BAB 6

Romance Series 13317

Aku duduk di kerusi seketika. Melepaskan rasa penat setelah mengajar seharian ini. Penat dia bukannya apa. Penat membebel, melalak dekat budak-budak yang tak faham bahasa tu lah.

Ya allah, tahap kesabaran aku dah nipis. Senipis kulit bawang bila sampai dekat kelas 6 farkiq tadi.

Hailah... farisya, amran, ikhram, opi je yang dengar aku duduk membebel menerangkan dekat depan.

Yang lain? Hahaha! buat aku rasa macam nak letuskan peperangan dengan dia orang je dekat dia orang.

Boleh pulak diaorang menyanyi dalam kelas? Wow! Ini adalah suatu benda yang tidak dijangka oleh seorang guru macam aku.

Dia orang bukan nyanyi slow. Tapi, nyanyi kuat-kuat. Sampaikan kelas sebelah boleh dengar.

Bukan setakat buat acara nyanyian, dia orang siap test gitar lagi. Bawak gitar pergi sekolah. Oh! Memang dalam kelas aku time tu kelas muzik!

Wahahaha! Memang aku rasa nak meletup je! Nak je aku campak buku yang aku tengah pegang time tu.

"One, two, three!"

"Kau ada dikalaku suka dikalaku duka, setiap tangisan dan juga ketawa. Kau ada dikalaku perlu setia menemaniku, pegang tangan eratku bila aku jatuh..."

Suara budak-budak tu membuatkan aku rasa geram makin menebal. Farisya menoleh kebelakang seketika melihat 'band' yang baru ditubuhkan itu.

"Weh! Senyap sikit. Cikgu nak mengajar lah." Tegur Amran berkaca mata tebal yang duduk bersebelahan dengan farisya.

"Dahlah suara serak ada hati pulak tu nak menyanyi." Kata Farisya sambil tersenyum sinis.

"Entahnya, suara macam ayam tengah bertelur!" Kata opi pula.

Tiba-tiba asyraf bangun. Gitar yang berada ditangan adam dirampas. Dia berjalan menuju kehadapan lalu berdiri tegak disebelahku.

"Oh, biar aku nyanyikan satu lagu untuk korang. Korang ni mesti boringkan sebab cikgu ni entah apa yang diajarnya. Kesian korang." Nasrul asyraf menjeling aku lalu mengukirkan senyuman sinis.

"Aku hadiahkan satu lagu untuk korang."

Farisya, amran, ikhram dan opi duduk bersedia ingin mendengar suara nasrul asyraf. Farisya dan opi sudah membuat muka jelik manakala ikhram dan amran hanya duduk menyandar di kerusi.

"Satu...satu dua. Anak itik tok wi mandi dalam kolam, sakit apa tok wi, sakit tulang belakang."

Farisya sudah membaling belas pensil kepada nasrul. Nasrul menyambung nyanyiannya ditukar pula kepada lagu lain.

"Semut berkawad satu satu, hora horey!"

Aku berdecit geram memandang nasrul asyraf. Berani pulak dia buat perangai tiga suku dia depan aku?

Eh, mamat ni. Ada jugak kang yang kena lesing dengan buku yang aku tengah pegang ni.

"Ha, guys. Recommend nak lagu apa lagi. Kita boleh hilangkan rasa kantuk dengar cikgu ni membebel dekat depan."

Aku mengetap gigi. Tangan aku kepal kemas. Ada jugak yang kena buku lima ni free tak pasal-pasal. Sedap je, dia kutuk cikgu dia. Dasar kurang diajar betul!

"Ha, asy! Apa kata nyanyi lagu ed sheeran. Shape of you!" Jerit adam dibelakang. Yang lain hanya tertawa.

"Eh! Awak semua ingat ni kelas muzik ke?! Saya satang kelas ni nak mengajar!"

"Tak ada siapa pun yang nak belajar." Kata nasrul asyraf sambil lewa.

"Awak memanglah tak nak belajar dalam kelas ni. Yang lain ni nak. Farisya, amran, ikhram dengan opi je. Huh! Saya mengajar dia orang bukannya yang lain tu. Lantak kamulah!"

"Cikgu kata lantaklah? Cikgu makan gaji buta lah macamtu." Kata nasrul asyraf sambil mengukirkan senyuman sinis.

"Bila pulak saya makan gaji buta? Awak semua yang dekat belakang tu tak nak dengar apa yang saya jelaskan dekat depan. Awak buat 'band' dekat belakang. Jadi salah siapa? Habis awak, datang sekolah ni apa gunanya?"

"Kalau ikutkan saya, memang saya tak nak pergi sekolah. Tapi, saya kena paksa pergi sekolah."

"Ha dah tu, kalau datang sekolah buat apa?" Aku jungkitkan sebelah kening.

"Datang sekolah buat apa? Datang mainlah."

Ya allah! Kau janganlah hilangkan rasa kesabaran dalam hati aku ya allah. Dia cukup buatkan hati aku panas sekarang ni.

"Apa tujuan awak datang sekolah kalau macam tu. Baik awak buat-buat pergi sekolah tapi, melencing kearah lain. Bukannya orang yang paksa awak pergi sekolah tu tahu pun."

"Cikgu kata dia tu tak tahu? Huh, betullah cikgu tak tahu siapa saya ni kan?"

"Ah! Saya tak nak tahu siapa awak. Sekarang ni awak duduk pergilah sambung buat band dekat belakang tu. Awak nak menyanyi, melalak, suka hati awaklah! Saya malas nak maauk campur!"

Aku duduk di kerusi guru. Botol air yang selalu aku bawa aku buka lalu meneguk perlahan. Penat betul berdebat dengan budak otak dia tak berapa nak center.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan meja yang kuat itu membuatkan aku memalingkan muka keatas. Berdirinya dia didepanku sambil mengukirkan senyuman. Aku pula hanya mengukirkan senyuman terpaksa.

"Cikgu hakim..." kataku perlahan. Dia mengangguk lalu ketawa kecil. Aku pula berkerut apabila dia tiba-tiba sahaja ketawa.

"Kenapa cikgu hakim gelak? Saya ada buat lawak ke?" Kataku polos dan sekali lagi cikgu hakim tertawa

"Awak tak buat lawak. Cuma, tulah reaction muka awak dari tadi saya tengok. Kenapa? Awak ada tak puas hati ke? Cemberut semacam." Kata cikgu hakim lalu menarik kerusi berdekatan dan duduk dihadapanku.

Aku menjungkitkan sebelah bibir. Memang ada pun. Aku rasa macam tak nak masuk kelas tu esok. Malas tahu malas!

Cikgu hakim mengangkat keningnya. Bertanya sekali lagi. Tapi, aku hanya menggelengkan kepala perlahan sebagai jawapan. Malas aku nak bercerita padanya.

"Tak ada apalah..." kataku perlahan apabila dia menggasakku sekali lagi untuk bercerita.

Kadang, aku jadi menyampah pula dengam cikgu hakim ni. Terlampau mengambil berat betul! Tapi, aku rasa lebih elok aku bersangka baik je dengan cikgu hakim.

"Lusa cikgu free?" Tanya aku kepada cikgu hakim.

Cikgu hakim memandangku dengan riak wajah yang aku tak dapttt  tafsirkan.

"Err, free." Jawab cikgu hakim sambil tangannya mengurut tengkuk belakangnya sambil tersenyum.

"Okey. Set! Lusa ni, saya ambik cikgu. Cikgu tunggu dekat luar rumah ye." Kataku sebelum mengangkat punggung. Lihat sahaja jam terus membuatkan perut aku bergendang lapar.

"Oh.... er, okey."

"Bye!" Aku lambaikan tanganku padanya sebelum melangkah keluar dari bilik guru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience