Bab 5

Romance Completed 46052

BAB 5

"Yaya....Yaya...." panggil Adam berkali-kali, namun masih lagi tiada jawapan.

Adam yakin perempuan di depannya ini tidak pekak dan boleh mendengar dengan baik, panas juga hatinya mengenangkan perangai Yaya
dua tiga menjak ni.

Namun dia harus bersabar kerana Adam yakin kesalahan kini berada di pihaknya.

Bagaimana agaknya dia harus berdepan dengan Yaya.

Yaya seorang perempuan paling tegas pernah dikenalinya.

Pantang betul dia dengan perkara-perkara yang remeh dan tidak masuk akal.

"Eh kenapa pulak aku yang kena lari? Bukan aku yang salah," Yaya bermonolog sendirian.

"Ya saya, tak payah nak menjerit-jerit buat drama pukul 7 malam macam kat TV tu,"

"Nah hambek kau, setepek aku sound,"

"Look Yaya, masalah takkan selesai selagi you melarikan diri," kali ini giliran Adam memulangkan paku buah keras.

"Baiklah, disebabkan antara kita dah takde lagi persefahaman, apa kita kita tutup je buku Encik Adam Naufal? Sebelum kita sama-sama hanyut
dalam relationship yang penuh pembohongan ni,"

"Janganlah macam ni Yaya," terlopong Adam mendengar jawapan gadis di depannya ini.

"Betul, saya cakap betul ni. Saya ni dah puas lah kena tipu dengan awak,"

"Siap saya tak percaya lagi cakap kawan-kawan baik saya,"

"Sampai hati awak Adam,"

"Kalau dah tak suka tu, cakap jelah, sampai hati kau buat aku nampak macam perempuan murah tergedik-gedik,"

"Hishhh, kalau ikutkan hati saya yang panas ni, banyak lagi saya nak cakap,"

"Tapi takpelah, kita habiskan kat sini jelah,"

"Habiskan apa? You nak break up?"

"Macam tu je you nak walk away?"

"Perempuan tu bukan siapa-siapa,"

"Kawan biasa I je," Adam cuba menjernihkan keadaan dengan berterus terang.

"Alololo sweetnya you ni,"

"Biasa ye? Tak tau pulak aku kalau kawan biasa sampai keluar sehari semalam,"

"I ni nampak macam budak sekolah menengah ke yang senang sangat nak kena tipu?"

"Cuba lagi ye, kumpul lagi jawapan yang lebih kreatif,"

"Manalah tahu I yang bodoh ni boleh termakan umpan tu,"

"Good luck Adam, I maafkan semua benda salah yang you buat dunia akhirat. Terima kasih kerana sedarkan I sebelum segala-galanya
terlambat. Kalau I ada terhutang you apa-apa, bagitahulah I bayar balik," dengan air mata yang bergenang.

Yaya perlu segera berlalu dari situ sebelum dia menangis seperti budak kecil yang kehilangan mainan.

Adam masih lagi di situ, tidak berganjak.

Ada rupa penyesalan.

Ada rupa penuh kejutan.

Dia dalam keadaan pegun.

"Yaya," lemah sekali panggilan itu.

Namun Yaya terus berlalu tanpa menoleh ke belakang.

Adam menangis.

Yaya menangis.

Selama 3 tahun mereka berkawan, baru sekali ini Adam menangis kerana Yaya.

Yaya seorang gadis yang telah melalui susah senang bersamanya kini telah pergi.

Berbaloilkah dia kehilangan Yaya untuk seorang gadis yang baru dikenali?

***************************************************
"Yaya kenapa tu?" tanya Puan Solehah sebaik sahaja ternampak kelibat Yaya terburu-buru menaiki tangga.

"Takde apa-apa bu, kejap lagi Yaya turun," balasnya.

"Ya, aku dah bertukar menjadi penipu,"

"Bagus Yaya bagus!"

Setibanya Yaya di bilik dia menangis semahu-mahunya.

Gelap terasa dunianya.

Azan Maghrib telah menyedarkan Yaya.

Cepat-cepat dia mengambil wuduk dan berteleku di atas sejadah.

Selesai semuanya Yaya menuju ke dapur mendapatkan ibunya.

"Bu, Yaya ada benda nak cakap,"

Puan Solehah telah dapat meneka sesuatu hanya dengan melihat riak wajah satu-satunya anaknya itu.

"Kenapa Yaya, cakaplah,"

"Tadi Adam datang, Yaya dah bagitahu dia, Yaya tak nak teruskan lagi perhubungan kami,"

Puan Solehah memegang erat tangan Yaya.

"Kalau Yaya rasa itu yang terbaik untuk Yaya, ibu ikut sahaja apa kata kamu,"

"Yaya mintak maaf bu, kalau Yaya dah hampakan ibu. Buat ibu tertanya-tanya," terus Yaya menangis tersedu-sedan di hadapan ibunya.

"Jangan cakap macam tu, kamu satu-satunya anak ibu, tentulah ibu nak kamu gembira,"

"Kalau Adam bukan orangnya, ibu percaya insan yang betul-betul menghargai kamu akan muncul juga nanti,"

"Ingat Allah adalah sebaik-baik perancang Yaya,"

"Pandang ibu,"

Yaya menoleh ke arah ibunya dengan biji mata yang merah dan wajah yang lesu.

"InsyaAllah jodoh kamu dipermudahkan Allah kerana kamu adalah seorang anak yang baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience