BAB 9
Setibanya dia di pejabat, Yaya terus membuka emel menyemak jika ada apa-apa mesej penting untuknya.
Bingo. Memang ada.
"Anda dikehendaki menghadirkan diri ke Kursus Pembangunan Diri selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi,"
"Aduh tengah-tengah serabut ni lah kena hantar pergi kursus,"
"3 hari pulak tu,"
"Apo yang ekau membebel tu? Tak puas hati kena pergi kursus lah tu," ejek mamat di depannya. Zarul namanya.
"Kau kena pergi tak?" tanya Yaya.
"Bukan kau je marah, semua orang pun marah sebab kena pergi,"
"Tak cukup membangun lagi ke kita ni?"
"Tapi kan bila difikirkan balik, syiok jugak. Langkawi tu beb. Pulau bebas cukai, sambil menyelam minum air uols,"
"Maksud kau?" Yaya masih tidak faham.
"Aku nak angkutlah anak bini aku sekali. Alang-alang pergi kursus dapat sorang satu bilik. Kursus + jalan-jalan lah," Zarul berkongsi buah fikirannya.
"Ko rasa aku boleh ke bawak ibu aku sekali Zarul?"
"Lama sangat nak tinggal ibu sorang-sorang kat rumah," Yaya mula risau.
Kebelakangan ni ibu selalu sakit kepala, macam mana kalau dia pitam sorang-sorang.
"Manalah aku tahu, cuba ko tanya boss," balas Zarul.
*******************************
"Sure, awak boleh bawak ibu awak, tapi tak ke dia bosan nanti bila asyik kena tinggal?"
"Haih, tulah kan betul jugak,"
"Ikut awaklah, saya ok je. No problem," mujur boss Yaya memahami.
Rasanya satu pejabat tahu betapa Yaya mengambil berat akan ibunya.
*********************************
"Assalamualaikum ibu,"
"Waalaikumussalam Yaya, dah balik ye kamu?"
"Haah bu,"
"Bu, cepatlah duduk, Yaya ada benda nak cakap ni,"
"Aih, baru balik dah terus nak menghadap muka ibu,"
"Yaya kena pergi kursus. 3 hari dekat Langkawi,"
"Owh yaka," Puan Solehah menjawab acuh tak acuh.
Dia tahu Yaya tentu sahaja risaukan dirinya yang bakal ditinggalkan selama 3 hari.
"Ibu ni, cubalah excited sikit," Yaya mula beremosi.
"Ibu excited lah ni sebab ibu tahu anak ibu nak pergi kursus. Seronoklah ibu tak payah masak sampai 3 hari,"
"Isk ibu ni. Yaya nak bawak ibu sekali,"
"Lah nak buat apa pulak bawak ibu,"
"Takpelah. Lagipun Yaya dah tanya boss Yaya. Dia OK,"
"Tak nak lah ibu ikut, sayang nak tinggal kelas mengaji ibu. Nanti orang lain dah ke depan ibu masih tersekat di skala 5," Puan Solehah cuba membuat lawak.
Yaya diam.
Berfikir bagaimana mahu menyakinkan ibunya supaya ikut sama.
Tapi dalam masa yang sama dia sedar. Dari ibu mengikutnya ke Langkawi dan terpaksa tinggal di dalam bilik seorang diri sewaktu dia berkursus ada baiknya
ibunya hanya tinggal di rumah.
"Tapi nanti ibu sorang-sorang,"
"Alahai kamu pergi 3 hari je Yaya, bukan 3 bulan. Pejam celik, pejam celik nanti baliklah kamu,"
"Ibu ni bukan baby,"
"Tahulah ibu bukan baby, Yaya ni yang baby. Macam mana Yaya nak tidur kalau takde ibu,"
"Ya ampun Yaya, kalau ada orang lain dengar, muntah pelangi dorang nanti,"
"Hahahaha, sampai hati ibu,"
"Jadi ibu tak nak ikutlah ni?"
"Iya, ibu boleh je duduk sorang-sorang,"
"Bila kamu nak perginya?"
"Minggu depan, Rabu, Khamis, Jumaat,"
"Owh dah tak lama tu,"
"Nanti kita pergi beli barag dapur sebelum Yaya pergi ya bu,"
"Kenapa pulak?"
"Takkan kamu nak bawak bekal pulak?"
"Bukan untuk Yaya la bu. Kita pergi beli stok untuk ibulah,"
"Aduhai anak ibu ni, baiknya,"
"Kalau Yaya tak baik dengan ibu, nak baik dengan siapa lagi kan?"
Kembang hidung Yaya di puji begitu.
"Ibu kena janji dengan Yaya,"
"Janji apa?"
"Ibu jangan jatuh sakit ya time Yaya takde," perbualan bertukar serius semula.
"InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti ibu telefon Cik Bel kamu,"
"Aigoo...aigoo, dari ibu telefon Cik Bel baik lagilah ibu terus call Yaya," rungut Yaya yang tahu betapa perlahannya pergerakkan Cik Bel jika ada sesuatu emergency.
"Tak baik kamu ni Yaya,"
"Yaya cakap betul,"
"Ha yelah-yelah, tak menang ibu kalau berlawan dengan kamu ni,"
*****************************************
Hari yang ditunggu menjelang tiba.
"Kamu dah kemas semua ke Yaya?"
"Dah bu," menjawab sambil terkocoh-kocoh Yaya menuruni tangga.
Entah kenapa pagi itu dia mandi lebih lama dari biasa. Akibatnya memang huru-haralah Yaya.
"Mandi lagi lama-lama, kan dah lambat,"
"Ala ibu, kalau ibu dah tahu Yaya lama sangat dalam bilik air tu, kenapa ibu tak jerit je,"
"Manalah ibu tahu, kamu sakit perut ke, kamu tidur sambil mandi ke,"
Sempat lagi Puan Solehah menyakat anaknya.
"OK ibu jom salam, Yaya dah lambat ni. Kang ada juga tertinggal flight ni,"
"Jaga diri baik-baik ya bu, kalau ada apa-apa cepat-cepat telefon Yaya,"
"Ya, baik-baik pergi. Jangan risau ibu kat sini,"
"Nanti dah sampai sana jangan lupa telefon,"
"Baik ibu, Yaya pergi dulu ya,"
Selepas mengharungi kesesakan lalulintas ke KLIA 2, akhirnya Yaya selamat tiba dan mahu mendaftar masuk.
"Kemain lambat ko Yaya, kitaorang ko dah tak jadi datang," sindir Zarul.
"Isk apa pulak tak datang? Kan dah ada depan mata ko sekarang," balas Yaya.
"Cepatlah, ko je yang lambat ni. Semua orang dah masuk dalam,"
"Yang ko baik hati tunggu aku ni kenapa Zarul?"
"Tak baik pun tapi dah sebab aku pegang tiket ko haruslah aku yang tunggu tuan puteri kayangan ni sampai," jelas Zarul.
"Owh begitu, baik mari kita masuk sekarang, beta sudah checked in luggage," sambil ketawa.
"Banyaklah ko punya beta," Zarul masih lagi tidak berpuas hati.
Masuk sahaja ke dalam balai berlepas, Yaya mendapati hampir kesemua rakan pejabatnya hadir.
Ada yang datang dengan keluarga tak kurang juga ada yang datang dengan ibu-bapa.
"Hurm, kalaulah ibu nak ikut. Takdelah aku sorang-sorang," sempat lagi Yaya mengingati ibunya.
Share this novel