TAJUK: APA-APA JELAH
NAMA PENA: ALANG
BAB 1
Yaya malas membuka mata.
Padanya tidak relevan terjaga awal pada hari minggu melainkan dia perlu ke bilik air.
Keperluan yang satu itu melebihi segala-galanya dan perlu ditunaikan segera.
"Pukul berapa ni?" tangannya meraba-raba sekitar katil.
"Mana pulak handphone aku ni?"
Dua belas saat kemudian, Yaya berjaya mengesan handphonenya.
"11.38," serentak itu perutnya berbunyi. Lapar. Minta di isi.
Permintaan perut diabaikan. Dia bangun dan mengemaskan katil, lalu ke bilik air.
Dari kecil, Yaya memang seoraang manusia yang perlu meluangkan masa yang agak lama di dalam bilk air berbanding manusia yang lain.
Kadang-kadang hingga menimbulkan rasa tidak puas hati ibunya,
"Hoih, buat apa lama-lama dalam bilik air?"
"Tak kembang ke yang bawah tu?"
"Tinggi bil air bulan ni,"
Yaya sudah lali.
Sikit pun dia tidak peduli. Selesai membersihkan diri, dia mengambil wuduk.
Lama lagi sementara waktu Zohor masuk. Dia termenung seketika.
Duduk dibucu katil.
"Owh damn, aku terlepas Subuh pagi tadi,".
Segera dia mengeringkan rambut dan menghampar sejadah.
Entah kenapa kebelakangan ini tanggungjawabnya kepada yang Esa selalu terbabas.
Usai solat Zohor, perutnya betul-betul lapar dan sudah mula mengeluarkan irama Heavy Metal.
Awal tadi hanya berirama Dongdang Sayang.
"Nak makan apa ni?" otaknya masih berkira-kira.
Berat langkahnya ke dapur.
Bertambah berat apabila telinganya menangkap suara seorang perempuan tua.
"Agh sudah, bila pulak dia ni sampai? Tak dengar pun,"
Suara itu kepunyaan Mak Cik Bel atau nama timangan penuhnya, Mak Cik Bebel.
"Ha, tudia anak dara, matahari dah tinggi melangit baru nak bangkit,"
Panas betul hati Yaya. Namun dia hanya menyumpah di dalam hati.
"Eh, matahari dah naik ye? Tadi jengah macam ada pokok hujan,"
"Bertuah punya budak, orang tua bercakap dia boleh pulak menjawab,"
"Relax la Cik Bel, kalau kuat sentap orang kata mati cepat,"
"Cik Bel mesti tak nak mati cepat kan?" puas hati Yaya menyakat.
Merah padam muka Mak Cik Bel.
"Sudah-sudahlah korang ni, ada saja yang tak kena. Yaya meh sini makan. Ibu masak nasi tomato dengan ayam masak merah," pujuk ibunya.
"Takpelah ibu, orang puasa," jawab Yaya.
"Haih bila pulak bangun sahur?"
"Semalam dalam mimpi,"
Fahamlah ibunya, Yaya merajuk.
"Janganlah macam tu,"
"Penat ibu masak,"
"Jamu jelah Cik Bel, nanti perut dia dah kenyang, cepatlah dia balik," lantas tangannya mencapai sebotol Fernleaf Calciyum perisa oren.
"Isk budak ni," Mak Cik Bel masih tidak berpuas hati.
"Naik dulu ibu, Cik Bel," berdesup dia menghilangkan diri ke dalam bilik.
"Jilake, aku lapar, ada pulak aku pergi ambil air semata-mata!" Yaya menyumpah dirinya.
"Orang tua tu kalau dah datang bukan reti nak balik cepat,"
"Banyak masa lapang agaknya, duduk jelah rumah diam-diam.Kalau takde keje cariklah keje. Basuh baju ke, buang sampah ke? " Yaya masih
dengan marahnya.
Merungut pun tidak guna, Yaya berlalu ke arah laptopnya.
"Uii berhabuknya sayang, kesian lama tak guna eh? Meh la sini sayang mama," omelnya sambil mengusap laptop kesayangan yang dibeli di
Aussie awal tahun 2010.
Harinya dimulakan dengan membaca berita online.
Menyampah dengan keadaan politik semasa mematikan niatnya untuk terus menghadap berita.
"Semua manusia gila kuasa kat Malaysia ni. Apa nak jadilah dunia hari ni?"
Walaupun Yaya tidak berminat dengan politik, sedikit sebanyak dia wajib mengambil tahu sebagai seorang rakyat yang prihatin. Patriotik konon.
Puii.
Bersepah-sepah berita tentang kejadian jenayah membuatkan Yaya seram sendiri.
"Patutlah ibu selalu bising bila aku selalu balik lewat malam,"
Yaya sememangnya spesis berdikari. Ke mana sahaja berseorangan.
Bukan dia tidak suka berkawan, tapi dia lebih selesa membuat semua benda sendirian.
Tidak perlu tunggu orang. Tidak perlu membuang tenaga dan masa mengamuk jika ada yang terbabas dan melanggar janji.
"Mintak-mintaklah dijauhkan dari semua benda yang tak elok ni,"
"Aminnnnnnnn," jawab ibunya dari belakang.
"Hishhh, terkejut orang ibu ni,"
"Dah lah jom turun makan,"
"Mulut puaka tu dah balik ke bu?"
"Yaya tak baik cakap macam tu, ya dah balik pun dia," balas ibu Yaya.
Yaya bingkas bangun dan laju menuruni tangga ke ruang dapur.
"Lambatnya dia balik ibu, habis terketar-tekar cacing dalam perut ni mintak makan," sambil menunjal-nujal isi perutnya.
"Hahahaha padan muka kamu, padan muka cacing. Dah g basuh tangan tu, jom makan,"
"Eh ibu tak makan sekali dengan Cik Bel ke tadi bu?"
"Taklah. Saja ibu tunggu kamu makan sekali. Ni ha cacing ibu pun sibuk mogok mintak makan,"
Kedua-dua mereka ketawa berdekah-dekah.
"Sedapnya ibu!"
'Makan, tambah banyak-banyak,"
Share this novel