Bab 7

Romance Completed 46052

BAB 7

"Aih kenapa ditenung je rezeki depan mata tu?" tanya ibunya.

"Tak seleralah bu," jawab Yaya.

"Yaya, apa yang jadi semuanya dah tertulis, kalau Allah dah tetapkan dia bukan jodoh kamu, memang bukan dialah jodoh kamu,"

"Semua di muka bumi ni diciptakan berpasang-pasangan, bezanya ada orang jodohnya mudah dan cepat. Ada orang jodohnya lambat tapi
berkekalan sepanjang hayat. Kalau di dunia dia ditakdirkan tidak berteman, siapa tahu pasangan abadinya ada menunggu di dalam syurga,"
panjang lebar penjelasan Puan Solehah kepada anak kesayangan.

"Kalau macam tu kan ibu, Yaya harap jodoh Yaya tengah tunggu Yaya kat syurga abadilah bu. Yaya selalu fikir, kita ni berdua je kat dunia ni bu.
Ibu takde suami, Yaya takde ayah. Kalau Yaya kahwin pastu suami Yaya tak nak ibu tinggal sekali nanti susahlah," jujur sekali pengakuan si anak.

"Lah kenapa kamu cakap macam tu?"

"Kalau kamu dah kahwin sah-sah lah ibu tak nak tinggal dengan kamu,"

"Buat apa? Mengacau kamu je," sambil Puan Solehah mencebikkan muka.

"Ha tengok bu, mana boleh bu fikir macam tu,"

"Kalau Yaya dah pindah, siapa nak jaga ibu,"

"Takkanlah Yaya nak berseronok berdua pastu tinggalkan ibu sorang-sorang kat rumah ni,"

"No way! Ibu terpaksa jaga Yaya sampai bila-bila," terus Yaya melekat dengan ibunya.

"Hadoilah anak aku sorang ni," tersenyum lega Puan Solehah.

Sebagai seorang ibu tunggal dia sangat bersyukur dikurniakan anak yang baik budi pekertinya. Tidak pernah sekali Yaya menyusahkan dirinya.

Walaupun Yaya sering disakat tidak mempunyai seorang bapa, anaknya itu hanya tersenyum.

Terkenang pula peristiwa sewaktu Yaya masih lagi kanak-kanak.

*****************************************

"Assalamualaikum ibu,"

"Waalaikumussalam Yaya," dah balik pun anak ibu.

"Ibu, Yaya nak tanya ibu sesuatu boleh?"

"Tanyalah sayang,"

"Kenapa kawan-kawan Yaya cakap ayah takde sebab Yaya anak orang jahat?"

"Ayah jahat ke ibu?"

"Astaga, jangan kamu dengar benda-benda mengarut. Arwah ayah kamu orang yang baik, sebab tu Allah jemput dia awal untuk kembali kepadaNya,"

"Itulah yang Yaya cakap pada kawan-kawan kat sekolah,"

"Ayah takde bukan sebab ayah jahat tapi sebab Allah dah ambil ayah balik,"

"Kamu sedih ke takde ayah Yaya?"

"Taklah, buat apa nak sedih, Yaya kan ada ibu,"

"Kat sekolah Yaya ada kawan, nama dia Sofia. Sofia takde ibu, takde ayah. Sofia tinggal dengan nenek je,"

"Yaya selalu ingat cakap ibu, kita kena bersyukur. Kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lagi susah,"

"Bagus anak ibu ni," terus Puan Solehah memeluk anaknya.

*****************************************

Pedas sangat ke kuah masak lemak ketam ni bu?" heran Yaya melihat ibunya yang berair mata.

"Ha?" terus Puan Solehah berhenti mengimbas masa lalu.

"Eh, takdelah. Biasa je, ibu ni yang tak tahan agaknya," cuba menyembunyikan duka.

"Ibu janganlah makan kuah dia, ibu ratah isi dia je," cadang Yaya.

"Yaya rasa ibu mesti terkenang apa-apa kan kalau tak takdelah sampai ibu bergenang air mata,"

"Macam-mana Yaya tahu?" dia benar-benar terkejut.

"Sebab Yaya kan anak ibu?"

"Apa pun yang mendatang, kita akan tempuhi bu,"

"Ibu jangan risau, bu ada Yaya,"

"Walaupun Yaya perempuan, insyaAllah Yaya akan jadi sekuat anak lelaki untuk ibu, tengok otot-otot ni," sambil mengangkat tangannya
yang sedang memegang ketam.

"Isk elok-elok makan tu, jatuh pulak ketam tu nanti,"

Mereka berdua ketawa.

"Tengok bu, kita tak payah bezakan keluarga kita dengan orang lain. Kita berdua je dah boleh tergelak-gelak macam ni,"

"Ibu mintak maaf ye kalau hidup kamu tak sesenang orang lain,"

"Ibu ni janganlah, orang nak makan ketam ni, dia nak suruh menangis pulak,"

"Ibu, Yaya ni yang kena mintak maaf sebab Yaya ibu kerja siang malam. Nak bayar yuran, bil api air, sewa rumah, tanggung makan minum,
terpaksa belanja Yaya KFC, McD bila Yaya teringin nak makan, belikan topup, belikan baju, spender, bra, kasut, tudung, pen, pembaris......"

"Oh sudah-sudah tak payah la kamu senaraikan pulak,"

"Hehehehe, dah ibu cakap macam tu, terpaksa la Yaya ungkit,"

"Ibu dengar sini, ibu tak pernah terkurang bagi Yaya apa-apa. Yaya dapat semua yang Yaya perlukan selama mana Yaya hidup sebagai anak
ibu. Terima kasih ya bu sebab selalu bersusah payah untuk Yaya,"

"Sekarang masa untuk Yaya pula bahagiakan ibu, so jom lah kita bahagia sama-sama. Kita mulakan dengan ratah isi ketam ni ya bu,"

"Yelah-yelah Yaya, sejuk perut ibu sebab kandungkan kamu,"

"Patutlah Yaya selalu selsema masa baby dulu,"

"Eh kenapa pulak kamu cakap macam tu?"

"Sebab perut ibu sejuk?"

"Bencilah kamu ni Yaya," terus Puan Solehah tersenyum sumbing. Ada-ada sahaja yang nak dikenakan.

"Alolololo, comelnya ibu," Yaya memujuk.

"Jom makan jom,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience