BAB 7

Romance Series 13317

Aku memakirkan kereta betul-betul dihadapan rumah yang bernombor 78 ini. Aku keluar dari perut kereta lalu menekan loceng di tepi pagar.

Pintu rumah terbuka dan keluar seorang wanita tua.

"Ya, ada apa?"

"Cikgu hakim ada tak? Eh, hakim ada tak?"

"Oh, ni cik Ain ke?"

Aku anggukkan kepala sebagai jawapan yang diberikan oleh wanita tua itu.

"Masuklah... tuan suruh masuk dulu." Pagar terbuka dan aku masuk melangkah kedalam rumah itu.

Aku pandang sekeliling rumah itu. Cantik! Besar betul rumah ni. Disebelah kanan aku dapat lihat swimming pool manakala disebelah kiri pula, terdapat halaman yang dibuat seperti taman bunga.

"Masuklah."

Aku angguk lalu melangkah masuk kedlam rumah itu dengan langkah kanan. Salam diberi perlahan.

"Cik minum teh ke kopi?"

"Teh."

"Ok, tunggu sekejap ya."

Aku duduk diatas sofa yang berbentuk L itu. TV yang terpasang aku hanya menonton siaran yang ditayangkan.

"Ni tehnya cik ain..." 

Aku mengucapkan terima kasih sebelum dia melangkah pergi. Herm, mana pulak si cikgu hakim ni? Dah lambat ni.

Tiba-tiba aku dengar derapan kaki dari arah belakang. Pantas aku menolehkan kepala melihat siapakah yang ada dibelakang.

"Nasrul asyraf?!"

Menjerit aku apabila melihat nasrul sedang berdiri ditepi piano sambil mengelap gitarnya.

Apabila dia terdengar aku menjerit lantang. Terus dia mengangkat kepala melihat kearahku. Matanya mengecil seperti cuba ingin mengecam siapakah orang yang berada disitu.

"Aduh, cikgu ni. Apahal pulak dia ada kat sini?" Bisik perlahan nasrul sebaik sahaja dia melihat wajah cikgu ain.

"Eh, awak nasrul. Kenapa awak ada dekat rumah ni?"

Dia mengangkat kening apabila mendengarkan soalan aku. Gitarnya diletakkan ketepi seraya itu dia berjalan kearahku sambil memeluk tubuh.

"Sepatutnya, saya yang tanya soalan tu. Cikgu buat apa kat rumah saya ni?"

Dahi aku berkerut. Soalan apakah ini?

"Ha?"

"Cikgu buat apa dekat sini?" Dia ulang balik soalan dengan membuat muka menyampah.

"Oh, saya nak jumpa..."

"Hai, ain! Maaf saya lambat. Tadi saya ada hal kejap." Hakim turun dari tangga. Dia lalu disebelah asyraf dengan sengaja dia melanggar bahu asyraf.

Asyraf hanya menjeling kearah hakim yang sedang berdiri disebelahnya. Hakim dipandang.

"Kau nak pergi mana?" Tanya asyraf pada hakim yang sudah berada disebelahnya. Hakim pula menoleh kearah asyraf.

"Aku nak keluar dengan ain. Kau duduk rumah. Jangan nak keluar pergi melepak. Nanti, papa dengan mama balik. Kalau, mama dengan papa tanya aku pergi mana..." hakim mendekatkan mulutnya ke telinga asyraf.

Entah apa dibisikkan oleh hakim pada asyraf. Aku hanya melihat sahaja mereka. Sekarang ni aku tertanya-tanya apa hubungan dia orang berdua ni?

"So, hakim. Boleh pergi sekarang?" Tanyaku saat melihat jam di dinding. Nak dekat pukuk dua. Takut jalan jem lah hari cuti macam ni.

"Okey, jom!" Hakim membuka pintu rumahnya lalu aku terus keluar menuju kearah kereta. Pintu kereta aku buka lalu aku masuk kedalam. Enjin dihidupkan.

Aku menoleh kearah penumpang. Tapi, hakim tiada. Dia hanya berdiri di luar.

Aku mengerutkan kening. Dah kenapa pulak? Pantas tingkap kereta aku turunkan.

"Er, hakim. Kenapa tak masuk?" Tanyaku apabila melihat yang berdiri statik ditepi pintu.

Aku lihat dia mengurut tengkuknya sambil mengukirkan senyuman.

"Apa kata biar saya je yang bawak kereta. Ain duduk dekat sebelah. Sebab, saya rasa macam janggallah pulak kalau perempuan bawak kereta."

Aku hanya mengangkat bahu. Aku terus buka tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta.

"Hakim, cepat! Saya nak kejar masa ni." Aku dah bertukar tempat dengan hakim. Hakim pula sudah mengambil tempat pemandu.

"So, now?" Tanya dia.

"Ikut je gps tu." Kataku sambil memakaikan diriku tali pinggang keledar. Sempat pula aku betulkan tudung yang mula senget.

"Abah!!!" Jerit aku lantang. Abah pula yang sedang berbual dengan kawan dia mungkin terus tolehkan kepala kebelakang.

"Lah, ain... kenapa lambat? Nasib baiklah flight delay." Aku cium tangan abah. Mama pula aku salam.

"Oh, jalan jem lah pulak tadi. Ada accident." Kataku sambil melihat kearah anis yang sedang duk membebel dekat telefon sambil marah-marah. Ush! Serius benar adik aku.

"Ha, ain. Ni siapa pulak ni?" Tanya mama sambil menjeling kearah sebelah aku.

Hakim berdiri sebelah aku sambil menarik senyum tak henti-henti. Dari dalam kereta dia ni happy semacam je. Dah kenapa?

Aku ajak dia temankan aku pergi klia sebab, aku tak berani. Gila kau nak pergi klia bawak sorang-sorang. Dahlah macam tahun lepas aku hampir kena rompak. Anis dah awal-awal tumpang kawan dia. Aku malas nak cerita masalah aku dekat sesiapa. Memandangkan si cikgu hakim ni kira kawan. Aku ajak lah. Dia ni lelaki. Senang, kalau ada apa-apa terjadi aku adalah protect.

Tiba-tiba anis datang. Muka dia yang tadinya berkerut seribu bertukar ceria. Kening diangkat berkali-kali dekat aku.

"Apa?" Aku pandang anis dengan pandangan yang blur. Sumpah aku blur gila sekarang ni.

"Handsome guy ni siapa? Bakal suami ke?" Anis menarik senyuman sambil menjeling kearah hakim yang berada disebelahku.

"Dia ni?" Aku tunjuk orang sebelah aku. Anis angguk sambil buat menyampah. Mungkin sebab tadi dia dah bagi isyarat tapi, aku pergi tanya lagi. Haha, memang nak kena.

"Oh, dia kawan akak lah. Dia ni pun cikgu. Nama dia hakim."

"Apa khabar mak cik, pak cik." hakim menyalam tangan abah. Diberi senyuman kepada mama.

"Baik. Ha, baguslah si ain ni ada kawan. Ingat kat sekolah tu tak ada kawan. Balik muka macam zombie. Hari-hari asyik cakap penat je." Mama mula dah bebel. Ha nilah, bila bawak orang suka benau nak cerita hal aki dekat orang.

"Amboi, kawan je ke?" Kening anis terangkat tinggi. Tangan aku cepat-ceoat keluarkan cubitan ketam berbisa.

"Aduh!" Anis menyeringai kesakitan. Digosok tempat yang aku cubit. Ha! Kan dah kena. Aku dah kata jangan usik aku!

"Mama dengan abah pergi berapa lama?" Aku bertanya pada abah dan mama untuk mengalih topik yang beh dikatakan 'hot!' Erghhh.

"Oh, tak lama. Sebulan ke dua bulan."jawab abah.

Mataku membulat. Mak ai, lamanya. Buat apa dekat sana sampai dua bulan. Habis siapa nak teman aku duduk rumah? Anis? Mana boleh. Dia duduk dekat sanalah. Takkan hantu pulak nak teman aku? Aduhhh!

"Lamanya...buat apa?" Anis bertanya. Mungkin sebab dia dengar dua bulan. Tu yang dikata lama.

"Alah, business abah yang baru bukak dekat sana tu ada hal. Alah, nanti abah dengan mama balik lah kejap."

Aku muncungkan mulut. Ni yang rasa macam nak ikut. Bestlah pergi perlis. Boleh jalan-jalan. Sambil tu, boleh masuk sempadan thailand. Wah!nak je aku cuti. Tapi, disebabkan nanti ada budak-budak jadi tarzan time aku tak datang. Better aku datang. Kang huru-hara balik kang sekolah tu kalau aku cuti.

"Er, hakim ye? Ha, nanti tolong-tolonglah jengukkan dia. Walaupun umur 23... tapi, perangai macam budak remaja tak habis sekolah." Kata mama sambil langkah merapatkan diri kesebelahku.

Aku gelengkan kepala. Huh, tak payah. Aku boleh jaga dirilah. Ni ain.

"In sya allah mak cik."kata hakim dengan senyuman yang memang dari tadi tak habis.

"Eh, flight kita. Jom."

Aku hanya melihat abah dan mama pergi. Anis duduk disebelahku. Sebaik sahaja kelibat mama dan abah hilang. Terus aku pusingkan badan. Huhuhu, sedih.

"Jom abang hakim! Kita pergi makan!" Anis dah tarik lengan baju hakim.

Aku pula tergeleng melihat anis. Ya rabbi, dia tak malu panggil abang hakim. Tolonglah! Tak semestinya yang tu jadi bakal abang ipar kau.

Tapi, kalau dah tertulis?

Kuang.
Kuang.
Kuang.

Ain tak kisah.

Yeke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience