BAB 5

Romance Series 13317

Aku keluar dari perut kereta dengan keadan tegopoh-gapah. Ada lagi sepuluh minit sebelum mesyuarat bermula.

Nasib sempat! Kalau aku tak sempat tadi... memang aku sekeh kepala budak-budak tu sampai tercabut kepala dia. Otak dia pulak aku rebus. Hish!

Ada ke patut dia orang halang jalan aku? Eh, bengong betul anak murid kelas aku.

Siapa?

Hahaha! Siapa lagi kalau bukan geng nasrul asyraf?! Dia menyusahkan hidup aku tahu tak tadi?! Boleh pulak geng dia buat tarian agogo halang jalan aku nak masuk lorong jalan pergi sekolah.

Skrettt!!!

Aku brek mengejut setelah melihat beberapa orang sedang berdiri dipertengahan jalan. Ramai juga yang berdiri menghalang jalan.

"Apahal pulak ni? Buat roadblock tak berbayar pulak. Hish!"

Aku ketuk setereng kereta apabila melihat jam kereta.

Aku keluarkan kepala dari tingkap.

"Maaf! Boleh tolong ke tepi tak?!" Aku jerit pada mereka yang sedang berdiri. Mereka berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum sinis.

"Apa cikgu cakap? Ke tepi? Hahah! Maaflah cikgu... kami takkan bergerak." Kata seorang lelaki yang bertopi merah.

Aku pincingkan mata. Seakan aku kenal lelaki bertopi merah itu. Ini bukan ke...

Ha adam!

"Adam! Kalau awak tak nak bergerak sekalipun, saya tak kisah. Tapi yang kawan-kawan awak tu. Suruh ke tepi... kalau tak pun yang duduk tengah tu ha. Saya nak jalan ni."

Adam dan gengnya hanya buat bodoh. Sudahnya aku yang malas nak layan perangai budak-budak tak cukup didikan tentang keselamatan jalan raya. Tanpa membuang masa aku terus menukar gear D. Aku hanya bawa tanpa memikirkan tentang mereka.

Mereka perasan kereta aku mara kehadapan. Tapi, langsung tiada yang ingin berganjak.

'Ohh, memang cabar aku betul! Eh, ni walaupun cikgu nampak macam baik. Tapi, pada hakikatnya aku tiga kali ganda lagi jahatlah weh! Psst! Luar sekolah jer.'

Aku terus bawa dengan laju. Pedal aku tekan sepuas hati laju kereta aku bergerak.

"Ketepi!" Menjerit adam. Akhinya yang lain ketepi. Aku hanya senyum sinis. Tingkap kereta yang aku masih bekum tutup sempat aku mengukirkan senyuman sinis untuk mereka.

Adam sudah memberi isyarat yang aku tidak fahami dan akhirnya aku memusingkan kepala kehadapan.

Eh? Macam kenal je. Siapa pulak ni?

"Cikgu main kasar. Tak apa, cikgu tunggu. Saya akan saman cikgu."

"Saman untuk?" Tanya aku sambil lewa. Aku memandang wajah nasrul asyraf dengan bersahaja.

"Saya akan dakwa cikgu cuba langgar saya. Saya ada bukti."

"Huh, bukti? Apa dia? Macam saya kisah sangat."

"Video..." kata nasrul asyraf sambil mengukirkan senyuman sinis.

"Heeleh, pigidah nak saman? Samanlah. Ada saya kisah? Macam saya tak mampu."

Sebenarnya, aku takut jugak bila dia kata main saman-saman ni. Yelah, duit first gaji aku baru nak keluar hujung bulan ni. Jangan main-main lah!

"Hmm...cikgu ni mencabar. Tak apa! Just wait and see..."

Nasrul memandangku dengan riak wajah yang aku tak dapat fahami. Misteri betul senyuman sinis yang dia bagi tu.

"Dah, tepi! Saya ada mesyuarat!" Tanpa membuang masa lagi aku terus menekan pedal minyak. Kereta terus berjalan meninggalkan budak-budak tak berapa nak samseng dekat belakang tu.

Hailah... susah betul dengan budak-budak yang macam tu. Dahlah dasar kecik! Tak sedar diri yang aku ni lagi tua dari dia orang sepatutnya hormatlah aku ni sebagai cikgu!

Ops! Lupa pulak. Dia orang ni kan tak boleh nak buat apa-apa. Hrm... ni mesti kes mak bapak tak bagi perhatian yang cukup ni.

"Cikgu Ain!"

Laungan seseorang membuatkan aku terus menoleh kebelakang. Aku hanya mengukirkan senyuman paksa kepadanya.

"Er, cikgu hakim... cikgu tak masuk bilik mesyuarat lagi ke? Dah lambat kalau ikutkan ni." Aku cuba berbasa-basi dengannya apabila dia sudah berjalan disebelahku.

Ya allah! Sumpah aku tak suka dengan keadaan ni! Awkward okeh!

"Ah, saya tadi dah sampai. Tapi, cikgu moon tak datang. jadi, saya kena handle urusan dia dulu."

Aku hanya mengangguk perlahan. Kini kami senyap. Sepanjang perjalanan menuju ke bilik mesyuarat membuatkan aku rasa tidak selesa.

Mana taknya, cikgu hakim ni tak habis-habis duduk bersiul je. Oh! Awkwardnya aku dengan cikgu ni.

Bila nak sampai bilik mesyuarat ni? Ya allah... kenapa aku rasa macam sesat je ni? Ni apahal dah masuk kawasan akademik ni...

Aku terus tepuk dahi. Ya allah, ya rabbi. Salah ni... aku sesat! Help! Help! Help!

"Erm, cikgu hakim. Cikgu tak rasa kita dah sesat ke?" Aku bertanya pada dia.

"Haah. Memang kita sesat pun. Kita masuk bahagian akademik."kata cikgu hakim bersahaja.

Dada aku turun naik menahan amarah yang mula menggila. Hei, cikgu hakim ni! Ada jugak yang kena hempuk dengan fail empat inchi ni ha.

"Dah tu kenapa cikgu tak tegur. Saya ni bukannya ingat sangat. Almaklumlah, saya ni baru lagi dekat sini." Kataku sambil mengetap gigi. Yang iye pun, aku tengah geram!

"Saja... nak meluangkan masa dengan cikgu."

Ya rabbi! Aku sumpah tak faham dengan cikgu hakim ni. Meluangkan masa kepala hotak dia. Dia tak rasa ke dah lambat nak mesyuarat ni?! Eiii!!!

"Cikgu hakim... cikgu tak rasa kita ni dah lambat nak masuk mesyuarat?"

Cikgu hakim tersenyum terlebih dahulu kemudian dia menggelengkan kepalanya perlahan.

Astaghfirullahhalazzim! Cikgu hakim ni memang mencabar kesabaran aku betullah! Ada jugak yang memang betul-betul kena hempuk dengan fail tebal empat inchi ni.

"Saya rasa, cikgu hakim memang nak masuk mesyuarat lambat kot. Tapi, saya tak nak. Okeylah, bye cikgu hakim saya gerak dulu." Aku terus melangkah meninggalkan cikgu hakim.

"Cikgu Ain!"

Laungan dari cikgu hakim aku hiraukan. Ha, lantakkan situ. Biar dia. Malas aku nak layan otak senget dia.

Aku terus membuka langkah besar. Aduhai, aku tak ingat lah kat mana bilik mesyuarat...

"Cikgu Ain!"

Aku terus toleh kebelakang. Cikgu hakim ni nak apa lagi? Ya allah, aku dah penat dah ni. Kalau boleh aku nak sambung tidur kat rumah.

"Yes, what can i help you cikgu hakim?"

"Cikgu tak tahu lagi ke?"

"Tak tahu apa?"

"Mesyuarat dibatalkan."

Aku ternganga. Alah!!! Bodoh betullah! Apahal tak bagitahu awal-awal?!

"Kenapa pulak?" Tanya aku dengan nada cuba ditahan.

"Oh, entahlah. Katanya pengetua ada hal. Jadi mesyuarat dibatalkan."

Oh fucking bull shit!

Kau tengok aku mencarut. Hish! Membazirkan minyak aku, air liur aku duk bertekak dengam budak-budak tu. Lepastu dahlah, si masrul asyraf tu kata nak saman aku! Eiii!!!

Aku tahu tadi aku sambung tidur. Entah-entah sekarang ni aku tengah bergembira dengan anis dekat tepi tasik.

Arghhh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience