengan si nasrul tu punya pasallah dia jadi macam tu."

Oh... banyak betul sejarah kelas 6 bawah ni. Bilalah aku dapat ketenangan. Perangai budak-budak ni buatkan semua cikgu jadi rasa malas nak jejak sekolah tu.

"Akak! Akak kata nak keluar... penat anis siap-siap."

Aku sudah memakai baju kurung berwarna hijau lembut dengan shawl hijau terang.

"Tu lah, malam tadi akak dah cakap dekat anis. Tapi, anis sibuk dengan D.O dia. Ini yang akak malas nak bagitahu time adik tengah syiok sangat tengok pakwe yang takkan jadi milik kau."

Anis menghentakkan kakinya. Proteslah tu! Inilah perangai anis. Bila dah tumpu tentang sesuatu, apa yang orang cakap, apa yang orang buat. Dia langsung tak sedar. Dahsyat betul anis ni!

"Alah... akak! Anis baru nak jalan-jalan dekat tepi tasik tu. Katanya pagi-pagi ni ada jual macam-macam dekat situ."

Aku terus tepuk dahi. Ya rabbi, anis oi. Jual time pagi? Pelik betul adik aku ni!

"Adik... nanti lah eh? Akak ada mesyuaratlah pagi ni.. ataupun, akak suruh hazim temankan adik okey?" Aku angkat kening sebelah.

"Hesh! Tak mahu adik! Adik lagi reoa kalau pergi nanti dengan akak. Okey lah. Nanti... janji!"

"Ye janji!"

Anis mengangguk lalu tersenyum. Dia terus melangkah keluar meninggalkan aku di dalam bilik yang masih bersiap.

Aku jeling kearah jam. Ya allah! Aku dah lambat!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience