Bab 10

Romance Completed 46052

BAB 10

Selepas 45 minit, rombongan cik Kiah selamat tiba di pulau bebas cukai itu.

"Mana pulak beg aku ni," bosan pula Yaya menunggu.

"Ha tu pun dia," bersedia untuk mengambil begnya.

Belum sempat Yaya menghulur tangan sudah ada orang yang menyambar begnya.

"Hei, ni beg sayalah,"

"Taklah, ni beg saya,"

"Hai mamat ni terencat agaknya,"

"Nama ko Yaya Qistina ke?" kasar sekali bunyinya.

"Taklah nama saya Aidil Hizamie,"

"Cuba awak tengok tag dekat beg tu kalau awak tak percaya," Aidil serius sekali.

"Awak?" Yaya seperti tak percaya makhluk di hadapannya kini adalah manusia yang sama.

"Ye saya, dah puas hati?"

"Puas hati apa?"

"Puas hati tak bila saya kata beg ni saya punya,"

"Mana buktinya?"

"Ini ha, cuba sebut betul-betul Aidil Hizamie. Ke awak nak saya eja satu-satu?"

Tak lama kemudian sebuah beg yang sama muncul lagi.

"Ha itu mungkin beg awak Cik Yaya Qistina,"

Yaya bengang.

"Eiii boleh pulak tersama beg dengan mamat poyo ni," Yaya mula bermonolog dalaman.

"Apa awak cakap?" Aidil seperti dapat membaca hati Yaya.

"Takde pape. Saya cakap cantiknya beg ni sampai awak pun beli benda yang sama,"

"Yelah tu,"

"Yelah apesal tak puas hati?"

"Eh Yaya, apa lagi ni. Cepatlah semua orang dah nak gerak pergi hotel ni," sekali lagi Zarul datang mendapatkan Yaya.

"OK jom, aku tunggu beg ni, lembap gila. Pastu terserempak dengan mamat poyo ni pulak," Yaya buat muka 20 sen

***********************************

"Aduyai boleh pulak aku terserempak dengan Aidil tu kat sini,"

"Dalam banyak-banyak tempat kat Langkawi pun boleh terjumpa,"

Tidak lama selepas itu Yaya tiba di sebuah resort terkemuka.

"Wah, ni macam datang nak honeymoon ni," kata Zarul yang sedang memeluk isterinya.

"Banyaklah awak punya honeymoon," giliran boss Yaya bersuara.

"Semua orang ambil kunci bilik masing-masing. Lepas dua jam kita semua akan berkumpul dekat lobi untuk makan tengahari,"

"Baik boss," sahur semua kakitangan.

Yaya sebilik dengan kak Intan yang datang secara solo seperti dirinya.

"Akak nak katil sebelah sini ke sebelah sana?" tanya Yaya.

"Akak ambil sebelah tingkap ye Yaya. Akak takut tidur dekat pintu," jawab Kak Intan.

"Takut apa kak? Mak saya kata hantu lagi senang masuk ikut tingkap," Yaya cuba mengusik Kak Intan kerana dia juga mahu katil di selah tingkap.
Mahu menikmati pemandangan konsepnya.

"Isk Yaya ni. Tak jadilah akak ambil katil ni,"

"Lah pulak, dah tu akak nak tidur sini ke?" Yaya pura-pura bertanya padahal dalam hati gembira bukan kepalang.

"Akak pergilah guna bilik air dulu,"

"Takpelah Yaya guna dulu. Akak nak letak kepala kejap. Awal akak bangun pagi tadi. Pening pulak rasanya kepala,"

Selesai membersihkan diri, Yaya meninjau ke luar jendela.

Segar betul udara di sini.

Nyaman dan tenang sekali rasanya.

Lupa sekejap semua masalah.

Lama lagi sebelum masa berkumpul, Yaya keluar dari bilik dan bersiar-siar di sekitar.

"Buat apa kat sini?" sergah Aidil dari belakang.

"Oh mak kau!" terkejut Yaya serentak memegang jantung.

"Eh awak ni! Kalau saya ada lemah jantung macam mana?"

"Kalau ada. Tapi awak ni nampak macam takde pape penyakit pun, kecuali...."

"Kecuali apa?" Yaya membesarkan mata.

"Awak suka cari penyakit. Langgar orang, berebut benda yang bukan awak punya. Ha bukan ke suka mencari penyakit tu?"

Entah mengapa sejak dari peristiwa di majlis kenduri itu, Aidil suka mencari pasal dengan Yaya.

"Ada lagi dia ni. Buat apa kat sini?"

"Adalah mana boleh bagitahu. Rahsia,"

"Eleh berlagak. Apa-apa jelah,"

"Apa-apa jelah," ulang Yaya sambil menjuihkan bibir.

"Cakap jelah awak buat apa kat sini?" Yaya masih tidak mahu kalah.

"Saya ada kursus kat sini. Puas hati?" jawab Aidil.

"Ha kursus?" Yaya seperti tidak percaya.

"Haah kursus,"

"Awak buat apa kat sini?" giliran Aidil bertanya.

"Kursus jugak,"

"Samalah kita ye,"

"Haah, nampak gayanya macam tulah," jawab Yaya acuh tak acuh.

"Dah makan tengahari?" tanya Aidil kepada Yaya.

"Belum, kejap lagi baru makan ramai-ramai dengan semua,"

"Owh, kalau awak takde plan saya ingat nak bawak awak jalan-jalan kat Pekan Kuah. Kat situ ada port ikan bakar terbaik dari ladang," kata Aidil.

"Tak sempatlah hari ni, nanti kalau ada masa free and easy boleh lah," jawab Yaya.

"Awak ni peliklah Aidil,"

"Apa yang peliknya?"

"Kejap awak macam nak makan saya hidup-hidup, kejap awak ni baik pulak, confused lah saya,"

"Hahahaha, sudahlah awak tu yang banyak fikir,"

"Saya baik dengan awak sebab mak awak bestfriend mak saya je," balas Aidil.

Namun di dalam hatinya dia sedar, selalu sangat dia berkasar dengan Yaya. Entah di mana silapnya, asal jumpa sahaja mesti nak bertekak.

Tapi entah kenapa, setiap kalinya dia cuba untuk memperbaiki keadaan.

"Adui jangan kata aku dah suka kat minah ni," parah kau Aidil. Gumam Aidil di dalam hati.

"Apa awak cakap?" tanya Yaya selepas melihat Aidil mengomel.

"Ha? Takde apa-apa. Saya gerak dulu eh?" cepat-cepat Aidil mahu beredar.

"Awak, nak number fone boleh? Kalau nanti saya takde buat apa-apa kat sini boleh la kita keluar. Saya belanja awak makan sebagai ganti saya
tumpahkan air kat baju awak tu," lancar sahaja Yaya.

"Ok, bagus jugak idea tu. Saya dah boleh start fikir dari sekarang apa saya nak makan," laju sahaja Aidil menulis nombor telefonnya di atas
kertas dan dihulurkan kepada Yaya.

"Bye awak," Yaya beredar.

"Bye," Aidil juga beredar.

"Hah, macam tak percaya aku minat number fone mamat tu. Tapi bagus jugak, kang semua orang keluar berjalan tinggal aku sekor-sekor
macam ayam berak kapur dalam bilik. No way aku datang jauh-jauh hanya untuk mereput dalam bilik," Yaya cuba memujuk hatinya.

*****************************************

"Awak pergi mana Yaya? tanya Kak Intan.

"Akak punyalah beria bercakap, ingatkan awak ada dalam bilik air. Buat suspen betul,"

"Yaya keluar ambil angin je, bosanlah duduk bilik. Akak pulak tidur," terang Yaya.

"Jomlah kita siap-siap nak turun makan tengahari,"

"Akak rasa lepas kita makan, mesti ada taklimat ringkas,"

"Erghhh dengar je dah rasa bosan. Belum mula lagi," getus Yaya.

"Betul tu, akak rasa kena minum kopi pekat ni supaya tak tertidur,"

Lalu mereka berdua ketawa.

Yaya ingat lagi setiap kali ada seminar dari zaman sekolah, masuk universiti sehingga zaman berkerja, dia memang tak makan saman.

Entah kenapa mata ni cepat sangat nak terlelap.

Dia pernah didenda berdiri atas kerusi kerana tertidur sewaktu kelas motivasi di sekolah dahulu.

Sakit hati dia dimalukan begitu. Tapi semua itu menjadi kenangan terindah sekarang.

***************************************************
Hari ini masuk hari kedua Yaya berada di tempat lagenda Mahsuri itu.

Selepas selesai berkursus dari 9 pagi sehingga 4 petang, baki masa yang ada tentulah untuk aktiviti free and easy.

"Hurm patut tak aku text mamat tu ajak dia keluar,"

"Tapi macam malu je,"

"Nak malu jadahnya bukan ke aku yang mintak number dia sebab nak belanja dia makan,"

"Agh ajak jelah," Yaya berkira-kira sendiri.

*******************************

Yaya: Salam, am done for today. Kursus awak dah habis?

Aidil: Belum, maybe habis dalam pukul 6.

Yaya: OK, kalau macam tu kita dinner jelah. Jumpa dekat lobi lepas maghrib :)

Aidil: OK, set.

"Ha, settle masalah, kan mamat ni dah balas,"

"Alahai bosannya nak tunggu, pegi jalan-jalan dululah,"

Yaya keluar berjalan seorang diri di kawasan sekitar dan ternampak deretan kedai. Cepat sahaja dia mengatur langkah, hendak-hendaknya
setelah dia terlihat susunan coklat melalui pintu kaca kedai.

"Wah banyaknya coklat. Sedapnyaaaaaaaa," terus Yaya menelan air liur.

Hampir setiap coklat yang nampak menarik di matanya terus di capai dan dimasukkan ke dalam bakul.

Yaya terus sedar diri apabila bakulnya hampir penuh dan beralih ke bahagian yang menjual ubat-ubatan.

"Nak beli minyak anginlah untuk ibu,"

Yaya mencapai satu pek minyak angin panas dan minyak gamat untuk ibunya.

Selesai membeli-belah, jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

Cepat-cepat Yaya bergegas pulang ke hotel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience