BAB 9

Romance Series 13317

Ting!

Handphome terus aku capai. Notification aku lihat terlebih dahulu sebelum membuka whatsapp yang diberikan.

017...

Nombor siapa pulak dah ni? Aku terus tekan mesej yang diberi.

'Assalamualaikum. Cikgu, ni farisya.'

Oh...farisya. pakai nombor baru ke apa ni? Tak silap aku, aku dah setting nombor dia.

'Saya pakai nombor baru. Ini nombor saya.'

Belum sempat aku nak taip tanya pasal benda ni, dia awal-awal dah jawab. Dahsyat betullah si farisya ni. Boleh baca minded aku. Hahaha!

'Cikgu, nak masuk ke tak dalam group kelas farkiq punya group whatsapp?'

Aku angkat kening. Wow! Dia orang ada group chat untuk kelas. Ha, kalau begitu, meh le sesama kita masuk. Bolehlah tahu apa terjadi dalam tu.

'Waalaikumussalam. Okey. Nanti saya save number awak. Awak masukkan jelah saya dalam group tu saya tak kisah.'

Selepas farisya baca mesej aku, tak lama kemudian aku dapat notifications yang aku telah ditambahkan dalam satu group baharu.

Aku tekan info untuk lihat berapa ramai penghuni-penghuni ahli farkiq ni.

Wou! 28/28. Nampak tak? Dalam kelas 8 per 28 tapi, ini...28. Semua hadir dalam group ni. Hailaaaa, cubalah kehadiran tu ubah. Ini kejap datang, kejap tak datang. Datang tapi, melencong ke arah lain.

Baru sahaja aku nak tutup handphone. Bunyi mesej masuk. Aju buka group whatsapp farkiq.

'Sya, kau add siapa do?'

Aku lihat farisya sedang menaip.

'Cikgu ain.'

Kemudian tiada apa-apa balasan. Aku hanay senyum. Mungkin dah boleh terima kot. Hahaha.

'The what?! Kau ni, sya. Yang kau add cikgu tu apahal? Nanti dia memekak lepastu membebel dekat sini.'

Wah!!! Ini nak kena lesing dengan aku. Ada ke patut dia kata aku nak memekak dalam group ni. Tak ada maknanya. Aku akan memekak dslam kelas sebabnya, dia orang tak nak belajar. Kalau luar sekolah lain ceritalah tambi!

'Adam, cikgu ain just masuk je. Bukannya nak memekak pun. Lagipun, aku yang nak masukkan dia.'

Balasan farisya kepada mesej tadi. Oh,  adam rupanya. Cepat-cepat aku save nombor adam.

'Kalau dia membebel macam mak nenek dalam group?'

Eeyh, siapa pulak bagi mesej yang kata aku membebel macam mak nenek. Suka-suka hati mak nenek dia aje! Apa nenek kau suka bebel macam aku ke?!

'Ya allah asy, tak adalah. Dalam group ni lain cerita.'

Ohoh, si nasrul asyraf rupanya yang bagi mesej tu. Huh! Kau cakap aku mebebel macam nenek eh, nanti aku jumpa nenek kau aku tunjuk mesej ni dekat dia. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

'Hai cikgu... baca je ke? Tak nak join sekali?'

Amboi, si nasrul asyraf ni lagi. Kang kalau aku balas, nanti kata apa pulak. Elok aku diam jadi cctv je dalam group ni.

Tok! Tok! Tok!

Aku terus palingkan kepala kearah pintu utama rumah. Hai, siapa pulak malam-malam macam ni datang rumah ni? Aduhai, takkan anis pulak. Anis kata, dia nak buat assigment dengan kawan-kawan dia. Tak adalah dia nak jenguk aku minggu ni. Lusa mungkinlah.

Terlebih dahulu, aku ambil tudung. Kemudian barulah aku berjalan menuju kearah pintu. Aku lihat siapakah gerangan yang datang melalui tingkap. Alahai, tak nampaklah pulak...

Pintu utama aku bukak sedikit dan berdirilah seorang manusia di depan pintu rumah aku.

"Hazim? Kau buat apa kat sini? Anis tak ada..."

Aku lihat hazim kelihatan mendung sahaja. Tiba-tiba kepala dia mengangguk.

"Akak, hazim kecewa..." kata hazim lemah.

Aku buka pintu seluasnya, grill aku buka.

"Jom duduk dekat buaian luar sana." Ajakku kepada hazim dan ahazim mengikut sahaja.

Buaian yang mempunyai dua tempat itu diduduki oleh aku dan hazim. Hazim duduk dihadapan aku dengan wajah yang benar-benar kecewa. Hailah... kenapa pulaj dengan si hazim ni?

"Akak, betul ke anis dah ada boyfriend?"

Pertanyaan hazim membuatkan aku rasa macam nak tergelak. Tapi, dalam masa yang sama pelik. Pelik kenapa hazim cakap macam tu.

"Anis ada boyfriend? Mana hazim tahu?" Tanyaku pada hazim yang sudah menunduk. Memang betul-betul kecewa nampaknya.

"Haritu, hazim call anis. Hazim cuma nak ajak anis pergi makan dekat tempat yang dia nak pergi tu. Tapi, dia kata dia tak nak. Dia nak keluar makan dengan boyfriend dia. Hazim cuma marah sikit je. Dia marah hazim balik. Dia cakap terus ternag dekat hazim yang dia tak suka hazim, dia dah ada boyfriend baru. Lepastu kan kak, hazim mengamuk. Tak tahu kenapa hazim marah sangat bila anis tolak hazim macam tu. Hazim carilah anis dekat U dia. Tapi, kawan-kawan dia cakap anis keluar pergi hantar pak cik dengan mak cik dekat KLIA. Jadi, hazim balik...."

Hazim diam seketika. Kemudian dia angkat kepala.

"Bila hazim on the way balik, hazim pergi makan dekat restoran yang selalu anis pergi tu. Hazim...hazim nampak... anis dengan boyfriend dia."

Aku menghembuskan nafas perlahan. Hazim nampak anis dengan siapa pulak ni? Setahu aku, anis ni memang takkan keluar berdua-duaan dengan lelaki lain. Kecuali kalau heret aku join sekali. Kalau, dia pergi berdua macam tu je. Ha, alamatnya kena luku dengan mama.

"Bila tu?"

"Semalam... restoran yang bersebelahan dengan farmasi tu."

Aku mengukirkan senyuman. Semalam eh...

"Lelaki tu macam mana?" Tanyaku. Tiba-tiba muka hazim berubah.

"Kenapa akak tanya pasal dia? Akak sukalah lelaki yang nak jadi bakal adik ipar akak? Habis hazim? Akak tak suka?"

Bertubi-tubi soalan yang hazim bagi sampai aku rasa nak tepuk dahi. Ya allah, hazim. Agak-agaklah...

"Akak tanya je... cuma nak tahu. Mana tahu bolehlah akak cari dia, lepastu suruh dia masuk minang anis cepat-cepat."

"Akak!" Marah hazim.

Aku ketawa kecil melihat muka hazim yang sudah bertukar marah. Ush, sayang betul dia dekat adik aku.

"Cepatlah! Macam mana lelaki tu. Senang akak ganyang dia. Berani dia rampas pujaan hati hazim." Aku buat-buat marah sambil menyingsingkan sedikit baju lengan panjang.

"Lelaki tu tinggi, warna kulit dia macam kuning langsat macam tu and... boleh lah handsome. Tapi, hazim lagi handsome dari dia!"

Aku tepuk dahi. Hailah...hazim, hazim. Tak nak kalah betul dia ni.

"Time tu mamat tu pakai baju apa?"

"Baju kemeja biru gelap."

Betullah, ni hakim. Hakim semalam pakai baju kemeja biru gelap.

"Hazim, hazim... jangan jadi cemburu buta boleh tak?"

Hazim pandang wajahku sambil mengerutkan keningnya. Bila dia buat muka dia macam tu, aku rasa nak tergelak teruk.

"Hazim tahu tak, lelaki yang hazim nampak semalam tu kawan akak. Anis tu memang, kalau dia dah mengendet dengan orang yang kira dia macam kenal memang tak pandnag kiri kanan. Alah, jangan risau lah hazim. Kawan akak tu dah bertunang."

Aku bohong pada hazim yang hakim tu dah bertunang. Kamg kalau cakap single si hazim ni nanti mula lah fikir macam-macam.

"Oh yeke?!" Muka hazim dah bersinar. Aku hanya anggukkan kepala. Hailah, malam ni melayam si hazim jelah. Sampaikan aku rasa mengantuk teruk dah ni. Berapa kali menguap.

"Akak, hazim balik dululah. Muka akak macam penat sangat. Esok akak nak mengajar kan? Takut akakn tertidur dalam kelas pulak kang." Hazim dah turun dari buaian.

"Ha, baliklah kau. Akak, pun dah tak larat ni. Bye!" Aku lambaikan tangan pada hazim yang sudah pun masuk kedalam kereta BMW milik dia.

Aku terus masuk kedalam rumah lepas aku dah kunci pintu dengan pagar rumah.

Aku rebahkan badan diatas sofa. Ya allah, mengantuknya... melayan si hazim ni boleh buat aku jadi penat. Dia punya fikiran kalah perempuan.

Haila, anis ni. Aku tak faham betullah. Kenapalah dia tak minat si hazim. Tak ada kekurangan dah. Si hazim sayang dekat dia tak mahu. Si hazim ni kaya, dah kaya. Dah ada syarikat sendiri. Apalah adik aku nak lagi...

Tapi, kadang aku geram jugak dekat si hazim. Dia tu tua dua tahun, tapi panggil aku kakak. bak kata dia nak praktis. Senang kalau dah kahwin dengan anis, tak kekok panggil aku kakak. Eii.

Siapalah nak dekat aku pulak? Adik aku dah ada orang dah kejar dia dari dulu. Sampai sekarang still sayang.

Habis aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience