BAB 14

Romance Series 13317

Aku tolak troli perlahan-lahan sambil mata meliar kearah rak yang bersusun bahan memasak.

Seketika otak aku terfikir nak masak apa untuk esok. Anis kata dia nak balik esok. Hmm, mesti dia akan jadi serigala jadian dalam rumah. Kerja dia asyik nak makan je. Kalau tak makan mula lah jadi macam krang PMS tu ha. Tu yang aku tak tahan.

Kalau masak spaggeti, anis tak nak. Dia tu nak makan nasi je. Hmm, buntu pulak aku nak meikirkan masak apa esok.

Bum!

Troli aku berlanggar dengan troli siapa tah. Aku terus angkat kepala. Bengang pulak aku. Takkan tak nampak manusia bawak troli sebesar macam ni pun nak dilanggar?

"Apah-- eh, hazim."

"Akak!" Dia lambai lepastu sengih nampaklah gigi putih dia berbaris elok. Perangai dia macam budak-budak walaupun tua dari aku. Hmm, anak manja lah katakan. Tapi, depan anis, macho!

"Hazim kenapa? Langgar troli akak ni hmm?" Aku tarik troli kebelakang kemudian aku menolak untuk kearah lain. Mata aku sambung liarkan kearah rempah ratus yang bergantung.

Hmm, masak kari daging pun okey jugak ni...

Aku ambil pek kari yang berjenama babas kemudian aku belek. Selesai membelek aku letak ke dalam troli sebelum menolak troli kembali.

"Akak...esok, anis balik kan?"

"Haah... macam mana hazim tahu?" Aku ambil pulak kulit kayu manis. Seraya itu bunga cengkih juga aku ambil lalu masukkan ke dalam troli.

"Hazim tahu lah..."

Aku hanya menggelengkan kepala perlahan. Apalah hazim ni, mentang-mentang kaya kan. Tak habis-habis upah investigator nak ambik tahu semua pasal anis. Sampaikan anis keluar dengan siapa pun hazim ambik tahu.

Obses betul dia dengan adik aku.

Tiba-tiba bulu roma naik. Hesh, seram betul dapat adik ipar ala-ala sycho macam dia ni.

"Hmm, akak..." panggil hazim.

"Hmm..." aku hanya menyahut. Aku tak toleh kearah dia tapi, aku tahu dia tengah tolak troli dia jugak bersebelahan aku. Dalam troli ada kotak susu dengan makanan merapu. Hailaaa, dia datang jaya grocer beli benda alah ni je?

"Esok, Mummy buat makan-makan."

"Then?"

"Mummy jemput akak dengan anis datang."

"In sya allah zim... akak tak berani nak janji, kalau esok tak ada apa-apa perancangan akak datang, okey?" Aku tolehkan muka kearah dia.

Tiba-tiba riak wajah hazim berubah. Dia macam takut-takut.

"Kenapa ni?"

"Please... datang. Tolonglah datang. Hazim nak sangat akak dengan anis datang esok. Tolonglah! Hanya akak dengan anis je yang boleh selamatkan hazim esok. Please?" Hazim merayu. Aku pula rasa tak selesa sebab orang ramai pandang kearah kami.

Gaya hazim macam nak propose aku. Ha, ini mesti semua krang salah faham. Alah! Janganlah salah faham! Ini hazim mintak aku suruh datang esok! Bukannya nak propose.

"Hazim! Bangun! Akak malulah!"

"Please?" Dia rapatkan tangannya.

"Hmm, kalau anis tak nak macam mana?" Aku ajukan soalan yang sememangnya hazim sudah tahu tentang anis yang memang tak gemarkan tentang hazim.

"Please... i'm really, really, really begging you!" Dan kedua-kedua lutut hazim jatuh keatas lantai. Kepalanya tertunduk memandang lantai.

"Hish! Fine, okeylah! Im doing this not free okay?"

"Yes! Thanks!"

Zup! Menghilang terus hazim. Sekelip mata dia hilang dengan senyuman dan wajah ceria di wajahnya.

Aku hanya tergeleng melihat perilaku hazim yang macam kebudak-budakan. Hailah...anis, hazim sayang dekat kau. Tapi, tak nak. Yang takkan dapat juga, nak dimejar. Siapa lagi, kalau bukan D.O.

Hailah... anis, anis.

Dan aku terus menolak troli menyambung mencari bahan-bahan yang lain.

Dari jauh, ada mata yang sedang memerhati tanpa dia sedari...

"Anis! Lambatnya bersiap! Akak dah lambat ni!" Aku terpekik dari bawah tunggu anis bersiap.

Anis bersiap kalah kakak dia. Satu jam! Aku tak tahulah dia buat apa dalam bilik. Nak kata tengah pakai mekap, tidak.

Tak apalah...janji dia ikut. Tak adalah hazim asyik whatsapp aku. Hailah, tak senang hidup aku tahu!

"Jom..." tiba-tiba suara anis menampar ke gegendang telinga.

Aku pusingkan kepala. Aku lihat anis dengan baju kebaya hitamnya dengan rambut elok tersanggul. Di rambutnya ada tiga sanggul cucuk yang oernah diberi oleh arwah nenek dekat aku dulu. Tapi, disebabkan aku pakai tudung, aku serahkan dekat anis. Anis bolehlah... aku pakai tudung. Kalau pakai tudung nak cucuk dekat tang mana?

"Jom!"

Sebaik sahaja teksi pakirkan keretanya di bahu jalan, aku terus keluar dnegan diikuti anis. Duit aku telah berikan kepada pakcik yang bawa teksi itu.

Aku luhat alamat yang diberi oleh hazim malam tadi. Ish, biar betul rumah ni?Tapi kenapa rumah yang ada dekat depan mata aku ni besar macam istana?

"Kak, rumah siapa ni? Besar dia masyaallah... macam istana!" anis juga bersuara sama seperti suara hati aku tadi.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Menandakan ada satu whtsapp masuk. Notifications masuk dan orang yang bagi aku whatsapp ialah hazim.

'Masuklah!'

Aku degus kasar. Hish, sabarlah. Aku nak masuk lah ni. Tak sabar betul!

Aku tarik tangan anis. Perlahan kaki menapak masuk ke dalam kawasan rumah yang sebesar istana itu.

"Hai..."

Dan... mulut aku terbuka luas.

Benarkah ini hazim?
Hazim yang aku jumpa semalam?

Gaya hazim lain sangat. Rambutnya dia ubah dengan gaya sling back hair cut. Ya allah, hazim... dah tu rambut dia warnakan ke ni?

"Tak... ni rambut asal. Jom." Tiba-tiba hazim bersuara. Hazim terus melangkah mendahului kami. Anis pula sudah terkkau berdiri disebelah aku.

"Jom.." aku goyangkan tangan anis. Kemudian anis tersedar. Dia pandnag wajah aku.

"Kak..."

"Hmm..."

"Jom balik. Anis tak nak masuk."

Aku pandang wajah anis. Ternyata riak wajahnya berubah. Kelihatan agak pucat tak berdarah, ada juga riak ketakutan.

Dan... aku tak faham kenapa.

"Eh, masuklah."

Seorang wanita yang kelihatan seperti warga asing itu memandang kearah kami sambil tersenyum. Matanya berwarna biru itu memukau pandnagan aku.

Genggaman tangan anis makin kuat. Aku tolehkan kepala kearah anis.

"Eh, kenapa?" Tanya ku secara berbisik. Kepala anis hanya menggeleng. Aku tak tahu kenaapa anis tiba-tiba je jadi macam ni.

"Jomlah..." akhirnya aku tarik tangan anis. Anis tanpa membantah dia pun mengikut je.

Aku dan anis dijemput masuk ke dalam rumah. Aku lihat sunyi sahaja rumah ini.

Kata ada buat makan-makan? Tak ramai pun?

Mungkin, buat makan-makan ni nanti kot. Takkan tersilap tarikh dengan masa kot?

"Duduklah..." jemput wanita itu. Aku kemudiannya duduk dengan diikuti anis. Anis rapatkan sahaja tubuhnya denganku. Aku pun tak faham kenapa dengan anis.

"So, you kakak kepada anis lah kan?" Itu ayat yang pertana keluar dari bibir wanita itu selepas duduk di bahagian ruang tamu ini. Terlalu luas. Sehinggakan boleh muatkan beribu orang dalam rumah ini.

"Ya... dan er..."

"Oh, i mummy hazim. Nice to meet you ain and anis... hazim many talk abou two of you. But, i certainly heard many story about anis." Mummy hazim mengukirkan senyuman kepada anis. Seperti ada satu makna.

"Eh, makanlah dulu..." mummy hazim tiba-tiba bersuara lantas aku dengan perasaan yang tidak selesa kerana pandangan yang diberikan oleh mummy hazim terhadap aku dan anis.

"Jom..." aku tarik tangan anis. Baru sahaja anis ingin mengikut bangun mummy hazim bersuara kembali.

"Err, anis... auntie nak sembang dengan anis kejap. Ain... enjoy your food..."

Aku akur dengan permintaan mummy hazim. Aku berjalan kearah dapur mengikut hazim. Dengan rasa geram aku tolak bahu dia.

"Hazim, kata ada buat makan-makan. Mana orang lain? Tak nampak pun."

Hazim sengih sebelum menggarukan kepalanya.

"Oh, itu nanti... pukul empat nanti. Yang ni khas untuk anis debgan akak."

Hazim tarikkan kerusi untuk aku sebelum aku melabuhkan punggung keatas kerusi. Meja makan yang memuatkan hampir dua puluh orang itu aku lihat. Makanan yang terususn diatas meja sungguh nampak menyelerakan.

"Hmm, hazim."

"Yes..." sahut hazim yang sedang menuangkan air oren Kemudian di tolak gelas panjang itu kepadaku.

"Thanks... erm, nak tanya. Petang nanti tu, majlis untuk apa?" Tanyaku sambil mengambil pinggan kaca yang telah tersedi di tepi meja.

"Menyambut kepulangan abang Daniel..."

Dan,
Pinggan kaca itu terlepas dari tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience