Bab 11

Romance Completed 46052

BAB 11

Selepas selesai menunaikan solat Maghrib, Yaya terus bersiap. Takut pula dia kalau terlambat. Maklumlah, perempuan kalau bersiap boleh
tahan lama.

"Mana mamat ni?" rungut Yaya yang telah menunggu hampir 15 minit.

Perutnya mula menyanyi-nyanyi minta di isi.

"Yaya," ada satu suara sedang memanggil namanya.

Yaya menoleh dan mendapati Aidil sedang berjalan ke arahnya.

Yaya memerhatikan mamat di hadapannya dari atas ke bawah.

"Ada apa-apa yang tak kena?" tanya Aidil.

"Takde, saya nak tengok ada apa-apa yang berubah tak sebab lama nau nauuu lah orang depan saya ni bersiap," terus sahaja Yaya
berterus terang.

"Hahaha, sorry saya tertidur tadi. Letih sangat. Mujur saya sedar, kalau tak mungkin awak kena tunggu sampai pukul 10 kejap lagi," jelas Aidil.

"Ya Allah, boleh pulak macam tu. Jomlah kita makan, saya hampir nak gigit orang ni,"

**************************
Kini mereka tiba di salah sebuah restoran ikan bakar yang terletak berdekatan Pantai Cenang.

"Awak orderlah, saya makan je," kata Aidil kepada Yaya.

"Kak, nak ikan bakar, sotong goreng tepung, sayur campur dengan tomyam campur untuk dua orang makan ya,"

"Lepas tu nak ais kacang satu eh,"

Habis sahaja Yaya membuat pesanan, dia perasan Aidil sedang memandangnya.

"Apa?" tanya Yaya.

"Badan kecik je, tapi selera makan boleh tahan. Bela saka ke?" tanya Aidil.

"Haah, tak nampak ke ni, saka ada atas bahu,"

"Awak main-mainlah cakap benda macam tu malam-malam ni,"

"Isk saya lawak je, awak janganlah serius," terus Yaya takut.

"Hahahaha tahu takut," balas Aidil.

Ais kacang sampai.

Tapi cuma ada satu sudu.

Yaya makan dulu kemudian mempelawa Aidil.

"Awak nak tak? Tapi cuma ada satu sudu? Do you mind sharing? InsyaAllah saya takde penyakit berjangkit," kata Yaya sambil tersenyum.

"OK je, saya tak kisah. Lepas kena langgar dengan air awak, saya rasa setakat kongsi sudu ni hal kecik je,"

"Boleh tak awak padam memori tu Aidil?"

"Boleh tapi lambat lagi la, bukan sekarang,"

Mereka berdua betul-betul kenyang setelah menghadap semua makanan tu.

"Banyaknya kita makan, rasa macam nak muntah," kata Yaya.

"Siapa entah yang order bagai tak makan dua hari," balas Aidil.

"Jom kita jalan-jalan kat pantai sana nak?" cadang Yaya selepas melihat ramai orang di situ.

"Boleh jom, biar makanan ni semua cepat hadam,"

Suasana agak awkward apabila ada mata yang sedang memandang mereka berdua.

"Kenapa dorang tengok kita pelik?" tanya Yaya.

"Yelah, malam-malam jalan kat pantai,"

"Tu ramai lagi," terjuih-juih mulut Yaya menunjukkan orang lain selain mereka yang sedang bergembira di lokasi yang sama.

"Jomlah kita balik," ajak Yaya.

"Macam tak sedap hati pulak,"

"Jom,"

Lalu mereka berjalan seiringan menuju ke hotel.

"Thanks belanja saya dinner,"

"No problem,"

"Saya naik dulu Aidil,"

"Eh Yaya kejap,esok pagi kita breakfast sama-sama nak?"

"Sure, nanti lepas awak dah siap, awak text saya ye,"

****************************************
"Amboi pergi mana tu?"

"Dating ke?"

"Wah patut takde kat bilik,"

Yaya terserempak dengan kawan-kawan pejabatnya di lobi.

Mereka sama-sama sedang menunggu lift.

"Pergi makan dengan kawan," Yaya cuba menjelaskan.

"Kawan ke pakwe? Kami dah boleh makan nasik minyak lah ye lepas ni?" masih lagi mengusik.

Merah padam muka Yaya.

Dia malu kerana Aidil hanya berdiri beberapa tapak dari mereka. Tentu sahaja dia dengar.

"Kalau nak makan nasik minyak, Yaya sendiri boleh masakkan. Tak payah tunggu kenduri," Yaya tetap tidak mahu mengaku kalah.

"Eleh yelah tu. Jodoh dah sampai, kahwin jelah,"

*********************************

Subuh lagi Aidil sudah menghantar pesanan kepada Yaya.

"Jumpa kat bawah dalam 15 minit lagi,"

"Awalnya mamat ni nak breakfast. Baru pukul 6.45 pagi," Yaya baru sahaja siap mandi.

Disebabkan sudah berjanji makanya Yaya gigih bersiap sepantas yang mungkin.

Yaya turun ke kafe dan mendapati boleh tahan ramai manusia yang sedang menikmati sarapan pagi.

Dia masih lagi separa sedar.

Matanya melilau mencari Aidil.

"Cari saya ke?" Sergah Aidil dari belakang.

"Awak ni memang suka buat orang terkejut kan?"

"Good morning. Pagi-pagi tak baik marah nanti rezeki tak masuk," cepat-cepat Aidil mengalihkan topik.

"Jom kita duduk kat sana," dengan pantas Aidil menarik tangan Yaya.

"Wo...wo...wo, tak payah la pegang-pegang," dengan segera Yaya menepis.

Sambil menikmati sarapan, Aidil cuba memancing jawapan dari Yaya.

"Boleh saya tanya, siapa lelaki kat luar rumah awak masa saya hantar makanan hari tu?"

"Bila? Owh mamat tu? Adam nama dia," Yaya masih ingat lagi.

"Boleh saya tahu kenapa awak sibuk nak tahu?"

"Tanya je, takdelah sibuk," sambil Aidil buat muka menyampah.

"Eleh dia yang tanya pastu nak emo. Kalau boleh saya dah tak nak ingat apa-apa pasal mamat tu. Mohon awak jangan lagi bertanya," Yaya
terus tidak berselera.

Aidil serba salah melihat Yaya.

"Eh, janganlah macam tu. Makanlah lagi,"

"Takpelah, saya dah kenyang,"

"Menipu je, baru makan tiga suap dah kenyang,"

"Awak saya bangun kang," Yaya mula merajuk.

"OK saya salah sebab tanya pasal dia. Saya mintak maaf," Aidil juga tidak tahu mengapa dia mengungkit topik itu. Bukan dia tidak nampak Yaya
menangis pada malam itu.

"Aaaa, bukak mulut, saya suap," Aidil cuba menebus rasa bersalahnya dengan cuba menyuap makanan ke mulut Yaya.

"Memang taklah saya nak makan awak suap," bantah Yaya.

"Bagus, kalau macam tu awak sambung makan okay," plan Aidil berjaya.

"Arini kan last day awak kursus Yaya,"

"Yup, tak sabar saya nak balik jumpa ibu,"

"Ibu awak sihat?"

"Sihat alhamdulillah," Yaya terkenang suara ceria ibunya di corong telefon.

"Ibu sihat Yaya, ibu nak keluar dengan mak cik Bel ni, nak pergi minum petang,"

Geram pulak Yaya, dia merasakan seperti ibu langsung tidak merindui dirinya.

Mengada.

"Kalaulah ibu tahu macam mana aku rindu dia,"

"Apa awak cakap?" Aidil kehairanan.

"Takde, saya rindu ibu saya. Tapi dia macam seronok je bila saya takde,"

"Hek eleh, awak ni dah besar, bagilah peluang ibu awak nak berseronok time anak manja dia takde,"

"Siapa anak manja?"

"Awaklah,"

"Eleh macam tinggal sekali pulak,"

Yaya mula geram bila mamat di hadapan mula menyerlahkan sifat poyo tidak bertempat.

"Sensitif betul, usik sikit pun tak boleh,"

"Entahlah saya memang menyampah bila orang cakap saya ni anak manja,"

"OK saya tak nak berjalan atas kawasan periuk api, chill ok, sambung makan lupakan apa saya cakap. Kursus dah nak start tak lama lagi,"

"Awak dah pun terpijak kawasan periuk api dalam hati saya,"

"Saya gerak dululah, bye Aidil,"

"Eh Yaya, Yaya......'

"Yaya terus bangkit dan menuju ke dewan seminarnya,"

Langsung tidak menoleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience