Bab 8

Romance Completed 46052

BAB 8

Pagi-pagi lagi Adam sudah tercongok di hadapan pintu rumah Yaya.

"Siapa kat luar tu bu?" tanya Yaya sebaik terlihat susuk tubuh manusia di luar gate rumahnya,"

"Ibu rasa tu Adam,"

"Yeke? Awal dia datang,"

"Kamu tak nak cakap dengan dia?"

"Semalam Yaya dah cakap, Yaya dah bagitahu apa yang patut,"

"Apa kata kamu?"

"Biarlah rahsia,"

"Dengan ibu pun nak berahsia ke?"

"Hehehehe, Yaya kata antara kami takde jodoh,"

"Betul ni Yaya? Kamu jangan main-main,"

"Ya ampun, ngapain kamu ngak percaya sama saya dong?"

"Benarin llllapa yang dikata, antara kami sudah over,"

"Hahahaha, amboih pandai cakap indon pulak dah,"

"Sikit-sikit boleh la ibu,"

"Tak elok pulak dia berdiri lama-lama kat luar tu,"

"Ibu jemput dia masuk makan sarapan ya,"

"Aduh nak buat apa pulak? Yaya dah lambat ni nak pergi kerja,"

"Duduk lah sekejap,"

"Tak elok kita tolak tetamu Allah,"

"Ha yelah ibu, jemputlah dia masuk, hampar karpet merah sekali, dari gate memanjang ke meja makan ni ha,"

"Isk kamu ni, tunggu sini,"

******************************************
"Pintu dibuka.

"Assalamualaikum mak cik,"

"Waalaikumussalam Adam,"

"Yaya ada?"

"Ada tengah sarapan kat dalam,"

"Jemputlah masuk sarapan sekali Adam,"

"Takpe ke mak cik, Yaya tak marah?"

"Aih kamu takut dengan dia ke?"

"Mak cik takde letak pisau ke apa benda tajam atas meja,"

"Paling tidak pun dia baling kamu dengan roti,"

"Boleh tahan mak cik buat lawak pepagi ni,"

"Hidup kena ceria tak boleh gundah gulana,"

"Ya habibi ya maulana, sila-sila jemput duduk,"

"Ibu buat roti je pagi ni, selalu kalau takde orang datang, ibu masak kari kepala ikan, nasi daging, sambal sotong, siakap 3 rasa sebagai sarapan,"

"Takde rezeki awak nak makan sedap-sedap pagi ni ye Adam," perli Yaya.

"Uish takpe, saya datang nak cakap dengan awak je," jawab Adam.

"Apo laie ekau nak cakap jang?"

"Letih la, nak pergi keje ni, awak tak keje ke Adam?"

"Jom lah pergi keje,"

"Sabar kejap Yaya, let me talk to you just for a sec,"

"Lekaih la habaq, hang nak cakap apa,"

Dari tadi Puan Solehah memerhatikan Yaya.

"Sejak bila pulak anak aku ni pandai cakap pelat negeri lain ni," dia pelik.

"I......actually the thing is.......,"

"Tudia dia gagap pulak dah,"

" I sayang you, I tak boleh biar you pergi dengan salah faham macam ni,"

"Kejap, semalam kan kita dah settle pasal ni Adam, buat apa you bukak balik isu ni,"

"Boringlah, I dah ada kekasih. Kekasih I tunggu I kat sana,"

"Bu, kita nak pergi keje, nanti tetamu dah balik, kunci pintu tingkap, bilik air semua elok-elok. Nanti petang Yaya balik ye bu," dia terus bangun
menyalami ibunya dan memeluk tubuh wanita di hadapannya.

"Yaya dah ada kekasih?"

"Maksudnya dia dah ada lelaki lain dalam hidup dia ke mak cik?"

"Taklah Adam, Yaya dah tak nak kahwin,"

"Maksudnya?"

"Kekasih kat sana tu apa?"

"Itu mak cik serahkan pada kamu untuk translate apa maksudnya ok,"

"Dah marilah minum pastu kamu pergilah keje jugak, mak cik pun nak pergi kelas mengaji kejap lagi,"

Adam pulang dengan tanda tanya.

"Haih macam-macamlah budak-budak sekarang,"

"Pening kepala layan. Makin bertambah uban atas kepala,"

*****************************************

"Brengsek lu, berani kau datang rumah aku pepagi buat drama ye Adam," sumpah Yaya di dalam hati.

"Apa yang mengomel tu pepagi ni cik adik?" tegur Pak Cik Kamal penyambut setia semua staf yang bertugas di kawasan ini.

"Hehehehe, takde pape pak cik, menyumpah nyamuk di pagi hari," tak jadi Yaya nak marah-marah.

"Pak Cik dah makan?" berbasa basi.

"Belum lagi," balas Pak Cik Kamal.

Yaya terus membelok kiri menuju ke kafeteria syarikatnya.

"Mak cik bungkuskan nasi lemak lauk ayam masak merah, teh tarik panas kurang manis satu ye," arahnya kepada pemilik kafe itu.

"Nah. Semua sekali RM 6," plastik dihulur dan di sambut bayaran dari Yaya.

Yaya berpatah balik mendapatkan Pak Cik Kamal yang sedang bertugas.

"Pak cik nah nanti jangan lupa makan ya, minum air putih lepas makan,"

"Isk, susah-susah je. Selalu sangat belikan Pak Cik makanan, itu ini," segan Pak Cik Kamal menerimanya.

"Takpelah Pak Cik, rezeki kena kongsi. Pak Cik doakan ibu sihat ya," sebelum berlalu pergi.

Begitulah rutin Yaya, setiap kali dia melihat orang tua, hatinya sentiasa tersentuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience