Bab 6

Romance Completed 46052

BAB 6

Dari jauh Aidil menyaksikan semua peristiwa yang terjadi antara Yaya dan Adam.

Hanya dengan sekali telahan dia dapat meneka lelaki itu mungkin sahaja teman istimewa Yaya.

"Menyesal pulak aku offer diri hantar lauk ni," Aidil menjeling bekalan lauk ketam masak lemak yang dikirim ibunya.

Mahu tidak mahu Aidil terpaksa juga menghantar alang-alang dah sampai.

Lama juga dia melepak dalam kereta.

Dia faham Yaya memerlukan masa untuk bertenang.

"Assalamualaikum...." salam diberi.

Tidak lama kemudian, daun pintu terbuka.

Berkerut kening Yaya melihat manusia di depannya.

"Awak?" laju saja perkataan itu meluncur keluar.

"Ye saya," jawab Aidil sambil tersengih.

"Hish takpe ke aku tersengih-sengih ni? Kang meletus pulak gunung berapi kat depan aku ni," Aidil hanya mampu berhuhuhu di dalam hati.

"Nah, mak kirim suruh hantar sini," terus Aidil mengangkat dan menyuakan ketam masak lemak tu ke depan muka Yaya.

"Hoih agak-agaklah. Sampai depan muka aku ha kau ni," marah Yaya.

"Yaya, apa tu kecoh-kecoh dekat luar," ujar Puan Solehah.

Dia juga sudah mula menyarungkan selipar untuk mendapatkan Yaya di depan gate rumah.

"Eh Aidil kamu, ada apa kamu malam-malam ni datang rumah mak cik?"

"Ni ha mak ada kirim lauk, saya hantar," sambil menyalami tangan Puan Solehah.

"Isk susahkan kamu je. Meh la masuk, kita minum dulu," ajak Puan Solehah.

"Eh takpelah mak cik, saya nak gerak dulu. Baru balik kerja ni. Lain kali ye, saya bawak mak sekali," tolak Aidil.

"Lah, ha yelah kalau macam tu. Lain kali bawak mak kamu datang ye. Biar mak cik pulak yang jamu dia,"

"OK mak cik, saya mintak diri dulu,"

"Bye," sempat Aidil mengenyit mata ke arah Yaya.

Yaya yang memang tengah takde mood terus menjuihkan bibir.

"Elok-elok bawak kereta jangan terlanggar sesiapa," sempat juga Yaya mengenakan Aidil.

"Jangan risau, saya kalau buat apa-apa, mata sentiasa tengok depan. Lainlah sesetengah spesis manusia tu, asyik nak terlanggar orang
je kejenya," perli Aidil sambil mengangkat kening.

"Hailah mamat ni, blah ah,"

"Yaya tak baik, cuba kamu berdua bawak bertenang. Asyik nak bergaduh je kejenya.Pening kepala," rungut Puan Solehah.

"Dah lah bu, jom lah kita masuk, menyampah tengok dia ni," kata Yaya sambil menarik tangan ibunya.

"Tak habis-habis kamu ni, masuklah dulu, ibu nak tengok dia balik,"

"Ceittt, balik la cepat, lapar ni," tergamak Yaya menghalau Aidil supaya cepat bergerak.

"Baiklah tuan puteri, saya nak balik lah ni,"

"Assalamualaikum semua," Aidil terus berlalu.

"Dah jom masuk,"

"Sedapnya ibu, bau apa ni?" terus berbunyi-bunyi perut Yaya.

Mana tidaknya lepas puas menangis, satu apa pun tak masuk lagi dalam perutnya.

"Bau nilah kot," sambil menunjukkan bekal ketam masak lemak pemberian sahabatnya itu.

"Kamu nak makan tak? Ke dah kenyang air mata?"

"Ibu janganlah usik. Tak baik," kata Yaya.

"Mestilah nak, lapar ni bu,"

"Ha duduk sini cepat, ibu sendukkan nasik,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience