Bab 14

Romance Completed 46052

BAB 14

Selepas kejadian diganggu Adam, hampir setiap hari Aidil menjemput Yaya ke pejabat.

"Sorry saya lambat," kata Yaya.

"Takpe, saya dah biasa. Tuan puteri selalunya memang lambat bersiap kan?"

"Banyaklah awak, saya baru lambat sekali dua, OK tiga kali je saya lambat,"

"Amboi siap kira,"

"Hahaha, chill lah sebab saya bukan sejenis manusia yang tak menepati janji, cuma kadang-kadang tu terbabas jugak. Maklumlah ku hanya
insan biasa,"

"Yelah-yelah. Awak nak makan dulu tak sebelum kita bertolak?"

"Uish takpe ke? Bukan tadi awak kata dah lambat?"

"Saja je saya pressure awak suruh siap cepat. Reversed psychology, sebagai hasilnya laju jugak awak siap,"

"Huk aloh mamat ni. Jom lah kita makan kat bawah office saya,"

"Ok bos!"

*******************************
"Uncle roti canai kuah banjir satu," laung Yaya.

"Awak nak apa?"

"Roti tampal, air milo kurang manis,"

"Lepas tu roti tampal dengan milo kurangkan manis dalam air, tambahkan manis dalam senyuman satu," sambung Yaya.

"Wokeh siap," sahut mamak.

Pelayan yang datang menghantar makanan berwajah ceria.

"Kakak ini siapa? Tarak pernah nampak makan sini. Selalu bungkus juga,"

"Siapa apa? Banyak pulak masa ko arini siap bertanya,"

"Ini orang banyak hensem, sesuai sama kakak,"

"Hensem ke?"

"Biasa je," Yaya merenung wajah Aidil.

"Aiyoyo, ini muka banyak flawless, kulit pun banyak cerah,"

"Wah...wah...ko nak tips lebih ke ni?"

"Puji tak jatuh ni?"

"Tarak kakak, puji ikhlas jugak"

Aidil bangga, kembang kuncup hidungnya.

"Aah, hampir lupa, bungkuskan roti canai telur dua, air teh o kurang manis satu please," Yaya teringat pak cik yang setia menjaga kawasan pejabatnya.

"Awak tempah untuk siapa?"

"Pak cik jaga kat bawah,"

"Owh," Aidil mengangguk perlahan.

"Kenapa awak takut saya beli dekat lelaki lain ke? Tak dengar apa anney tu cakap? Tarak pernah nampak awak makan sini," Yaya mengajuk
percakapan pelayan tadi.

"Taklah, saya berfikiran terbuka. Kalau awak nak flirt dengan lelaki lain sseblum kita kahwin, saya OK je. Lepas awak dah jadi isteri saya
no way! Pandang kucing pun kena tanya saya dulu tau," Aidil mengeluarkan pendapatnya.

Mereka berdua ketawa.

"Ini kakak sudah siap bungkus," sambil satu plastik merah dihulurkan.

"OK terima kasih," sambut Yaya.

"Saya gerak dulu, nanti balik saya jemput. Jangan turun selagi saya tak suruh, kang terserempak psycho,"

"Baiklah encik, hati-hati bawak kereta,"

"Awak,"

"Ya,"

"I love you," bisik Aidil.

"I love you too," sambut Yaya.

Kereta Aidil terus meluncur laju. Yaya menghantarnya sehingga hilang dari pandangan.

"Adui bukan main romantik lagi,"

"Eh pak cik, apa pak cik buat kat sini?"

"Heh? Apa pak cik buat kat sini? Hahahaha. Pak cik kan memang keje sini, jaga bangunan,"

"Malu saya,"

"Apa nak malunya?"

"Ha ni ada rezeki untuk pak cik, nanti pak cik makanlah,"

"Isk awak ni selalu je susah-susah tapaukan pak cik,"

"Takpe, rezeki sama-sama kita,"

"Terima kasih,"

"Sama-sama. Saya naik dulu ye pak cik,"

"Ha yelah, baik-baik,"

"Pak cik,"

"Ya,"

"Jangan bagitahu orang tau,"

"Sshhh rahsia," sambil jari di mulut.

"Ha yelah-yelah rahsia. Nanti dah jadi jangan lupa jemput pak cik makan nasik minyak,"

"InsyaAllah,"

"Lagi satu pak cik nak pesan,"

"Apa pak cik?"

"Benda baik ni selalu datang dengan dugaan, jangan lupa tadah tangan mintak Allah mudahkan,"

"Baik pak cik," Yaya dapat meneka pak cik tentu sahaja sudah dapat meneka apa yang berlaku diantara dia dan Adam.

"Pak cik lagi suka yang ini,"

"Hahaha, OK,"

Yaya senyum.

**********************************************
"Haih semenjak dua menjak ni makin berseri-seri aku tengok, ada apa-apa ke?" tegur Azura rakan pejabat Yaya.

"Mesti lah ada apa-apa, kalau tak takdelah tersengih-sengih macam kerang busuk pepagi buta ni,"

"Apo pepagi buta? Dah pukul 8 pagi tahu. Matahari dah terik memancar,balas Yaya.

"Weh, kitaorang dengar hari tu pakwe psycho ko datang kacau ko, scarynya wei,"

"Mana korang tahu?"

"Unit keselamatan datang cari ko, tapi ko takde,"

"Haah, dia datang,"

"Pastu kitaorang dengar jugak ada prince charming datang selamatkan, patutlah ceria je sekarang," di ikuti dengan derai ketawa.

"Isk ada-ada jelah korang ni,"

"Apa yang suka sangat pepagi ni?" tegur bos besar.

"Errr, takde pape bos," semua bersurai macam lipas kudung.

Yaya lega. Tiada lagi sesi soal jawab.

Kini dia boleh fokus kepada kerjayanya.

Sebelum majlis berlangsung dia perlu menghabiskan projeknya supaya tidak menyusahkan sesiapa tatkala dia bercuti nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience