BAB 12

Romance Series 13317

Pagi-pagi lagi aku dah kelam kabut walaupun harini hari cuti. Semua benda baru nak buat pagi ni. Dah lah sekejap lagi, aku kena pergi sekolah nak uruskan hal untuk meeting esok.

Ha, ni aku pelik ni. Meeting dahlah tak cakap dekat aku awal-awal. Ini aku baru dapat info malam tadi. Cikgu lain dekat whatsapp semua balas 'dah... dah tahu...'

Why? Why aku yang tak tahu pasal meeting tu? Ya allah... nasib baiklah ada yang baik hati jadi reminder dalam group.

Tok! Tok! Tok!

Alah! Siapa pulak datang pagi-pagi macam ni. Aku busy gila ni! Dahlah anis ada dekat rumah, tengah membongkang kat atas tu ha. Nanti, dia bangun mesti nak sarapan. Hesh!

Anak tudung aku pakai. Selendang hitam aku selempangkan kiri dan kanan. Ha, bolehlah ni. Asalkan tutup.  Cepat-cepat aku pergi kearah pintu utama.

Pintu aku kuakkan seluasnya dari rasa nak marah terus rasa tak jadi. Muka ihram dengan opi yang sedang tayang sengih membuatkan aku ikut senyum.

"Ha, awak... kenapa databg rumah cikgu pagi-pagi ni? Masuklah... duduk dekat sana." Aku buka mangga grill dan memberi mereka laluan masuk kedalam rumah.

"Nak tengok cikgu... sihat ke tak." Kata ikhram lalu melabuhkan punggungnya di sofa panjang diikuti opi disebelahnya.

"Alah, cikgu sihat dah. Makan panadol lepastu tidur. Okey dah ni..."

Ikhram mengangguk. Opi senggolkan lengannya kearah ikhram dan membuatkan ikhram menjeling marah. Entah apa yang dibisikkan opi sampaikan ikhram marah-marah.

Aku hanya melihat. Sektika aku dengar derapan kaki turun dari tangga. Alamak! Anis. Dah lah ada anak murid aku ni.

"Akak!" Ha! Tu dia. Princess tu dah melaung nama aku kuat.

Aku toleh kebelakang. Anis dengan baju tidur kelawarnya rambut berikat datang kearahku dengan mata terpejam.

Ikhram seperti orang tiada perasaan cuma opi je dah menunduk malu. Alahai! Anis... kau ni memalukan aku lah!

"Kejap yea. Cikgu buatkan air untuk kamu." Aku tarik badan anis. Anis dah marah-marah.

"Eh tak apa cikgu... susahkan cikgu je." Kata opi sambil menunduk malu.

"Kamu tak kisahkan air apa-apa je kan?"

"Tak kisah cikgu, air tangan cikgu cantik semua saya minum." Kata ikgram sambil tersenyum memandang kearahku.

Aku hanya sengih saja. Terus aku berjalan kearah dapur dengan anis. Ya allah, nasib baillah dia dekat deoan ank murid aku tak macam langsuir. Haila...anis ni.

"Kak, siapa datang?" Tanya anis dengan suara serak basah.

"Hazim." Aku sengih.

"Whatta?!!" Menjerit anis sambil peluk tubuh. Muka dia terus berubah. Dari mengantuk bertukar marah. Hailah, adik aku ni pun. Alergic betul telinga adik aku ni. Hahaha!

"Apahal mamat tu datang sini pagi-pagi? Menyemak betullah!" Marah anis. Dia baru je nak pergi langkah ke depan terus aku halang.

"Wohoo... dik, tu anak murid akulah yang datang. Kau jangan nak halau pulak anak murid aku. Diorang baru je sampai."

Anis hentakkan kaki dia. Hrm, marahlah tu.

"Hish! Kenapa tak cakap awal-awal. Eh, nanti. Anak murid akak datang? Ya rabbi, dahlah anis pakai baju kelawar macam ni, dengan muka buruk depan diorang. Alahai, sis malu!" Anis tutup muka dan dia hentakkan kaki dia lagi.

"Alah, chillah. Anak murid akak okey je. Cuma sorang tu je dia macam malu-malu kucing tengok kau. Hahaha!"

Ketam anis dah mula. Dia cubit lengan aku sekuat hati. Aduh! Sakit epedermis aku!

"Kenapa diorang datang sini?" Kata anis lalu melabuhkan punggung keatas kerusi meja makan.

"Oh, diorang nak tengok akak okey ke tak. Semalam akak 'k.o' dekat sekolah." Aku berjalan kearah meja. Teko berwarna putih aku ambil dari kabinet dan uncang teh aku masukkan kedalam teko dan gula aku letakkan dua sudu. Air panas dalam thermos aku ambil llau tuang kedalam teko. Perlahan-lahan aku kacau untuk larutkan gula dalam air.

Anis menggelengkan kepalanya. Tahulah dia kalau aku k.o ni sebab apa.

"Ular betul ke, tipu?"

"Tipu rasanya... hmm, lantaklah situ. Akak dah tak nak ambik tahu. Nah, kau hantarkan air dekat depan. Akak nak bersiap. Cakap dekat diorang akak buat kerja sikit. Sat g, akak nak pergi sekolah. Ada hal... ha, kau jangan pulak nak merayap. Hazim datang padan muka kau!" Akuu tolak dulang yang sudah diletakkan teko dan cawan kaca.

"Bluerkkk!"

"Layan diorang tau." Pesan aku sebelum menapak naik tangga menuju kearah bilik.

Ambil masa dalam berapa minit je aku bersiap. Baju kurung cotton warna maroon aku matchkan dengan tudung bawal warna pink. Ha, dah siap.

Aku menapak turun kebawah dengar riuh rendah dekat ruang tamu. Aih? Apalah yang diorang sembang dekat bawah sampai bising sangat ni?

Aku turun je bawah. Aku nampak ruang tamu makin ramai orang. Aih? Aku ada buat majlis menjemput orang ramai ke?

"Kenapa bising-bising ni?" Aku menuju kearah ruang tamu. Ada dua manusia bertambah dekat ruang tamu. Dan tetamu tersebut adalah hazim dan cikgu hakim?

What the?

"Kenapa cikgu hakim dengan hazim datang sini?"

Hazim menjeling kearah hakim. Begitu juga dengan hakim menjeling kearah hazim.

"Orang datang sini sebab,"

"Sebab nak jemput kakak pergi sekolah!" Potong anis bila hazim bercakap. Hazim jeling anis yang buat muka tak bersalah.

"Cikgu hakim?"

"Saya datng sebab nak jemput,"

"Jemput anis pergi jalan-jalan!" Anis tolong potong lagi. Hakim mengerutkan dahi. Dia pandang pelik kearah anis.

"Ha?" Aku kerutkan kening. Apa dah jadi dalam rumah aku ni? Ya rabbi, kenapalah jadi macam ni? Huru-hara habis rumah aku.

Aku tengokkan je hazim dengan anis. Marah betul bila aku tengok muka hazim macam tu.

"Lantak korang lah. Akak nak pergi sekolah.... ikhram dengan opi, jom saya hantar awak."

Ikhram mengangguk tapi opi menggeleng. Ha, dua manusi nai buat aku pening lagi.

"Tak cikgu, saya balik naik motor saya lagipun saya nak pergi singgah kedai. Ikhram, biar aku jelah hantar kau. Tadi kau naik aku, aku hantarlah kau balik."

Ikhra menggelengkan kepala. Tanda tidak mahu. Alahai, cepatlah! Sat g aku nak pergi sekolah ni.

"Jangan nak mengada..." bisik opi keras.

"Awak baliklah dengan opi. Saya dah lambat dah ni... hazim, tak payah lah hantar aku eh aku naik kereta nanti balik pun senang, hakim jaga adik saya elok-elok. Okeylah bye!"

Aku terus keluar dari rumah. Ya allah, peningnya aku. Pagi-pagi dah banyak benda yang buat aku pening. Aduhai, pening habis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience