BAB 11

Romance Series 13317

Aku buka mata. Rasa berpinar mata apabila melihat keadaan sekeliling yang terlalu terang. Perlahan-lahan aku bangun dan sakit kepala mula mencengkam.

"Dah sedar?"

Pertanyaan seseorang membuatkan aku menoleh kesebelah. Seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya berada jauh dengan aku.

Eh? Apahal semua putih ni? Aku dekat mana?

Takkan kat syurga kot? Hehehe...

"Awak siapa?" Tanyaku dengan suara yang berserak.

"Saya bidadara awak... saya akan selalu tunggu awak. Ingat tu..."

Dan bayangan dia makin jauh. Entah kenapa aku terus berlari mengejar dia yang makin menjauh.

"Awak! Awak!" Aku jerit sekuatnya.

"Awak!!!" Aku terus terbangun. Disi aku berdirinya cikgu hakim, ikhram dan farisya. Orang yang berada dihadapanku ialah nasrul asyraf.

Hmm... apasal dia ada kat sini?

"Cikgu hakim, saya dekat mana ni?" Tanyaku apabila melihat ruang sekeliling yang aku tak berapa nak dapat tangkap.

"Cikgu dekat bilik rehat. Tadi, cikgu pengsan dalam kelas." Jelas hakim sambil memeluk tubuhnya. Mukanya ketat je bercakap dengan aku. Entah kenapa dia berubah.

"Cikgu cantik okey?" Tanya ikhram. Dia pulak, muka risau je. Ya allah, baiknyalah anak murid aku sorang ni. Dia dari tadi risaukan aku.

Aku mengukirkan senyuman untuk ikhram.

"Cikgu okaylah, ikhram. Tak ada apa-apa. Yang awak nak risaukan cikgu kenapa?" Aku buat-buat gelak kecil.

"Saya risau, sebab saya sayang cikgu."

Semua diam apabila mendengar ayat ikhram. Termasuklah aku. Haih, sudah... alah! Dia ni anak murid kau ain. Dia cuma risaukan kau sebab, kau cikgu dia.

"Ye, saya pun sayang anak murid saya yang pandai. Walaupun, kelas farkiq, saya tahu awak ni pandai kan?" Kataku lembut. Ikhram pandang aku dengan muka yang susah aku nak tafsirkan.

"Ehem!" Deheman dari nasrul asyraf membuatkan aku pandang kearahnya.

"Saya keluar dululah. Cikgu hakim, saya masuk kelas dulu. Farisya, ikhram, jom!" Asyraf terus menonong keluar meninggalkan ikhram dan farisya. Langsung dia tidak menolehkan kepala kearahku.

Farisya dan ikhram memandangku. Farisya mengukirkan senyuman begitu juga dengan ikhram. Dia ukirkan senyuman sebelum pergi meninggalkan aku.

Kini, tinggal aku dan hakim sahaja dalam bilik rehat ni.

"Eer, cikgu hakim pun pergilah. Kejap lagi takkan cikgu hakim tak mengajar?"

Cikgu hakim menggeleng.

"Dah, saya dah tak ada kelas."

Aku kerutkan kening. Iye ke? Biasanya dia mesti busy. Sebab, nak kena handle itu ini. Sanggup pula dia menipu.

"Eh, tak apalah. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Cikgu hakim pergilah buat apa yang patut."

"Sekarang dah tamat waktu persekolahan." Kata hakim dengan riak wajahnya yang serius.

Dah kenapa? Apa pulak dah salah aku kalini? Kenapa nak kena buat muka ketat depan aku ni? Cuak tahu tak.

"Sekarang pukul berapa?" Tanyaku perlahan.

"Sekarang pukul enam setengah. Jom, saya hantar cikgu ain balik." Ajak hakim. Tapi, aku tak nak. Aku tak sukalah, bila muka dia ketat lepastu tumpangkan aku balik macam ni.

"Eh, tak payahlah. Saya nanti suruh orang ambik. Terima kasih jelah, menyusahkan cikgu hakim je."

Hakim tak mengangguk tak menggeleng dia terus tinggalkan aku keseorangan dalam bilik rehat.

Ai? Macam pelik je perangai dia? Awat pulak dah?

Aku toleh kearah kiri dan kanan. Mana handbag aku?

Baru je nak turun dari katil. Aku nampak handbag aku tersangkut dekat sisi katil.

Cepat-cepat aku ambil handphone lalu dail hazim. Apa lagi, kita kena menyusahkan bakal adik ipar sendiri lah.

"Assalamualaikum, hazim. Ambik aku. Kenapa? Alah, nanti kak cerita lah. Kau ambik dulu. Cepat!"

Aku terus putuskan panggilan. Perlahan-lahan aku bangun dari katil. Kasut sarung aku pakai lalu menuju keluar dari bilik rehat.

Kemudian, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik guru terlebih dahulu. Ambil barang apa yang patut. Lepastu baliklah.

Masuk-masuk bilik guru, aku nampak cikgu rose dengan cikgu hakim ada dekat bahagian ruangan dapur. Aku nampaklah dia orang tengah berbual.

And sorry sikit! Sebagai seorang ain, ain tak jeles okey. Melainkan kalau itu ada kaitan dengan aku. Contohnya, cikgu hakim tu suami aku. Ha, berhaklah aku kalau nak jeles pun.

Aku berjalan menuju kearah meja dan mata aku tertarik pada satu nota kecik yang berwarna pink.

'GWS!'

aku terus tarik senyum. Wahhh! Siapa pulak bagi nota kecik macam ni. Aduh, rasa macam ada fan pulak! Hahaha!

Selesai mengemas meja. Aku ambil nota kecik itu. Aku tampal di dalam buku nota. Kemudian, aku terus keluar dari bilik guru. Tak pandang kiri dan kanan dah... sebab, rasa badan macam tak larat. Aku tak tahulah, kenapa...

Aku tunggu dekat pondok. Aku dah mesej hazim nanti masuk dalam sekolah. Aku tunggu dekat pondok ni ha.

Pin! Pin! Pin!

Aku terus toleh ketepi. Tapi, bukan kereta BMW yang tersadai. Kereta honda accord putih yang ada.

Cermin tingkap kereta diturunkan. Nampaklah wajah cikgu hakim. Tak berapa ketat. Tapi, still aku boleh nampak macam dia tengah marah. Haila, apahal tah...

"Jom..."

"Tak apa, lagipun hazim nak sampai dah." Aku tolak. Aku malas nak naik dengan cikgu hakim. Tolonglah! Aku bencikan awkward yang akan berlaku dalam kereta tu nanti!

"Jomlah." Cikgu hakim seakan paksa aku. Aku ni kalau ikutkan hati nak je aku marah dia. Nak paksa orang pulak.

Aku nampak cikgu rose sedang berjalan kearah pintu pagar. Biasanya, dia datang sekolah naik dengan kawan dia. Tumpang katanya. Ha, apa kata kita kasi chance dua orang ni.

"Cikgu rose!" Jeritku kuat. Dia terus pusingkan badannya.

"Ni, cikgu hakim nak tumpangkan."

Cikgu rose bila dengar cikgu hakim nak tumpangkan dia angguk je. Dia terus datamg kearah honda accord putih milik cikgu hakim.

Aku lihat muka cikgu hakim dah berubah bengang. Ha, kan dah dapat.
Tiba-tiba aku nampak BMW hazim masuk ke dalam perkarangan sekolah. Ha, itu dia mai hero malaya dah sampai.

"Balik dulu..." aku lambai tangan kearah cikgu rose dan cikgu hakim. Wah! Kerja aku bukan setakat cikgu aje tau! Sekali jadi match maker! Hahah!

Masuk je dalam kereta hazim, aku terus suruh hazim drive. Tak naklah lama-lama dekat sekolah ni en?

Seonjang hazim drive, aku tahu hazim tengah jeling aku. Dia sebenarnya nak tanya... aku tahulah!

"Apa?" Tanya aku. Aku pandnag hazim yang kejap-kejap jeling aku. Eii, dahlah.

"Tak ada apalah, ni anis tak balik ke rumah minggu ni?"

Aku terus buat muka. Lah, itu yang dia nak tanya ke? Anis jugak lahai... hailah, hazim...hazim.

"Hmm, dia kata dia nak balik. Yelah, almaklumlah, dah lama tak tengok dia punya munchkin." Jawab aku sambil pandang kearah luar tingkap. Tiba-tiba aku perasan dari cermin sisi kereta ni, macam orang tengah follow dari belakang.

"Zim... hantar aku balik rumah cepat! Aku rasa aku macam nak membuanglah. Cepat!"

Padahal bukan nak membuang. Takut! Aku pandang lagi ke cermin sisi kereta. Still ada lagi, motor yang tengah ikut dari belakang. Rasa bulu roma dah menegak semacam.

Sampai depan rumah, aku tak sempat nak ucap terima kasih, ke apa ke... aku memang pecut masuk dalam rumah. Alah! benda remeh-remeh tu nanti aku whatsapp je mamat tu!

Waktu bukak grill, sempat aku toleh. Ada lagi! Ya allah! Peliharalah hambamu ya allah!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience