BAB 3

Romance Series 13317

Harini aku hanya mengenakan dress labuh berwarna cream. Aku pakai tudung bawal yang sedondon dengan warna baju. Setelah aku bersiap aku turun ke bawah. Semuaorang telah pun berada di meja makan. Abah memandang kearahku sambil mengangkat kening lalu memandang kearah mama.

"ni nak kemana? Bukan ke kamu mengajar petang?" Abah memandangku diikuti oleh mama. Anis pula tidak ambil kisah. Dia hanya bermain dengan phonenya sahaja.

"Nak pergi kedai buku. Lepastu, nanti terus jelah pergi sekolah." Aku mengambil sekeping roti lalu aku sapu nutella.

"Nak ikut!" Anis pandang aku sambil tersengih-sengih.

"Ha, jangan nak beli novel. Belajar dulu!" Aku sudah memberi amaran awal-awal.

"Akak ni. Mama kakak tak bagi beli." Anis merengek dekat mama. Mama sudah menggeleng manakala abah sudah membuat isyarat mata tanda tidak boleh.

"Yelah..." Anis mengalah. Alahai, manja betul adik aku ni. Aku lihat Anis punya muka dah masam macam asam keping tu ha.

"Alololo...okeylah. kita beli yea adik. But, bayar on yourself okey. Akak tak da duit." Aku makan roti itu dengan perlahan.

Panas je hati aku masuk dekat dalam kelas ni. Malu kau tahu tak? Ada ke patut diorang pergi cabut skru kerusi cikgu. Habis punggung aku selamatun fiddin mendarat dekat lantai. Satu kelas ni gelakkan aku.

Aku hanya menjeling. Farisha lepas ketawakan aku, datang menolong aku untuk bangun. Aduh, habis punggung aku ni. Hish,ni baru kali kedua aku datang kelas ni.

"Asyraf, kau kan yang buat." Farisha memandang kearah lelaki yang dikatakan asyraf itu.

"Haah. Memang aku pun yang buat. Kau ada masalah ke?" Oo...dia yang buat. Memang nak kena budak ni.

"Ada ubi ada batas, ada hari aku balas." Aku menjeling tajam.

"Maaf cikgu...diaorang memang macam ni. Lagi-lagi si asy tu. Dia tu memang nakal sikit." Kata farisha sambil membawakan barang-barang aku ke bilik guru. Aku duduk di kerusi besi itu perlahan-lahan. Trauma. Kalau-kalau kerusi besi yang ni pun dia cabut jugak.

"Diaorang ni pergi masuk bilik disiplin pun tak kisah. Dah berapa kali masuk. Tak insaf-insaf. Denda macam mana sekali pun. Memang takkan lot untuk diaorang." Aku hanya mendengar. "Anak orang kaya kan. Biasalah, berlagak hebat. Kaki buli pun iye jugak tu. Tapi, sejahat-jahat saya cikgu, saya belum pernah lagi kenakan mana-mana cikgu."

"Kenapa? Diaorang ada kenakan cikgu lain jugak ke?" Saja aku tanya.

"Haah. Yang paling kesian cikgu moon." Aku mengangguk kecil. Cikgu maimun yang garang itu. Aku sendiri yang berkenalan pun takut. Dia genggam tangan aku seperti ajak bergusti sahaja. "Sepatutnya, haritu hari jadi cikgu moon. Diaorang kata nak celebrate kononnya. Memang diaorang celebrate birthday cikgu moon, tapi..." kata-kata farisha berhenti seketika.

"Kenapa?" Aku mengerutkan dahi.

"Cikgu moon kena simbah air pelangi! Hahaha!" Tergelak farisha. Aku pun ikut tergelak.

"Siapa punya idea tu?" Aku bertanya selepas ketawa aku mula reda sedikit.

"Siapa lagi kalau bukan anak dato' hamzah tu. Nasrul Asyraf."

"Siapa pulak tu?"

"Itulah nama Asyraf cikgu. Nama panjang dia Nasrul Asyraf bin hamzah. Yang cabut skru kerusi cikgu tu." Aku mengetap gigi. Bila teringat peristiwa tadi memang rasa nak hempuk kepala budak tu.

"Oh, nama dia asyraf yea. Siap kau budak. Tak sedar diri betul. Aku lagi tua dari dia boleh dia kenakan aku." Aku cakap dengan perlahan. "Er, ramai lagi ke kena?"

Farisha mengangguk. "Bukan stakat cikgu moon, cikgu rokiah sekali. Cikgu rokiah dia punya handbag asyraf campak dekat luar tingkap. Dia pura-pura tak buat salah pun. Cikgu rokiah ingat handbag dia tertinggal kat bilik guru. Almaklumlah, cikgu rokiah pelupa." Aku tergeleng-geleng dengan sikap asyraf itu. Mak ai, memang tak boleh diajar dah budak tu.

"Cikgu..." cikgu maimun datang kearahku sambil tersenyum. Aku yang lihat senyuman itu agak menakutkan. Misteri betul senyuman dia ni.

"Yea cikgu. Ada apa yang saya boleh bantu?" Ewah! Ayat ni memang sopan. Aku baru nak guna ayat macam ni. Dulu aku main tibai je bila bercakap. Sopan ke tak sopan ke. Apa kisah?

"Boleh tak masuk kelas ni. Ganti saya. Harini saya kena balik. Anak saya demam." Cikgu moon menghulurkan kertas.

"Boleh cikgu. Semoga anak cikgu cepat sembuh ye." Cepat-cepat cikgu moon mengambil handbagnya lalu keluar dari bilik guru. Punggung aku yang masih lagi terasa sakit ni aku urut sekejap.

"Haiyooo...sakit woo." Aku mengadu kesakitan.

Kertas yang diberi oleh cikgu moon dibuka. Terbeliak mata aku membaca kertas itu.

"Kenapa kelas ni? Kenapa bukan kelas lain?" Aku mahu sahaja menangis kat sini. Pukul 3.00 petang aku kena ganti kelas cikgu maimoon. Ya allah, kau kuatkanlah hati aku. Aku gagahkan jua hati aku. Handbag aku capai. Semua buku latihan yang patut aku tanda aku angkut sekali. Dengan nafas yang berat aku melangkah menuju ke kelas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience