Bab 2

Romance Completed 46052

BAB 2

Sambil menghirup kopi yang semakin suam, Yaya mula mengelamun dan tenggelam dibuai perasaan.

Ibunya, hanya memerhatikan dari jauh.

"Yaya, apa yang dimenungkan tu?"

"Eh ibu takde apalah," cepat-cepat Yaya menyeka air matanya.

"Jangan tipu ibu, semenjak dua tiga hari ni kamu nampak letih dan kusut. Apa yang jadi sebenarnya?"

'Yaya OK. Ibu je fikir bukan-bukan. Yaya naik dulu ya," dia bingkas bangun meninggalkan ibunya sendirian.

"Mesti ada yang tak kena ni," gumam ibu Yaya.

"Fuh selamat aku! Kalau tidak free je kena soal siasat. Ibu boleh tahan setiap kali tanya soalan. Dah macam Polis pencen pun ada jugak,"
ucap Yaya sambil mengurut dada.

Selamat tiba di bilik, Yaya sendiri terfikir kenapa dia perlu bersedih.

Semuanya bermula dengan pertanyaan rakan sepejabatnya.

"Yaya, aku tengok ko ni relax betul," ujar Zura.

"Buat apa nak pening-pening Zura, relax sudah," Yaya menjawab.

"Serius ni kau boleh relax walaupun ada perempuan lain yang cuba masuk line Adam?"

"Dia nak masuk ke, nak keluar ke itu dia punya suka. Aku OK je," selamba di balas Yaya.

"OK jangan kata aku tak beri kau amaran," Zura malas mahu melayan sikap acuh tak acuh Yaya.

**********************************

KRINGGG......KRINGGG

Berkali-kali Adam cuba menghubungi Yaya, namun hampa.

"Apa yang tak kena ni. Apesal pulak Yaya tak jawab call," Adam mula cemas sendiri. Dia tahu ini bukan senario biasa.

Yaya biasanya tidak menjawab panggilan hanya ketika mereka bergaduh.

"Ha buat apa call aku mamat ni?" Yaya membelek handphonenya setelah selesai solat Maghrib.

Dia berkira-kira sama ada perlu membalas panggilan Adam.

"Hurm biarlah, tak penting pun," terus dia meletakkan handphonenya kembali dan membuat keputusan untuk mematikannya terus.

Whatsapp dihantar.

"Yaya what's wrong?"

"Please jawab fone you,"

Adam masih lagi hampa.

Mungkin Yaya letih. Tapi tak logik pula letih sampai tak jawab telefon di hari minggu.

Perlukah dia ke rumah Yaya? Adam masih berkira-kira sendiri.

"Kalau pergi pun dah nak malam ni. Tak elok pulak. Apa kata mak dia nanti," Adam mula mencongak di dalam kepalanya.

"Ibu jom kita keluar lepas Isyak ni nak?"

"Isk nak ke mana pulak?"

"Kita keluar dating berdua,"

"Eh buang tebiat agaknya kamu ni Yaya," Puan Solehah masih tidak dapat mengikut rentak Yaya.

"Ala jom lah ibu, teman Yaya tengok wayang. Takde siapa nak temankan Yaya. Kalau ibu tak nak takpelah. Yaya pergi sendiri," ujar Yaya dengan
nada merajuk yang dibuat-buat. Dia tahu ibunya lembut hati kalau dia buat ayat sedih.

"Ya Allah budak ni, kita yang tua ni diajaknya keluar malam-malam. Yelah-yelah, kamu tu kalau tak diikutkan asyik nak merajuk je kejenya. Lepas Isyak
nanti ibu siap ye,"

"Yeayyyyyyyy, thanks ibu. I love so much my syurga!"

Selesai menunaikan tanggungjawab kepada yang Esa, Yaya dan ibunya bersiap-siap untuk keluar menonton wayang.

"Bismillah," baca Yaya sambil menghidupkan enjin kereta.

Walaupun dia rabun malam, dia tetap tegar untuk memandu.

15 minit kemudian, dia dan ibunya selamat sampai di perkarangan parking sebuah kompleks nembeli belah.

"OK ibu nak tengok cerita apa?"

"Eh kamu pilihlah, ibu tak pandai nak pilih-pilih cerita ni," tolak ibu Yaya.

"Kita tengok cerita ni lah nak?" Yaya menudingkan jari ke arah poster sebuah filem romantik komedi.

"Ibu tunggu sini kejap, orang pergi beli tiket kejap,"

"OK,"

Yaya datang semula dengan 1 bekas caramel popcorn dan 2 air mineral.

"Jom bu, hall dah bukak tu," sambil memimpin tangan ibunya masuk.

"Seronok kan bu sekali-sekala kita keluar macam ni,"

"Haah, lawak la cerita kita tengok tadi. Hero dia pun boleh tahan hensem,"

"Amboi ibu boleh tahan!"

Kenyataan itu membuatkan mereka ketawa sehingga berair mata.

Tiba-tiba mata Yaya tertangkap kelibat seorang lelaki yang amat dikenalinya.

"Adam?" perlahan sekali dia menyebut namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience