BAB 15

Romance Series 13317

"Dia dah balik?"

Hazim angkat muka dan menganggukkan kepalanya.

Terasa jantung aku berdegup laju. Tak mungkin... tak mungkin dia dah balik. Kenapa, kenapa dia kena balik saat aku dah lupakan dia?

"Dia ada dekat atas. Nak jumpa?" Sengih hazim. Aku tahu, hazim ingin menyakat. Dia tahu tentang status hubungan aku dan kembarnya yang lama. Bukannya status yang sebenar selepas kembarnya meninggalkan bumi malaysia.

"Tak apa... hazim, temankan eh." Aku rasa hazim patut teman aku. Aku rasa macam tak berani nak bertentang mata dengan daniel. Takuy aku jatuh...

Jatuh cinta semula...

Sepanjang aku menikmati makanan, hazim banyak berceloteh tentang anis. Dia kata, dia suka tengok anis bila marahlah, suka tengok anis buat mulut muncunglah... hmm, macam-macam.

Semuanya pasal anis, sampaikan aku rasa adika ku tu dah macam puteri cantik yang digilai oleh lelaki gila macam hazim. Hahaha!

Bunyi derap kaki dari arah tangga membuatkan aku dan hazim menjadi senyap. Kedudukan aku yang membelakangi tangga itu membuatkan rasa takut menyelubungi diri.

"Bro, baru bangun eh?"

Pertanyaan hazim itu cukup pasti dan membuatkan selera makan aku terhenti. Aku kaku dan tidak bergerak.

"Hmm, semalam tidur lewat sebab kemaskan bilik darlisa."

Darlisa...

Itu nama isteri yang dia cerita dekat dalam email yang dia pernah bagi dekat aku dulu.

"Oh, dah bangun dah dia? Rindunya aku nak cubit pipi dia. Dahlah tembam."

Aku lihat riak wajah hazim yang ceria. Ya... mungkin dia dah boleh terima kakak ipar dia.

"Eh, siapa tu?"

Gulp.

Aku rasa aku dah tercekik baki nasi yang aku baru nak telan. Belum lagi nak masuk ke dalam esofagus dah tercekik.

"Ha... ni girlfriend kau lah. Takkan tak ingat." Jawab hazim bersahaja. Dan, aku pula rasa macam nak tampar hazim. Girlfriend?

"Girlfriend?" Kedengaran suara daniel juga seperti pelik. Derapan tapak kakinya makin mendekat. Aku pula makin berdebar. Ya allah!

"Ain?"

Aku pula hanya tersengih. Oh allah!

"Dah lama tak dengar pasal you... macam mana you sekarang?" Pertanyaan pertama yang dikeluarkan dari mulut daniel.

Aku melabuhkan punggung keatas kerusi berukiran kayu yang berada di luar rumah. Diikuti juga dengan danjel. Dia duduk bersebelahan dengan aku. Ada sedikit rasa tak selesa timbul dalam hati.

"Alhamdulillah, okay je. No need to worry. Same always..."

"Still same feeling for me?"

Tangan aku tiba-tiba menggeletar. Allah! Apa punya soalan ni? Aku cuba kawal riak wajah yang kian berubah. Aku berdehem sedikit sebelum menjawab.

"Oh.. tu awak jangan risau. Dah tak ada. Lagipun saya dah bukak buku baru. So, dont worry... saya ingat apa yang awak pesan." Aku tolehkan wajah ke sisi.

Ya, aku ingat lagi email yang dia hantar setelah beberapa bulan dia tinggalkan aku. Dia khabarkan bahawa dia telah pun berkahwin dan pinta aku lupakan tentang dia. Itu apa yang dia minta.

Siapa kata cinta itu tak menyakitkan?

Cinta itu terlampau... terlampau sakit. sampaikan aku sendiri hilang kawalan dalam dunia cinta tu. Dan, apa yang terjadi aku ambil pengajaran. Aku cuba lupakan...  ya, terlalu susah. Alhirnya aku dapat terima seadanya.

Tapi, aku goyah kembali dengan bertentangan dengan daniel.

"Ouh... eem." Wajah daniel juga berubah. Tangannya mengurut tengkuk. Seperti ada yang dia ingin katakan tapi tak terluah.

"Ain..."

"Ya.."

"If i..."

Handphone berbunyi. Tertera diatas skrin nama Nasrul Asyraf. Aku tanpa melengahkan masa terus menjawab.

"Waalaikumussalam. Ya, oh dah siap eh? Ha, nanti saya datang ambil. Awak bagi alamat dekat saya tau. Okay, terima kasih." Aku terus tutup talian.

Alhamdulillah, lega hati aku. Alhirnya kereta aku dah siap. Tak adalah esok aku bazirkan duit lagi naik grab. Huu... susah tahu tak ada kereta ni.

"Saya balik dulu..." aku terus bangun dari kerusi begitu juga dengan daniel.

"You nak pergi mana?"

"Ambil kereta. Kereta saya dah siap repair." Jawabku.

"Oh... i hantar." Tawar daniel dan aku gelengkan kepala.

"Tak apa... saya boleh naik teksi. Susahkan awak je." Aku melangkah masuk ke dalam rumah ingin memaklumkan kepada anis. Tapi, lihatkan mummy hazim yang masih bersembang dengan anis aku terus batalkan niat. Hazim aku cari.

Sebaik sahaja nampak kelibat hazim di hadapan pintu rumah. Aku terus melangkah menuju kearahnya.

"Hazim, nanti hantarkan anis balik eh. Nak pergi ambik kereta. Kalau anis tanya cakap macam tu tau."

"Ai ai capten!" Hazim menabik. Aku mengukirkan senyuman. Kemudian aku melangkah keluar dari rumah.

Baru sahaja ingin mengeluarkan handphone untuk menelefon teksi, sebuah kereta bmw sports parkir di hadapan aku.

"Come, i bawak you pergi sana. Tak elok kalau you pergi sorang..."

Aku mulanya tak nak. Tapi, bila kena paksa, aku pun redha. Apa yang penting aku sampai sana ambik kereta.

Suasana dalam kereta sunyi. Nak kata buka radio pun volume pun slow je. Malas nak kuatkan. Nanti kata, apa pulak kan...

"So.. you still single ain?"

Kaku aku dekat sebelah dia. Terasa udara sekeliling pun turut membeku. Getaran di dada membuatkan nafas aku tak tentu.

Aku lemas! Aku lemas dalam keadaan ni.

"Ke.. kenapa tanya ma...c..am tu." Aku gagap. Entah kenapa aku jadi sebegini. Aku tak minat pu jadi macam ni. Terjadi sendiri.

"Still thinking of you... know it?"

Dan... aku bencikan keadaan ni. Lelaki semua sama! Tak fikir ke isteri sendiri?! Ni yang aku rasa nak mengamuk.

"Dari fikir pasal saya, baik fikir fasal isteri awak." Jawabku perlahan dengan nada yang agak jengkel. Rasa jelik pun ya.

Sepi.

Bunyi radio yang tak berapa nak kuat volume dia pun aku boleh dengar. Bunyi nafas aku sendiri pun boleh dengar.

"You know, my wife die. Almost two years. After give birth..." suara danial kedengaran sayu. Kereta berhenti di bahu jalan.

Mulutku terkunci. Tak tahu ingin katakan apa. Rasa bersalah mula bermukim di hati.

"Err... maafkan saya. Saya tak tahu pulak pasal isteri awak. Maafkan saya." Ada nada kesal di hujung ayat. Mana tak nya aku langsung tak tahu tentang hakikat kehidupan daniel sekarang.

"It's okay dear. I really really sorry about what happened between us..."

Aku angkat kepala dan memandang wajah daniel. Anak matanya memandang kedalam anak mataku. Menghantar satu rasa yang aku tak pasti ke dalam hati.

"Ain..."tangannya mencapai tanagn kananku. "Let's continue our relay that we stop."

Aku memandang wajahnya. Penuh dengan keikhlasan. Patutkah aku terima dia kembali?

Dan, qarin pun berbisik. Seakan menyokong apa yang terlintas dalam hati aku.

Astaghfirullah! Apa aku buat ni... jangan ain!

"Saya tak rasa saya boleh fikir apa-apa." Aku tarik tangan kanan dari tangan dia. "Erm, cepat sikit. Nanti kedai bengkel tu tutup." Aku mengusap tangan kanan yang diusap oleh daniel tadi.

Daniel pandang aku lama. Kemudian, barulah dia memulakan pemanduannya semula. Aku halakan pemandangan kearah luar tingkap.

Semoga aku masih dalam lindungan dan dalam peliharaanmu ya allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience