Bab 3

Romance Completed 46052

BAB 3

"Siapa yang kamu tengok tu Yaya?"

"Ha?"

"Ibu tanya siapa yang kamu tengok tu?"

"Tak ada siapa-siapa pun ibu. Yaya ingat kawan Yaya tadi. Salah orang," dengan mimik muka berubah mendung dia perlu segera beredar dari situ.

"Yaya!"

"Yaya!"

"Yaya!"

Jerit Adam beberapa kali.

Dia yakin pandangan dia dan Yaya bersatu tadi.

"Ibu dengar macam ada orang panggil kamu tadi Yaya,"

"Ha tu dia panggil lagi,"

"Orang lain tu bu,"

Tidak sempat Yaya menoleh, lenggangnya dipaut kasar.

"Yaya," Adm kini berada di hadapannya.

"Adam,"

"Kenapa you tak sahut bila I panggil?" tanya Adam.

"Mak cik," tegur Adam sambil bersalaman dengan ibu Yaya.

"I tak dengar. Dah malam ni, kami nak balik," Yaya terus menarik tangan ibunya.

"Yaya," Adam mula hilang sabar.

"Esok kita cakap," jawab Yaya.

"Kenapa dengan kamu ni Yaya?" tanya ibu.

"Pergi bawak perempuan tu balik," sambil Yaya memuncungkan mulut menunjukkan ke arah seorang perempuan yang sedang memerhatikan
mereka.

Adam tergamam.

Dia tidak menyangka Yaya nampak kelibat Azie walaupun ramai manusia sedang berpusu-pusu keluar meninggalkan panggung wayang.

"You salah faham ni Yaya,"

"Adam, kalau boleh I tak nak faham apa-apa,"

"Leave me alone,"

Yaya diam sepanjang perjalanan ke rumah.

Fahamlah ibunya kenapa Yaya asyik termenung. Rupa-rupanya anaknya sedang menghadapi masalah dalam perhubungan cinta.

"Ibu lapar tak?"

"Ibu OK,"

"Ibu, Yaya rasa nak makan burger, kita berhenti kejap boleh?"

"Boleh sayang,"

Sampai di gerai burger Yaya terus memesan burger kegemarannya.

"Dik, burger double special siap," kata abang gerai burger yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Tiba di rumah, Yaya terus ke dapur.

Dia mahu menikmati burgernya.

"Ibu nak? Jom kita share,"

"Tak payahlah kamu makan jelah sayang,"

"Boleh ibu tahu apa yang berlaku ni?"

"Macam yang ibu teka, Adam ada perempuan lain,"

"Mana kamu tahu?"

"Tadi kan kita dah nampak,"

"Mungkin tu kawan dia sahaja,"

"Ibu, Yaya ni bodoh ke?"

"Kawan apa sampai berusung ke hulu ke hilir,"

"Esok kamu cakaplah dengan Adam. Selesaikan dengan cara yang elok,"

"Dah la ibu Yaya malas nak cakap pasal benda ni lagi,"

Yaya hanya menjamah sedikit burger kegemarannya sebelum naik ke tingkat atas.

Sampai di atas, Yaya terus membersihkan diri dan terus menarik selimut.

Dia perlu tidur.

Dia perlu segera melupakan apa yang terjadi.

Otaknya kini tertumpu kepada apa yang bakal berlaku esok.

"Haih menyesal pulak aku cakap jumpa esok dengan mamat tu,"

"Kenapalah mulut ni gatal sangat,"

"Padan muka kau Yaya, bila kawan-kawan cakap, ko tak percaya. Amek Tuhan tunjuk depan mata,"

"Dear brain please shut up!" jerit Yaya terhadap imaginasi yang bermain di kepala otaknya ketika ini.

"KNOCK...KNOCK.."

"Ya bu,"

"Bukak pintu ni kejap,"

"Esok ibu ada kenduri,"

"Boleh kamu temankan?"

"Boleh je bu,"

"OK, esok kita pergi ya. Selamat malam,"

"Selamat malam bu,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience