Bab 12

Romance Completed 46052

BAB 12

Sejak dari peristiwa Aidil memijak kawasan periuk api di dalam hati Yaya, mereka berdua langsung tidak berhubung.

Aidil cuba buat biasa namun tidak berjaya.

Bagi Aidil Yaya hanya membesarkan isu yang remeh.

Namun bagi Yaya, pantang sekali dia apabila dianggapp anak manja.

Tak siapa tahu kesusahan hidup Yaya dan ibunya.

Membesar bersama ibu tunggal, Yaya selalu diejek tidak mempunyai ayah.

Pernah sekali lampu dirumah mereka rosak, tentu sahaja ibu tidak tahu bagaimana untuk memasang mentol yang baru.

Tanpa berfikir panjang, ibu meminta tolong dari jiran sebelah.

Belum sempat pak cik Yunus memanjat tangga mengantikan mentol yang baru, pipi ibu ditampar oleh isterinya yang cemburu buta.

"Ko nak buat apa sekarang? Nak amek laki aku?" sergah mak cik Ina.

Ibu terkejut.

Pak cik Yunus terus mengucap panjang.

Aku hanya mampu menangis.

Segala-galanya masih segar dalam ingatan Yaya.

Walaupun dia perempuan, dia sanggup belajar bagaimana mahu memasang paip, bertukang dan sebagainya hanya untuk
meneruskan kelangsungan hidup.

Biar dia susah jangan ibu dianggap perempuan yang tidak bermaruah.

Sehingga kini, mak cik Ina masih belum meminta maaf dari ibu.

***************************************
*Telefon berdering*

"Adam" nama yang tertera pada skrin telefonnya.

"Apa lagilah dia ni nak,"

Yaya tidak mempedulikan Adam.

Sudah dua hari Yaya pulang dari berkursus, namun hatinya seperti tidak tenteram.

Bagaimana mahu tenteram bila dia sedar dia seperti manusia yang terlalu extrovert.

"Kenapalah aku teringat mamat tu?" bentak Yaya sambil memukul-mukul kepalanya.

"Hai apa yang dipukul kepala sendiri tu?" tegur ibu Yaya.

"Pening kepala la bu,"

"Semenjak balik berkursus ni pelik la ibu tengok kamu,"

"Asyik termenung je,"

"Kamu ada masalah ke Yaya?"

"Cuba kamu bagitahu ibu, mana tahu ibu boleh tolong,"

"Sebenarnya...." Yaya memulakan cerita.

"Masa dekat sana Yaya jumpa Aidil,"

"Aidil anak kawan ibu mak cik Rahmah?"

"Haah,"

"Dah tu kenapa?"

"Yaya bergaduh dengan dia,"

"Kamu berdua ni macam anjing dengan kucing, pantang berjumpa asyik nak bercakar je,"

"Dia yang mula dulu, tapi Yaya rasa Yaya yang melebih,"

"Bergaduh sebab apa?"

"Dia kata Yaya anak manja,"

Fahamlah Puan Solehah kenapa anak daranya bermasam muka.

Yaya mungkin kelihatan kuat dan gagah pada luarannnya, tapi dia memang seorang yang berhati tisu.

Hendak-hendak lagi dipanggil anak manja.

"Owh patutlah marah benor kamu,"

"Dia melawak je kot, serius sangat kamu ni,"

"Pastu apa tunggu lagi, kamu jelah telefon budak Aidil tu,"

"Taknaklah bu,"

"Nak buat apa telefon dia,"

"Kamu dengar cakap ibu, telefon dia cakap ibu ajak dia dengan mak cik Rahmah datang rumah kita makan tengahari,"

"Kamu lupa ke? Orang tu kan hantar ketam kat kita, sampai ke sudah kita tidak juga menghantar apa-apa,"

"Dah telefon cepat,"

"Yaya malu,"

"Nak malu apa? Bukannya kamu takde hidung,"

"Ibu ni suka sangat kaitkan malu dengan hidung, kenapa bukan pipi, kenapa bukan telinga?"

"Ah mula la dia merepek,"

Yaya hanya tersenyum.

Dapat juga dia mengenakan ibu.

Yaya hanya menghantar pesanan kepada Aidil.

Satu-satunya balasan yang dia dapat hanya "k".

Menyirap pulak darah Yaya.

"Uiii, jari tangan mamat ni cedera ke?"

"Punya panjang aku taip, "k" je dia balas,"

****************************************

"Cepatlah Yaya, tetamu dah nak sampai dah,"

"Sabarlah ibu, Yaya tengah goreng ikan ni, dah la meletup-letup,"

"Ibu letak bom ke dalam sambal ikan cencaru ni?"

"Banyaklah bom,"

"Assalamualaikum Solehah,"

"Waalaikumussalam Rahmah,"

"Eh dah sampai orang jauh, meh jemput masuk meh,"

"Aidil pun masuklah,"

"Apa khabar mak cik,"

"Khabar baik,"

Yaya di dapur sempat menangkap nama Aidil.

"Apahal jantung aku berdebar-debar ni?"

Setelah siap mengoreng ikan, Yaya membawa ikan tersebut dan dihidangkan di meja makan, kemudian turun ke ruang tamu untuk bersalam
dengan mak cik Rahmah.

Dia juga melihat Aidil dan menegurnya.

Lelaki itu hanya bersahaja menegurnya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Yaya pelik. Aidil slumber.

"Awak sini kejap," setelah mereka selesai makan.

"Siapa? Saya?" tanya Aidil.

"Awaklah, takkan saya nak panggil ibu saya or ibu awak kot,"

"Eh awak kan tak suka saya, itu yang saya double confirm tu,"

"Cepatlah, tangan Aidil diheret ke taman luar,"

"Eh kalau dia pegang kita boleh pulak," tegur Aidil.

Cepat-cepat Yaya melepaskan tangannya.

"Sebenarnya saya nak mintak maaf, saya tak tahu kenapa saya macam tu, mungkin saya dah biasa hidup sorang-sorang pastu datang awak
dunia saya kucar-kacir. Saya cakap benda yang saya tak maksudkan. Saya buat benda tanpa berfikir panjang. Pastu saya menyesal,"

Panjang betul penjelasan Yaya.

Aidil hanya mengeluh.

"Awak tak perlu berlagak kuat depan saya,"

"Awak tak perlu selalu jadi kuat, awak tahu awak boleh kongsi semua rasa dengan orang lain selain hanya menanggung semua benda
seorang diri,"

"Tapi saya.....,"

"Belum sempat Yaya menghabiskan ayat, Aidil menarik Yaya dalam pelukannya,"

Yaya hanya membiarkan dirinya.

Terasa aman dan selamat.

"Kenapa awak macam ni?"

"Perlu ke awak tanya lagi?"

"Sebab saya sukakan awak. I think am falling for you Yaya. Saya tak pasti tentang perasaan saya sampailah kita jumpa semula di Langkawi,"

"Boleh tak saya sukakan awak?"

"Boleh," jawab Yaya.

Aidil senyum. Yaya senyum.

Kelakuan mereka mengundang senyum di bibir mak cik Rahmah dan mak cik Solehah.

"Berbesan lah kita nampak gayanya Solehah," kata mak cik Rahmah.

"Amin," balas mak cik Solehah.

"Menjadi plan kita arini,"

Sebenarnya projek makan-makan ini hanyalah untuk mendekatkan Aidil dan Yaya, bernas sekali idea Yaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience