Bab 4

Romance Completed 46052

BAB 4

"Kamu dah siap ke Yaya?"

"Dah ibu, kejap lagi orang turun,"

"Amboih cantiknya anak siapa lah ni," puji ibu Yaya apabila melihat anak daranya berbaju kebaya.

"Anak ibulah, anak siapa lagi,"

"Hehehehe, dah jomlah kita pergi, kang lambat pulak,"

Setibanya mereka berdua di Dewan Raja Muda, suasana begitu sibuk.

Yalah mana tidaknya waktu tengahari ni kalau dah namanya kenduri memang berpusu-pusu orang datang.

"Kat sana ada meja, jom kita duduk situ bu,"

"Ok jom,"

"Assalamualaikum, kerusi ni ada orang tak mak cik?" Yaya memulakan taktik nak dapat tempat duduk dengan ayat sopan lagi manis.

"Waalaikumussalam. Takde jemputlah duduk, cuma sebelah ni saja ada orang,"

"Ibu....ibu....," kat sini ada kosong.

"Ya Allah keciknya dunia. Kat sini kita jumpa ya Solehah," jerit mak cik dari meja kosong tadi.

"Eh Rahmah, datang jugak ya kau," kata ibu Yaya.

"Eh mestilah datang, kenduri kawan lama,"

"Datang dengan siapa Solehah?" tanya Puan Rahmah yang merupakan kenalan lama ibu dari zaman sekolah lagi.

"Datang dengan anak," jawabnya.

"Mananya?"

"Ni hah sebelah saya,"

"Awak pula datang dengan siapa?"

"Datang dengan anak jugak,"

"Mana perginya?"

"Ntah, pergi ambil makanan agaknya,"

"Siapa kat sebelah tu? tanya Puan Rahmah kepada ibu Yaya.

"Owh, ini anak dara saya, Yaya namanya," balasnya.

Selepas selesai bersalaman Yaya meminta diri untuk mengambil makanan.

"Yaya jangan ambil makanan banyak sangat ya,"

"Baik ibu,"

"Haih diet ke Puan Sohehah oii, awak tu memang dah slim,"

"Takdelah diet, pagi tadi breakfast berat, kenyang sampai sekarang ni ha,"

"Lama kita tak jumpa kan?"

"Yelah, lepas kahwin semua bawa haluan masing-masing,"

Setelah siap mengambil makanan kepada ibunya, Yaya menuju ke meja ibunya.

Kemudian, bermulalah episod malang.

Tiba-tiba dia terlanggar seorang pemuda di hadapannya.

Habis basah baju pemuda dihadapannya

"Encik...encik...saya mintak maaf,"

"Macam mana awak jalan ni?" rungut Aidil.

"Lain kali jalan tengok depan," masih lagi tidak berpuas hati.

"Encik tunggu sini kejap, saya pergi ambil tisu,"

"Aduhhhhh, kenapalah time aku betulkan kain, time tu jugaklah mamat ni ada kat depan?"

"Menyesal aku pakai baju kebaya,"

"Kenapa ni Yaya?" soal Puan Solehah apabila dia melihat Yaya seperti gelisah.

"Yaya terlanggar orang tadi bu, nak pergi bagi tisu kat dia kejap,"

"Nah tisu ni encik. Sekali lagi saya minta maaf,"

"Malang betul nasib saya arini. Dah la pakai baju putih, lepas tu kena simbah air,"

"Sekali lagi saya minta maaf encik,"

"Apa kata encik hantar baju ni ke dobi dan saya akan tanggung bil cucian tu, takkanlah encik nak tanggalkan baju kat sini pulak kan?"

"Boleh, saya boleh tanggalkan sekarang kalau awak mahu," Aidil sengaja mendekatkan dirinya dengan Yaya,

Yaya yang terkejut terus berganjak ke belakang.

Dari jauh Aidil melihat ada seorang pelayan yang sedang menuju ke arah Yaya dengan tangannya membawa makanan.

Tanpa mebuang masa, Aidil menarik Yaya ke depan.

Tiba-tiba Yaya berada didalam pelukannya.

"Apa ni peluk-peluk orang?"

"Tak ingin saya peluk awak,"

"Dah tu tak reti lagi lepas?"

Yaya tidak jadi mengambil makanan terus ke meja ibunya.

"Mana makanan kamu Yaya?"

"Tak jadilah makan bu,"

Lah kenapa pulak?"

"Ibu tak masak tau kat rumah,"

"Takpe. Terus hilang selera lepas terlanggar tiang konkrit.

Aidil juga mengambil tempat di sebelah ibunya.

"Lamanya kamu Aidil,"

"Aidil tengah cari ibu, tetiba kena simpah dengan air pulak. Habis kotor baju,"

"Ha, nilah mamat konkrit tu," kata Yaya kepada ibunya sambil menuding jari ke arah Aidil.

"Ya Allah dah besar panjang kamu Aidil," seloroh Puan Solehah.

Aidil terus bangun dan bersalaman dengan kawan baik ibunya.

"Wah makin kacak kamu ni Aidil," pujinya.

"Kamu tak nak ambil makanan ke Aidil?" tanya Puan Rahmah.

"Tak naklah mak, malu je orang pandang, rasa diri macam Alien.

Yaya terus menjeling ke arahnya.

"Boleh pulak mamat ni anak Mak Cik Rahmah"

"Tak baik jeling-jeling nanti jadi juling,"

Terus Yaya menjulingkan matanya kepada Aidil.

"Kamu tak ingat Aidil ke Yaya?"

"Dulu masa kamu kecik-kecik, selalu main sama-sama masa kat taska,"

"Tak ingat bu, orang hilang ingatan masa kecik-kecik tu semua,"

"Hahahaha, budak-budak berdua ni sama je perangainya,"

"Dulu masa kecik-kecik pun suka sangat bergaduh," kata Mak Cik Rahmah.

"Apa susah kita jodohkan aje, biar dah tak bergaduh lagi," sambung Puan Solehah.

"Eii tolonglah. Tak nak orang," jawab Yaya.

"Eleh macam kita nak pulak kat dia," Aidil juga tidak mahu kalah.

"Awak nak lauk apa? Bak sini saya ambil," Yaya cuba bertanggungjawab selepas menyedari mamat di hadapannya tidak mengambil makanan
kerana insiden pelanggaran tadi.

"Owh, awak nak tolong ambilkan ke?"

"Ye tuan putera, saya akan ambilkan," balasnya.

"Saya nak lauk ayam masak merah dengan apa-apa kuah,"

"Okey,"

"Yaya!" panggil Aidil.

"Ya," sempat Yaya berpusing.

"Nak air sekali tau," sambil senyum sumbing.

"Yelah-yelah, banyak pulak cekadak kau ya mamat,"

Selesai mengambil apa yang patut, Yaya menghantar makanan itu kepada Aidil.

"Terima kasih," ucap Aidil.

"Sama-sama," balas Yaya.

"Nah air," hulur Yaya.

"Awak tak nak simbah saya dah?" tanya Aidil.

"Haih nak ke? Saya no problem!" marah Yaya masih bersisa.

"Sudah-sudah. Apa kamu ni?" tegur Puan Solehah.

"Dia ni yang mula dulu. Menyampah,"

"Tak baik kamu ni Yaya,"

"Aidil kamu ni pun, sudahlah mengusik si Yaya tu. Kamu baru je jumpa, dah nak mula berperang," kali ini giliran Puah Rahmah
menegur anak bujangnya.

Selesai menjamah makanan, kesemua hadirin yang datang beransur-ansur pulang.

Dewan semakin lengang. Hanya tinggal beberapa orang termasuklah mereka empat orang di meja.

"Solehah, aku nak mintak diri dulu ya, bukan apa risau pulak kain baju kat rumah tu. Nak harapkan laki menolong memang tidaklah jawabnya,"
kata Mak Cik Rahmah.

"Ha eloklah tu. Meh la kita sama-sama. Jom pergi jumpa tuan rumah dulu sebelum kita balik," ajak ibu Yaya.

Kini hanya tinggal Aidil dan Yaya.

Sendirian. Awkward.

"Awak parking kat mana?" Aidil cuba memecah kesunyian.

"Tu," tunjuk Yaya.

"Krikkkk.....Krikkkkk...."

"Haih manalah pulak ibu ni, lama pulak pergi berjumpa tuan rumah," gumam Yaya di dalam hati.

"OK lah saya gerak dulu," kata Aidil.

"Bye," hanya itu balasan Yaya.

Kedua mereka menuju ke destinasi yang berbeza.

"Sombongnya minah tu, at least cakaplah sorry ke sebab tertumpahkan air. Ni tak, buat dekkk je," bermacam-macam benda bermain dalam
fikiran Aidil.

"Haih Aidil tak kenyang-kenyang lagi ke? Monyok je muka tu. Sikit lagi nak kurang tahap hensem tu," usik Puan Rahmah terhadap anak terunanya.

"Hahahaha, alamak dah nak berkurang ke?"

"Huishh tak boleh jadi ni," terus Aidil tersenyum sumbing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience